#196
|
||||
|
||||
Dokumen khas permudah ke Singapura
Laporan dari Harian Metro bertarikh Ahad 9hb April 2006 :-
Dokumen khas permudah ke Singapura KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin menyediakan dokumen khas bagi memudahkan 100,000 pekerja Malaysia berulang alik ke Singapura setiap hari sebagai alternatif penggunaan kad pintar MyKad yang ditolak republik itu. Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, berkata ia adalah tindakan segera kerajaan terhadap keengganan Singapura menerima MyKad untuk memasuki republik itu atas alasan keselamatan dan bimbang dokumen pengenalan diri itu dirosakkan untuk tujuan negatif. Katanya, tidak munasabah bagi pekerja berkenaan menggunakan pasport antarabangsa untuk keluar masuk Singapura setiap hari mencari rezeki kerana ia bukan setakat menyusahkan urusan pemeriksaan di pintu masuk, malah membebankan mereka untuk memperbaharuinya. “Jika terpaksa cop pasport antarabangsa setiap hari, ia akan cepat habis. Mereka perlu membelanjakan RM300 untuk memperbaharuinya. Ia pasti membebankan pekerja kita. “Kementerian bekerjasama dengan Wisma Putra bagi mengadakan perbincangan dengan Singapura. Jika mereka setuju, dokumen khas itu akan digunakan,” katanya kepada Berita Minggu ketika dihubungi, di sini, semalam. Beliau berkata, perbincangan itu harus disegerakan kerana Singapura sudah mengumumkan tidak akan menerima Pasport Terhad Malaysia (MRP) sebagai dokumen perjalanan sah rakyat Malaysia yang memasuki republik itu sama ada sebagai pelancong atau pekerja, mulai 1 Julai ini. Tan berkata, cadangan berkenaan dijangka tidak menimbulkan masalah kerana kerajaan akan memastikan dokumen itu sukar disalah guna pihak tidak bertanggungjawab, sekali gus menjamin aspek keselamatan kedua-dua negara. Tahun lalu, Malaysia dan Singapura dilaporkan bersetuju pada dasarnya memperkenalkan sistem kad pintar sebagai dokumen perjalanan bagi rakyat negara ini yang kerap mengunjungi republik itu dan Malaysia sudah mengemukakan cadangan membenarkan MyKad digunakan. Jika Singapura bersetuju dengan cadangan itu, kemudahan itu dijangka dilancarkan sebaik mesin pengecaman dipasang di pintu masuk Tambak Johor, Johor Bahru dan Laluan Kedua, Gelang Patah. Bagaimanapun, Rabu lalu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dilaporkan berkata, Singapura menolak cadangan berkenaan atas alasan keselamatan dan bimbang dokumen itu dirosakkan untuk tujuan negatif. Mulai 31 Disember 2004, Malaysia tidak lagi mengeluarkan MRP bagi urusan keluar masuk rakyat negara ini ke Singapura. Tetapi hampir 600,000 pemegang MRP yang masih laku selepas tempoh berkenaan diberi kelonggaran menggunakannya sehingga pasportnya tamat. MRP dikeluarkan untuk tempoh lima tahun dengan bayaran RM150. Sejak diperkenalkan pada 1967, 9.9 juta pasport terhad dikeluarkan. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika itu, Datuk Azmi Khalid, dilaporkan berkata kerajaan mempertimbangkan kaedah lain bagi memudahkan urusan keluar masuk ke Singapura, Brunei dan Thailand termasuk menggunakan MyKad, khususnya pekerja yang berulang alik ke Singapura. FAKTA NOMBOR 3 - Negara terima pasport terhad Malaysia iaitu Singapura, Brunei dan Thailand 600,000 - Pemegang MRP yang masih laku 1967 - Malaysia memperkenalkan pasport khusus ke Singapura |
#197
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
Minta maaf kerana takrif anda dengan tidak sengajanya dilangkaukan! Saya baru-baru ini pulang dari Medan dan sehingga sekarang tidak ada syarahan di tempat luar bandar atau luar negeri. Masih berada di PJ singgah di perlabuhan mana kebelakangan ni aiyoyo, jangan biarkan ini di ketahui oleh saudara KTL...dahsyat leh kerana dia sentiasa berdiri tegak-tegak di belakang kita!
__________________
FR FORMAT: Name/Nick: Age: From: Boobs: Body: Skin: AR : BJ: FJ Rating: Damage: RTF: Map to ACE posted in page 692 of this thread POM WILL ONLY EXCHANGE POINTS WITH THOSE WITH POWER OF 5 AND ABOVE |
#198
|
||||
|
||||
Message for Prof Pomrakthai
Quote:
As a good & loyal friend, I want you to remember that : I stand solidly behind you at ALL times ! |
#199
|
||||
|
||||
Berpeluh sebaik tiba di LCCT
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 10hb April 2006 :-
Berpeluh sebaik tiba di LCCT SEPANG: Pengguna Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, terutama yang mempunyai bayi dan membawa warga emas kesal kerana terpaksa berjalan kaki dan berpanas selama kira-kira 10 hingga 15 minit sebaik turun dari pesawat menuju ke kawasan terminal di situ. Ini kerana, pengurusan LCCT tidak menyediakan kemudahan yang diharapkan penumpang seperti bas pengantara, laluan berbumbung atau sekurang-kurangnya payung untuk kemudahan penumpang yang baru tiba dari destinasi masing-masing. Difahamkan, kemudahan payung hanya disediakan bagi penumpang yang akan berlepas, tetapi sebaliknya untuk ketibaan ke LCCT. Tinjauan Harian Metro mendapati penumpang yang baru tiba terpaksa berpanas dan berjalan kaki dalam keadaan tidak selesa serta berpeluh. Pensyarah, Mazuin Stapah, 27, berkata pengurusan LCCT sepatutnya menyediakan kemudahan sewajarnya biarpun ia membabitkan terminal tambang murah. “Bagi saya, banyak yang boleh dilakukan, termasuk menyediakan bas pengantara, laluan berbumbung atau sekurang-kurangnya sediakanlah payung untuk penumpang, terutama yang membawa bayi. “Saya baru tiba dari Alor Star dengan bayi yang baru berusia setahun lebih. Memang perit dan sukar terpaksa membawa beg sambil mendukung anak apatah lagi cuaca panas. “Sebenarnya ini kali pertama saya menggunakan LCCT, tak sangka terpaksa melalui pengalaman sebegini rupa. Mujur anak saya tak menangis, cuma saya perasan dia tak selesa. Sebaik tiba, saya tidak diberikan payung cuma ada kakitangan penerbangan yang menunjukkan arah (ke terminal),” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Warga emas, Solasiah Abdul Wahab, 75, pula berharap pengurusan LCCT lebih prihatin kepada keselesaan penumpang. “Nasib baik ada budak (penumpang lain) yang tolong bawa beg, kalau tak susah juga nak berjalan kaki jauh ke terminal. Seelok-eloknya, biarlah ada bas bawa penumpang ke terminal,” katanya. Pelajar, Midhat Murthada, 25, berkata LCCT sepatutnya menggunakan pendekatan yang pernah digunakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang iaitu menyediakan bas pengantara. “Saya faham ini terminal tambang murah, kita tak boleh harapkan kemudahan seperti KLIA. Tetapi pengurusan boleh buat macam di Subang dulu, kalau pesawat tiba agak jauh dari terminal, mereka sediakan bas pengantara,” katanya. “Orang muda pun tak selesa, saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan bayi, kanak-kanak atau warga emas, berjalan kaki dalam keadaan panas atau hujan,” katanya. LCCT yang dibina membabitkan kos RM108 juta mula beroperasi sejak 23 Mac lalu dengan AirAsia, dan rakan kongsinya, Thai AirAsia serta PT Indonesia AirAsia menjadi operator syarikat penerbangan utama di terminal itu dengan menduduki 44 daripada 72 kaunter pendaftaran masuk di situ. |
#200
|
||||
|
||||
Koleksi lucah remaja
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 10hb April 2006 :-
Koleksi lucah remaja GEORGETOWN: ‘Seks Dalam Tandas’, ‘Hentak Tangga Kolej Universiti’, ‘20 Tahun Punya’, ‘Aksi Kolej Indonesia’ dan ‘Bohsia Kota Raya’ adalah antara judul ‘panas’ terbaru klip video yang mendapat permintaan untuk dimuat turun ke dalam telefon bimbit di sini. Selepas dikejutkan dengan penyebaran klip video lucah ‘Gro Bar Korek Yang Terlampau’ melalui telefon bimbit berkamera minggu lalu, kini adegan terbaru itu dikatakan menjadi koleksi peribadi pemilik telefon bimbit. Kebanyakan adegan itu ditayangkan antara dua hingga empat minit memaparkan aksi lucah pasangan remaja tempatan berusia antara 18 hingga 25 tahun. Adegan memberahikan itu dirakam berlatar belakang bilik hotel, atas tangga, bilik asrama dan bilik air. Tinjaun Harian Metro mendapati klip video berkenaan mudah diperoleh dengan bayaran antara RM5 hingga RM10 setiap satu di beberapa kedai telekomunikasi di sini. Peniaga tanpa segan silu bertanyakan sama ada pelanggan berminat ingin mendapatkan klip video berkenaan kononnya dilakonkan gadis Melayu sebagai tarikan. Sekiranya pelanggan bersetuju, mereka akan memindahkan dengan menggunakan beberapa sistem hubungan yang ada dalam telefon bimbit berkamera seperti ‘Bluetooth’ dan ultra ungu. Penelitian yang dilakukan mendapati klip itu dipercayai dirakam sendiri pasangan terbabit dan juga orang lain yang turut berada bersama mereka. Ketua Pemuda Umno Bahagian Tanjong, Md Shaharudin Md Hassan Tajudin, berkata tindakan menjual dan menyebarkan klip video lucah itu adalah perbuatan biadap dan tidak bermoral. Menurutnya, golongan terbabit sepatutnya menggunakan kemudahan itu untuk tujuan kebaikan bukan merosakkan pemikiran orang ramai selain membenarkan tubuh badan mereka dilihat orang lain. Katanya, perbuatan itu patut dibendung segera bagi mengelakkan ia terus menular dan menjadi semakin buruk dan pihak berkuasa termasuk masyarakat, terutama orang ramai harus memandang serius masalah ini. “Pemuda Umno turut menerima aduan mengenai penyebaran klip video ini yang semakin berleluasa dan terpanggil untuk memberi saranan kepada pihak berkuasa tempatan untuk memantau gejala sosial itu. “Kami tidak mahu anak muda terutama orang Melayu hanyut dibuai dosa dan maksiat tanpa dihalang dan ditegah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. Sementara itu, jurucakap polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyimpan gambar lucah kerana boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 292 dan 293 Kanun Keseksaan. Menurutnya, jika sabit kesalahan mereka terbabit boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. |
#201
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
PJ = ? |
#202
|
||||
|
||||
Aksi berahi dalam kereta
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 10hb April 2006 :-
Aksi berahi dalam kereta PASIR MAS: Sepasang kekasih berusia 20-an yang terlalu asyik melakukan aksi ghairah dalam kenderaan menyebabkan kesesakan jalan raya membabitkan lebih 20 kenderaan di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, semalam. Perbuatan keji mereka itu disedari oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dan anggota Skuad Amru yang kebetulan menjalankan rondaan. Ketua Skuad Amru Mukim Kedondong, Abdul Wahid Hassan, berkata dalam kejadian jam 5.15 petang itu, pihaknya bertindak memintas kereta itu sebelum menunggu di satu selekoh di Kampung Gua Mesa, Batu Karang, dekat sini. Menurutnya, kira-kira 15 minit kemudian kereta yang dinaiki pasangan itu didapati membelok ke kawasan kebun getah di Kampung Batu Karang. “Kami menunggu 20 minit sebelum mengekori kereta pasangan kekasih itu yang disangkakan ke rumah saudara mereka di kampung berkenaan. “Ketika membuat rondaan di kawasan kebun getah kami terserempak dengan kereta yang dinaiki pasangan terbabit di tepi jalan lalu untuk membuat pemeriksaan,” katanya. Abdul Wahid berkata, ketika menghampiri kenderaan itu seorang lelaki didapati sudah melucutkan separuh daripada seluarnya manakala teman wanitanya asyik melakukan aksi lucah. Menurutnya, terkejut dengan kehadiran pihak penguatkuasa agama pasangan terbabit cuba melarikan diri tetapi dihalang dengan menggunakan kenderaan jabatan. “Pasangan berasal dari Lubuk Itik dekat Bukit Tandak, di sini, itu kemudian dibawa ke pejabat JAHEAIK Pasir Mas untuk diambil keterangan serta ditetapkan tempoh bagi menghadiri perbicaraan. “Pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 5, Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. Dalam perkembangan sama, Abdul Wahid berkata, pihaknya turut menahan tujuh lagi pasangan selepas didapati berkelakuan tidak sopan di tempat awam. “Antara kawasan yang menjadi tumpuan remaja melakukan maksiat termasuk di Taman KTM, Taman Kolam Tengku Anis, Plaza Serangkai Mas, stesen bas bandar dan Dataran Air Muleh, di sini. “Skuad Amru dan JAHEAIK sentiasa memantau kawasan ini terutamanya bagi mengelak remaja melakukan maksiat dan mencemarkan kesucian agama,” katanya. |
#203
|
||||
|
||||
Berbekam RM450, urut RM500
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 10hb April 2006 :-
Berbekam RM450, urut RM500 MELAKA: Seorang pemuda dan bapa saudaranya terkejut apabila dikenakan bayaran antara RM450 hingga RM500 selepas berbekam selama satu jam di pusat rawatan berbekam di Kampung Semabok dekat sini, baru-baru ini. Pemuda itu, Abdul Kadir Suboh, 31, mendapatkan rawatan di pusat itu bersama bapa saudaranya Mohd Zahir Abdul Jamal, 40-an, pada malam 30 Mac lalu. Sebelum ini, mereka berurut di Taman Cempaka dan membuat keputusan ke pusat berkenaan untuk mendapatkan urutan yang lebih baik. Bagaimanapun, tindakan mereka mencuba di tempat baru itu mengundang bencana apabila terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata untuk berbekam selama sejam itu. “Sebaik tiba di sana, tukang bekam itu mendakwa saya mempunyai banyak penyakit dan keadaan sudah teruk serta menasihatkan supaya berbekam bagi menghilangkan penyakit berkenaan. “Saya turut menanyakan kos berbekam kerana khuatir mahal dan tidak mampu berbuat demikian tetapi pemilik pusat berkenaan menyuruh saya berbekam dahulu dan mendakwa harganya murah,” katanya. Menurut beliau, selepas berbekam selama sejam, dia keluar dari bilik berkenaan dan diminta mengisi segala butir peribadi dalam buku pendaftaran yang disediakan. Katanya, beliau berbekam di belakang badan dan pemilik pusat rawatan itu terus meletakkan harga sebanyak RM450. Kadir berkata, dia terperanjat apabila diberitahu harga kerana menyangka di bawah RM150 manakala bapa saudaranya pula dikenakan bayaran RM500 untuk mengurut kakinya. “Saya tidak dibekalkan dengan ubat lain manakala bapa saudara saya pula mendapat sebotol madu dan kapsul. “Kami terus membayarnya walaupun harga yang ditetapkan itu amat memeranjatkan kami dan bertanya kenapa harga itu mahal. “Keesokan harinya, saya datang semula ke pusat rawatan itu untuk mendapatkan resit pembayaran daripadanya,” katanya. Menurut Abdul Kadir, pendedahannya itu bertujuan supaya orang ramai berhati-hati ketika melakukan bekam kerana harganya mahal serta menggunakan teknologi moden. |
#204
|
||||
|
||||
Kastam pantau Playboy Indonesia seludup
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 10hb April 2006 :-
Kastam pantau Playboy Indonesia seludup KUALA LUMPUR: Majalah ‘Playboy’ edisi Indonesia yang memaparkan gambar model Malaysia, Amber Chia dalam ruangan ‘Celebrity’ akan dipantau bagi menghalang ia diseludup masuk ke negara ini. Sehubungan itu, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan melakukan pemeriksaan ketat terhadap kemasukan rakyat Indonesia dan rakyat tempatan yang melancong ke negara itu. Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, berkata, orang perseorangan juga akan dikenakan tindakan tegas jika mereka membawa masuk majalah Playboy untuk kegunaan sendiri ke negara ini. Menurutnya, sehingga kini, KDRM belum menerima laporan membabitkan majalah Playboy versi Indonesia diseludup masuk ke negara ini oleh individu atau sindiket tertentu. “Kita memang memantau perkara ini, termasuk penyeludupan barangan lain,” katanya. Majalah untuk golongan dewasa itu mula dijual di republik itu minggu lalu dengan paparan gambar model tempatan berpakaian seksi tetapi tiada gambar bogel. Penerbitan itu dijual dengan harga Rp39,000 senaskhah (kira-kira RM17) di Pulau Jawa dan Rp40,000 di luar Jawa. Edisi pertama majalah setebal 160 halaman itu yang dilaporkan dicetak 100,000 naskhah menemui pembeli bukan saja di kedai buku tertentu, tetapi juga dijaja di jalan raya oleh penjual akhbar dan majalah. Pada Mac lalu, ketika berita majalah itu dicadang diterbitkan di negara terbabit, rakyatnya mengadakan demonstrasi penolakan penerbitan berkenaan. Bagaimanapun, sebaik edisi pertamanya diterbitkan, banyak pembaca berpendapat fotonya tidak terlalu berat atau berani berbanding beberapa majalah yang sudah ada di pasaran Indonesia seperti Maxim, FHM, Matra, Popular dan Lipstick. |
#205
|
||||
|
||||
Dua disko amah diserbu
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 10hb April 2006 :-
Dua disko amah diserbu KUALA LUMPUR: Sebuah disko haram yang menjadi ‘markas’ utama kepada wanita asing dipercayai untuk melacurkan diri diserbu polis di Jalan Sultan Ismail, di sini, petang semalam. Disko berkenaan yang beroperasi sejak dua tahun lalu menjadi kunjungan wanita Indonesia dan Filipina untuk berhibur pada hujung minggu, termasuk mencari pelanggan bagi pendapatan sampingan. Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur, Zaki Masroh, berkata dalam serbuan jam 6 petang, kira-kira 200 pengunjung sedang berhibur di premis terbabit. Kebanyakan pengunjung itu bekerja sebagai pembantu rumah di sekitar Lembah Klang, di sini. “Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis menahan 26 wanita Indonesia dan Filipina berikutan dokumen perjalanan mereka dipercayai palsu,” katanya sejurus selesai operasi berkenaan. Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki yang dikehendaki sejak tahun 1971 kerana terbabit dalam kes jenayah. Semua wanita yang ditahan itu berusia 20 hingga 39 tahun. “Disko haram itu dipercayai memulakan operasi jam 2 atau 3 petang pada hujung minggu semata-mata untuk mengaut keuntungan lebih,” kata Zaki. Serbuan itu dilakukan kira-kira 20 anggota dari Cawangan D7 dan dibantu oleh dua pegawai daripada Jabatan Imigresen. Polis turut mengeluarkan saman terhadap premis itu kerana beroperasi tanpa lesen. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta memberi keterangan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi talian Rakan Cop di talian 03-21159999. |
#206
|
||||
|
||||
20 restoran salah guna Ayat Quran
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 10hb April 2006 :-
20 restoran salah guna Ayat Quran KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) mahu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersungguh-sungguh membanteras kegiatan pemilik restoran nasi kandar yang menggunakan ayat al-Quran bagi menarik pelanggan beragama Islam. Ini kerana banyak restoran nasi kandar yang dimiliki oleh individu bukan Islam menggunakan ayat al-Quran secara berleluasa, malah pekerjanya juga bukan beragama Islam. Pengerusi Pekida Bukit Bintang, Roslan Dahaman, berkata lebih 20 restoran nasi kandar, terutama sekitar Bukit Bintang, Brickfields, Taman Seri Hartamas dan Damansara dikenal pasti menggunakan ayat al-Quran secara berleluasa di premis perniagaan mereka. Menurutnya, apa yang dikesalkan sehingga kini tiada tindakan bersungguh-sungguh daripada Jawi terhadap pemilik restoran terbabit menyebabkan mereka semakin berani memaparkan ayat al-Quran. “Kami kecewa kerana Jawi tidak membuat pemantauan secara berterusan berhubung isu ini. “Ini kerana banyak kawasan yang Pekida kenal pasti tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Pekida memang mempunyai cukup bukti terhadap pemilik restoran menggunakan ayat al-Quran di premis perniagaan mereka. “Justeru, kami akan mengadakan perjumpaan dengan wakil media supaya menghebahkan perkara ini kepada umum bagi mengelakkan orang Islam tidak tertipu dengan restoran sebegini,” katanya pada sidang media selepas majlis penganugerahan watikah perlantikan wakil ayahanda/abang long Daerah Bukit Bintang, di sini, semalam. Pada majlis itu, seramai 36 abang long menerima watikah masing-masing daripada Pengerusi Pekida Bukit Bintang. Pelantikan abang long ialah orang nombor dua selepas ayahanda dan peranannya membuat pemantauan di setiap kawasan yang diamanahkan kepada mereka. Turut hadir, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Abd Aziz. Roslan berkata, Pekida terkilan apabila sesetengah pihak menggelarkan pertubuhan itu sebagai samseng kerana terlalu agresif menyelesaikan sesuatu masalah sehingga menakutkan orang ramai. “Apa yang kami lakukan demi kebaikan orang ramai, malah ada pihak memuji dan ia ternyata berkesan. “Justeru, kami harap pihak tertentu yang menuduh kami sebagai pertubuhan samseng supaya berfikiran waras,” katanya. Ketika ditanya berhubung isu Jalan Petaling, beliau berkata, Pekida akan berjumpa dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengetahui status perbincangan beberapa hari lalu. “Ini kerana perbincangan sebelum ini tidak membuahkan hasil kerana banyak pihak cuba menggagalkan permohonan kami supaya orang Melayu diberi hak untuk berniaga di situ. “Bagaimanapun, saya akan terus mengusulkan perkara itu kepada DBKL supaya mempertimbangkan permohonan kami ini,” katanya. |
#207
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
Saya anak Petaling Jaya sejak PJ ditubuhkan [tahun 1953!] Tua-tua keladi
__________________
FR FORMAT: Name/Nick: Age: From: Boobs: Body: Skin: AR : BJ: FJ Rating: Damage: RTF: Map to ACE posted in page 692 of this thread POM WILL ONLY EXCHANGE POINTS WITH THOSE WITH POWER OF 5 AND ABOVE |
#208
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
|
#209
|
||||
|
||||
Tak sempat menari bogel
Laporan dari Harian Metro bertarikh Selasa 11hb April 2006 :-
Tak sempat menari bogel RAWANG: Sebuah pusat hiburan haram di pekan ini, dipercayai menganjurkan tarian bogel ‘ala Haadyai ’ pada malam hujung minggu bagi menarik kehadiran pelanggan. Pusat hiburan yang baru tiga minggu beroperasi itu dikatakan menjadikan wanita bertubuh mengghairahkan sebagai penari bogel. Biasanya, tarian bogel itu diadakan satu jam, bermula kira-kira jam 1 pagi. Difahamkan, pemilik premis itu turut menyediakan kalungan bunga yang perlu dibeli pelanggan dengan harga RM10 setiap satu, untuk dikalungkan pada penari. Hanya pelanggan tetap dan biasa berkunjung ke pusat hiburan berkenaan dibenarkan masuk menonton tarian bogel sambil berhibur. Bagi mengelakkan perbuatan mereka terbongkar, pengusaha pusat hiburan itu disyaki turut menempatkan tonto di sepanjang jalan masuk bagi mengawasi kehadiran pihak berkuasa. Serbuan awal pagi tadi itu dilakukan Bahagian Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak diketuai Timbalan Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya. Jurucakap polis berkata, dalam serbuan kira-kira jam 1.20 pagi itu, pengunjung pusat hiburan yang sedang leka berhibur gagal melarikan diri. Menurutnya, ketika serbuan, 50 pelanggan lelaki dan 15 wanita berada dalam pusat hiburan itu, 20 daripada mereka dibawa ke balai polis untuk ujian air kencing. “Serbuan ini dilakukan selepas polis melakukan intipan selama seminggu. “Siasatan awal mendapati pengusaha pusat terbabit turut menjalankan perjudian berdasarkan dua mesin judi yang ditemui dalam premis itu,” katanya. Katanya, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an dipercayai pemilik pusat hiburan itu ditahan untuk siasatan lanjut. Menurutnya, polis turut menemui sejumlah dadah yang dibuang ke lantai oleh pengunjung pusat itu. Beliau berkata, polis merampas semua peralatan muzik di premis itu kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. “Polis Selangor akan terus menjalankan operasi bagi membanteras segala kegiatan tidak bermoral dan tidak akan bertolak ansur dalam aktiviti maksiat, perjudian dan kongsi gelap.” katanya. |
#210
|
||||
|
||||
Perangsang seks permintaan tinggi
Laporan dari Harian Metro bertarikh Selasa 11hb April 2006 :-
Perangsang seks permintaan tinggi JOHOR BAHRU: Lambakan pelbagai jenis ubat larangan dan kosmetik di pusat beli-belah, pasar malam hinggalah di tepi jalan di sekitar bandar raya ini mampu membawa pelbagai kesan negatif terhadap gaya hidup masyarakat tempatan jika jualannya tidak dikawal. Pelbagai promosi yang digunakan peniaga untuk meraih keyakinan penduduk mengenai keberkesanan produk ditawarkan jelas mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat. Permintaan tinggi di kalangan penduduk menyebabkan barangan larangan dipercayai diseludup masuk seperti ubat perangsang seks selain barangan kosmetik itu dijual secara terbuka di pasaran tanpa sekatan. Bagaimanapun, suasana berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi berbeza di kalangan masyarakat yang mungkin tidak menyedari bahawa bukan semua barangan yang ditawarkan itu sesuai digunakan tanpa nasihat doktor. Lebih memeranjatkan apabila seseorang jurujual mampu bertindak sebagai penasihat perubatan walaupun tidak mempunyai kelulusan mahupun pengalaman sesuai. Ada antara mereka yang berani memberi beberapa contoh palsu bagi mempengaruhi pelanggan mengenai keberkesanan sesuatu produk yang dijual bagi melariskan jualan. Ratusan ubat larangan mahupun kosmetik yang ditawarkan itu berharga dari serendah RM2 sehingga RM200 bergantung kepada keperluan dan jenis ubat berkenaan. Seorang penduduk, Aida Mohamad Ghazali, 28, berkata pelbagai ubat dan kosmetik buatan luar negara termasuk dari Indonesia, Thailand dan China kini mudah didapati di merata tempat termasuk di pasar raya, kedai runcit selain tempat kunjungan ramai. Menurutnya, sikap orang ramai yang mudah terpengaruh tanpa mendapat nasihat doktor menyebabkan permintaan terhadap barangan seperti itu semakin meningkat dari semasa ke semasa. “Selain terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan, sikap pelanggan yang cepat bosan memandangkan keberkesanan rendah produk berkenaan menyebabkan mereka mudah beralih kepada yang lain. “Misalnya, lebih 20 jenis produk menguruskan badan mampu didapati di pasaran dengan begitu mudah sama ada dalam bentuk pil, cecair, serbuk dan ubat sapu (gel). “Tidak tentu semua barangan dijual itu halal dan selamat digunakan kerana ia tidak diuji di sini. Pengguna juga tidak sepatutnya bergantung semata-mata pada maklumat di label produk dijual,” katanya. Sementara itu, Ishak Ahmad, 45, berkata beberapa jenis ubat yang didakwa mampu menaikkan nafsu seks dikesan dijual secara meluas di sekitar pusat bandar raya. Beliau berkata, ubat dalam bentuk cecair dan pil itu dikatakan menarik minat golongan lelaki walaupun menyedari risiko bakal dialami akibat menggunakan produk larangan itu. |
Advert Space Available |
Bookmarks |
Thread Tools | |
|
|