The Asian Commercial Sex Scene  

Go Back   The Asian Commercial Sex Scene > For stuff you can't discuss with your Facebook Account > The Malaysian Commercial Sex Scene

Notices

The Malaysian Commercial Sex Scene A section specifically for the great Sin Cities of Malaysia. Dedicated to our brothers across the Causeway. Malaysia Boleh!

User Tag List

Reply
 
Thread Tools
  #946  
Old 07-07-2008, 07:52 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Pelacur 17 tahun ditahan di KL

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 7hb Julai 2008 :-

Pelacur 17 tahun ditahan di KL

KUALA LUMPUR : Remaja wanita tempatan seawal usia 17 tahun menjadi tarikan utama sebuah hotel di Jalan Ipoh, di sini, kerana menawarkan khidmat pelacuran dengan bayaran kira-kira RM100 untuk ‘urusniaga’ selama 30 minit.

Pengurusan hotel berkenaan dikesan turut menawarkan gadis warga asing, termasuk dari China, dan khidmat pelacuran itu disediakan 24 jam sehari.

Kegiatan hotel seks terbabit bagaimanapun terbongkar selepas sepasukan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menyerbu hotel berkenaan kira-kira jam 4.45 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, serbuan itu menyebabkan beberapa pelacur yang ada di dalam bilik tidak sempat melarikan diri untuk bersembunyi.

“Berikutan itu polis menahan tiga pelacur, termasuk seorang gadis bawah umur, yang ketika itu dipercayai melayan pelanggan masing-masing.

“Mereka dipercayai pelacur sepenuh masa berdasarkan penemuan kondom dan peralatan yang digunakan untuk melakukan seks,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, seorang daripada yang ditahan adalah warga China berusia 23 tahun yang menyalah guna pas lawatan sosial untuk kegiatan pelacuran.

“Dua lagi ialah wanita tempatan. Seorang berusia 33 tahun dan berasal dari Ampang, manakala seorang lagi berusia 17 tahun dan di Lorong Tiong Nam, di sini.

“Polis turut merampas bahan bukti iaitu 19 kondom pelbagai jenama dan gel pelincir yang ditemui dari bilik hotel diserbu,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga pelacur itu ditahan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber berkata, operasi membanteras sarang pelacuran di sekitar ibu kota kini dipergiatkan dengan serbuan dilakukan di lokasi popular, termasuk di Jalan Petaling dan sekitar Brickfields yang diserbu sejak dua minggu.

Menurutnya, polis sebelum ini turut mengadakan operasi membersih sarang pelacuran di Jalan Thambypillai, Brickfields, dan berjaya menahan lebih 20 pelacur yang menjalankan kegiatan di rumah kedai dua tingkat.

Dalam serbuan minggu lalu, polis turut menahan beberapa lelaki yang dipercayai ‘bapa ayam’.

---KatoeyNewsNetwork
  #947  
Old 07-07-2008, 06:42 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Gadis pakai seksi tawar urut batin

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 7hb Julai 2008 :-

Gadis pakai seksi tawar urut batin

KUALA LUMPUR : Memalukan apabila urutan batin menjadi antara ‘menu istimewa’ segelintir rumah urut untuk menarik kehadiran lelaki miang ke premis mereka.

Urutan batin oleh gadis berusia lingkungan 20-an itu ‘istimewa’ kerana disertakan adegan berahi khusus untuk menggoda pelanggan.

Biasanya tawaran dibuat secara sulit kepada pelanggan sebaik masuk ke bilik urut.

Malah, ada segelintir rumah urut yang menawarkan urutan batin secara terbuka dengan pelanggan boleh mendapatkannya selepas berurusan dengan pekerja di kaunter depan.

Setiap urutan batin dikenakan bayaran sekitar RM60 untuk satu sesi selama 30 minit.

Selain tawaran urutan batin, segelintir gadis menyediakan perkhidmatan lain termasuk adegan ringan-ringan.

Malah, gadis urut terbabit sanggup membuka pakaian dan membiarkan tubuhnya ‘diterokai’ lelaki hidung belang sepanjang sesi urut selama 30 minit atau sejam.

Berbekalkan pakaian menjolok mata selain jelingan menggoda dan rengekan manja, gadis terbabit cuba menaikkan keghairahan pelanggan.

Selepas menaikkan nafsu pelanggan, gadis terbabit akan menawarkan untuk adegan ringan-ringan.

Harga yang dikenakan untuk adegan itu ialah sekitar RM50 dengan gadis urut akan bekerja dalam keadaan separuh bogel sepanjang sesi itu.

Kegiatan itu didedahkan seorang pelanggan yang berkunjung ke sebuah rumah urut tradisional di ibu kota, baru-baru ini.

Menurutnya, dia yang biasa ke rumah urut itu diperkenalkan dengan seorang gadis berusia lewat 20-an.

“Sebaik masuk, gadis terbabit bertanyakan jenis urutan yang diinginkan dan memberitahu jenis perkhidmatan yang disediakan.

“Dia turut memberitahu menyediakan urutan batin dengan bayaran RM30 untuk satu sesi selama 30 minit,” katanya.

Pelanggan itu yang enggan namanya disiarkan berkata, kerana ingin mencuba, dia akhirnya menerima tawaran urutan berkenaan.

Katanya, beberapa minit selepas bermula urutan batin, gadis terbabit seolah-olah cuba menggoda dengan belaian dan jelingan manja.

“Saya terkejut apabila gadis terbabit memberitahu dia sanggup membuka baju asalkan mendapat bayaran setimpal dengan khidmat yang diberikan.

“Dia bagaimanapun kecewa apabila saya memberitahu tidak berminat dengan tawaran itu,” katanya.

Menurutnya, urutan batin itu biasanya tidak ditawarkan secara terang-terang sebaliknya hanya diberikan kepada pelanggan biasa.

Katanya, urutan batin itu turut ditawarkan gadis urut ketika berada dalam bilik.

---KatoeyNewsNetwork
  #948  
Old 14-07-2008, 06:43 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Pesta seks pelajar IPTA

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 14hb Julai 2008 :-

Pesta seks pelajar IPTA

KUALA LUMPUR : Jawapan sinis mencari ‘syurga dunia’ diberikan sekumpulan 16 remaja belasan tahun yang diberkas selepas menyertai ‘pesta seks’ sepanjang malam hingga pagi beramai-ramai dalam sebuah pangsapuri di Kajang Utama, Sabtu lalu.

Lebih mengejutkan apabila serbuan di kediaman itu mendapati sepasang remaja sedang leka melakukan adegan seks dalam tandas, manakala satu pasangan lagi berasmara dalam bilik secara bergilir-gilir.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, 31, yang melakukan serbuan ke pangsapuri yang dijadikan markas aktiviti jijik berkenaan, sejurus mendapat maklumat penduduk setempat.

Menurutnya, dia menerima aduan penduduk yang menyedari aktiviti terbabit kerap dilakukan sekumpulan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berhampiran sebuah unit pangsapuri yang disewa untuk dijadikan asrama pelajar kolej berkenaan.

“Susulan maklumat itu, saya dan beberapa penduduk menyiasat dan menyerbu kediaman terbabit pada jam 11 pagi. Selepas yakin dengan lokasi dituju, kami mengetuk pintu rumah terbabit berulang kali sebelum ia dibuka beberapa remaja lelaki.

“Kami kemudian masuk dan menyiasat kediaman terbabit. Agak mengejutkan apabila kami mendapati beberapa botol minuman keras berada di ruang tamu kediaman itu dan mulut beberapa remaja lelaki serta dua perempuan yang berada di situ turut berbau arak,” katanya.

Menurutnya, beliau kemudian mengetuk pintu tandas rumah berkenaan dan sekali lagi gempar apabila mendapati sepasang kekasih dalam keadaan separuh bogel dipercayai sedang melakukan hubungan seks di dalamnya.

“Sebaik disoal siasat, gadis yang ditahan dalam tandas itu mengaku baru berusia 13 tahun manakala pasangannya seorang penuntut IPTA berusia 20 tahun.

“Ditanya mengapa mereka melakukan hubungan seks dalam tandas, pasangan terbabit memberi alasan bimbang perbuatan mereka diintai rakan lain yang turut berada dalam rumah,” katanya yang pernah terbabit dalam ratusan operasi cegah maksiat di sekitar Kajang dan Bangi sebelum ini.

Ahmadi berkata, pemeriksaan kemudian mendapati satu lagi pasangan berkurung dalam bilik tanpa menyedari rumah berkenaan diserbu penduduk.

“Ketika diterjah masuk, gadis berusia 16 tahun dan masih bersekolah berada di atas katil bersama pasangannya yang berusia 20 tahun. Mereka kemudian dikumpulkan di ruang tamu rumah terbabit sebelum disoal siasat.

“Hasil pemeriksaan mendapati empat gadis yang ditahan berusia 13, 16, 18 dan 19 tahun. Semua mereka mengaku masih bersekolah dan menetap di sekitar daerah Kajang,” katanya.

Menurutnya, semua 12 lelaki yang diberkas itu berusia 19 dan 20 tahun serta masih menuntut di peringkat diploma di kolej berkenaan.

“Ketika ditanya mengapa mereka melakukan perbuatan terkutuk itu beramai-ramai, remaja terbabit secara selamba dan sinis menjawab mahu menikmati syurga dunia.

“Kami menghantar semua remaja perempuan terbabit pulang ke rumah keluarga masing-masing selepas diberi kaunseling. Tindakan menghantar mereka pulang ke rumah dilakukan bagi memastikan ibu bapa pelajar terbabit mengetahui aktiviti sulit yang dilakukan anak masing-masing,” katanya.

Katanya, ada antara ibu bapa yang ditemui terkejut sebaik diberitahu anak gadis mereka terbabit dengan gejala seks bebas bersama teman lelaki.

“Namun, saya cuba menasihati mereka supaya lebih memberi perhatian dan bimbingan agama kepada anak bagi memastikan kegiatan dosa besar itu dihentikan.

“Bagaimanapun, seorang daripada gadis ditahan yang berusia 18 tahun gagal membawa kami menemui ibunya berikutan ibu gadis terbabit didakwa sedang bekerja dan masih tidak pulang dari tempat kerja,” katanya.

Ahmadi yang juga kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak dan Akidah (Rumah Iman) Bukit Beruntung, Selangor berkata, selepas disoal siasat dan diasak dengan soalan bertubi-tubi untuk memastikan kebenaran dakwaan gadis terbabit, akhirnya rahsia pekerjaan sebenar ibunya terbongkar.

“Kami terkejut apabila gadis terbabit memberitahu ibunya pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam di Puchong dan hasil pemeriksaan melalui telefon bimbitnya, kami turut menjumpai beberapa keping gambar wanita berpakaian seksi persis gadis terbabit.

“Apabila diasak, dia dengan selamba menjawab itulah gambar ibunya yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.

Menurutnya, gadis terbabit turut mengakui ibunya sering membawa balik teman lelaki ke rumah untuk melakukan hubungan seks dan perbuatan keji itu dilakukan bukan hanya dengan seorang lelaki, malah bertukar pasangan pada setiap masa.

“Kami hanya mampu mengucap panjang mendengar kata-kata gadis itu,” katanya.

Katanya, gadis terbabit memberitahu ibu bapanya sudah lama bercerai dan mendakwa ibunya melakukan pekerjaan itu kerana tidak mampu melakukan kerja lain selain mengakui mudah untuk mencari duit dengan bekerja sebagai GRO.

Menurutnya, akibat terlalu buntu memikirkan ke mana hendak membawa gadis itu, akhirnya mereka mengambil keputusan menghantarnya ke rumah seorang rakannya yang turut ditahan dalam serbuan itu dan memberi nasihat supaya bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan keji itu.

“Selain itu, kami membuat aduan kepada pihak pentadbiran kolej sebelum 12 pelajar lelaki berkenaan dikenakan tindakan dibuang asrama berikutan perbuatan keji mereka di asrama,” katanya.

---KatoeyNewsNetwork
  #949  
Old 14-07-2008, 06:48 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Bapa ayam jual pil rangsang seks

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 14hb Julai 2008 :-

Bapa ayam jual pil rangsang seks

KUALA LUMPUR : Tidak cukup dengan keuntungan diraih melalui aktiviti pelacuran dianjurkan, beberapa ‘bapa ayam’ di sekitar kawasan Jalan Petaling di sini, meluaskan empayar dengan memperkenalkan perniagaan baru iaitu menjual pil perangsang seks berkonsep ‘minum dan main’ kepada pelanggan warga asing.

Kebanyakan bapa ayam terbabit kini didapati membuka gerai dan giat mempromosikan pelbagai pil perangsang seks haram yang dijual pada harga semurah RM2 sebiji.

Tinjauan wartawan Harian Metro di kawasan berhampiran Jalan Petaling, semalam mendapati perniagaan pil perangsang seks berkenaan semakin berleluasa berikutan ia mendapat sambutan menggalakkan di kalangan lelaki warga asing.

Kebanyakan bapa ayam dilihat meletakkan meja atau kotak kayu di lorong kecil berhampiran rumah pelacuran sebelum mempamerkan pelbagai ubat-ubatan seks yang kebanyakannya diseludup dari China.

Bagi menarik perhatian pembeli, penjual pil perangsang seks berkenaan turut menyediakan beberapa botol minuman air mineral di atas meja jualan untuk kemudahan pengguna.

Setiap pelanggan warga asing yang singgah untuk melihat ubat-ubatan perangsang seks yang dijual kemudian ditawarkan beberapa jenis pil yang didakwa mampu meningkatkan syahwat dalam masa singkat.
---KatoeyNewsNetwork
  #950  
Old 16-07-2008, 06:18 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Caj jual tubuh

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 16hb Julai 2008 :-

Caj jual tubuh

KUALA LUMPUR : Sukar berkomunikasi dalam bahasa tempatan menyebabkan golongan pelacur warga China yang mencari makan di sekitar ibu kota menggunakan telefon bimbit sebagai alat perantaraan untuk menetapkan kadar harga perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Kebanyakan wanita warga China terbabit yang dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial dikesan menggunakan paparan skrin pada telefon bimbit yang dibawa untuk tawar-menawar dengan pelanggan

Kaedah terbabit dianggap praktikal berikutan golongan pelacur asing ini mudah menyampaikan mesej kepada bakal pelanggan tanpa perlu membuka mulut atau bertutur walau sepatah perkataan.

Tinjauan wartawan Harian Metro di sekitar kawasan Jalan Pudu dan Jalan Petaling mendapati, kebanyakan pelacur warga China itu hanya perlu mendekati lelaki sambil menunjukkan skrin telefon bimbit.

Pada skrin telefon itu tertera nombor sama ada 80 atau 100 yang mewakili harga perkhidmatan ditetapkan iaitu RM80 atau RM100 untuk sekali ‘rasa’.

Namun, jika pelanggan tidak bersetuju dengan kadar ditetapkan, kebanyakan pelacur terbabit akan beredar dan mencari pelanggan lain di kawasan berhampiran.

Golongan pelacur itu, bagaimanapun bijak bermain harga apabila akan mendekati semula lelaki terdahulu sambil menunjukkan skrin telefon bimbit dipegang sekali lagi.

Berbanding harga awal ditetapkan, pelacur warga China itu mula menurunkan harga kepada RM50 atau RM60 kepada pelanggan terbabit sambil tersenyum nakal.

Kebiasaannya pelanggan yang terdiri daripada pekerja warga Bangladesh dan lelaki warga emas itu akan bersetuju dengan kadar baru ditetapkan sebelum persetujuan melalui isyarat tangan dicapai.

Tinjauan di sekitar jalan Pudu mendapati, kebanyakan pelacur asing terbabit yang bergerak secara solo menjadikan kawasan pangsapuri berhampiran sebagai markas untuk berasmara dengan pasangan.

Pelanggan yang bersetuju dengan kadar perkhidmatan ditetapkan itu akan dibawa memasuki rumah yang disewa khas terbabit yang hanya dilengkapi dengan almari serta katil.

Berdasarkan maklumat diperoleh, kebanyakan pelacur asing itu sanggup menyewa pangsapuri di kawasan terbabit walaupun perlu membayar sehingga RM2,000 sebulan berikutan keuntungan diperoleh berlipat kali ganda.
---KatoeyNewsNetwork
  #951  
Old 17-07-2008, 06:30 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Penangan tomboi

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 17hb Julai 2008 :-

Penangan tomboi

KUALA LUMPUR : Seorang ibu tunggal hanya mampu meratap kesedihan apabila anak gadis kesayangannya menjadi mangsa pujuk rayu dan godaan seorang tomboi sebelum dilarikan dari rumahnya pada 30 Jun lalu.

Istikomah Hasan, 17, sempat memasak lauk daging masak merah dan gulai lemak cili api kegemaran ibunya sebelum hilang dari rumah di Kampung Pandan di sini.

Ibu mangsa, Masidah Rida’e, 49, berkata kehilangan Istikomah hanya disedari sebaik dia pulang dari Jabatan Pelajaran Selangor bagi menguruskan perpindahan sekolah anaknya.

Sebelum itu, katanya, dia yang baru berpindah ke Kampung Pandan, pergi ke Jabatan Pelajaran negeri bagi mengambil surat pertukaran sekolah, kira-kira jam 10 pagi.

“Sebelum keluar dari rumah, Istikomah berkelakuan seperti biasa, termasuk membantu saya memasak hidangan makan tengah hari. Saya bagaimanapun terpaksa meninggalkannya bersendirian di rumah untuk menguruskan pertukaran sekolahnya.

“Apabila pulang jam 2 petang, saya mendapati Istikomah tiada di rumah tanpa meninggalkan sebarang pesan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia berkata, peliknya masakan daging masak merah dan gulai lemak cili api sudah siap dihidangkan di meja manakala nasi yang ditanak langsung tidak disentuh.

“Saya kemudian bertanya kepada jiran dan mereka memberitahu ternampak Istikomah keluar dari rumah kira-kira jam 1 tengah hari.

“Anak saya hanya memakai seluar panjang coklat dan baju-T. Dia juga tidak memakai tudung seperti kebiasaan ketika keluar dari rumah,” katanya.

Anaknya itu yang masih menuntut dalam tingkatan lima tidak membawa telefon bimbit, malah keluar sehelai sepinggang.

Masidah menganggap kehilangan Istikomah agak misteri berikutan dia tidak pernah menimbulkan masalah atau ingkar suruhan, jauh sekali keluar rumah tanpa pengetahuannya.

“Kehilangannya benar-benar merunsingkan saya, apatah lagi dia masih bersekolah dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi,” katanya.

Berikutan itu, Masidah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada 6 Julai lalu.

Kata suri rumah itu, Istikomah ada menghubungi melalui telefon bimbitnya tengah malam Ahad lalu.

“Ketika itu, dia hanya menangis sambil menyebut dia selamat. Namun, saya dapat mendengar dengan jelas suara seorang gadis lain menyuruhnya memujuk saya menarik balik laporan polis.

“Malah, gadis yang saya disyaki tomboi itu turut menjerit menyuruh Istikomah memberitahu kononnya dia tidak mahu lagi bersekolah dan ingin bekerja,” katanya.

Dia mendakwa Istikomah dalam ketakutan dan enggan akur permintaan suara itu.

“Selepas diamati dengan teliti, saya akhirnya mengenal pasti suara terbabit iaitu rakan baiknya yang dikenali sebagai Ayu.

“Namun, Ayu enggan bercakap dengan saya, sebaliknya menamatkan perbualan sejurus saya memujuk Istikomah supaya pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, Ayu yang dikenali sebagai tomboi pernah ke rumahnya untuk berjumpa Istikomah.

“Dia berambut pendek dan bertubuh kecil. Setahu saya dia berusia kira-kira 25 tahun dan pernah bekerja di sebuah hotel. Saya langsung tidak sangka dia tergamak memujuk anak saya yang masih mentah lari rumah.

“Ayu sepatutnya sedar bahawa Istikomah masih tanggungjawab saya sebagai ibu selain perlu menghabiskan pembelajarannya,” katanya yang menyerahkan identiti Ayu kepada polis.

Dia merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Istikomah supaya segera menghubungi balai polis berhampiran.

---KatoeyNewsNetwork
  #952  
Old 19-07-2008, 01:14 PM
metalmon1188 metalmon1188 is offline
Samster (M)
 
Join Date: Jul 2008
Posts: 1
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 0 Post(s)
My Reputation: Points: 10 / Power: 0
metalmon1188 deserves a Tiger! - He's a Good Guy
Re: Dua wanita Uzbekistan didakwa jadi pelacur

Quote:
Originally Posted by KatoeyLover69 View Post
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 6hb Julai 2007 :-

Dua wanita Uzbekistan didakwa jadi pelacur

KOTA BHARU : Seorang wanita warga Uzbekistan menitiskan air mata selepas didakwa melacurkan diri dan berada di negara ini walaupun pas lawatan sosialnya sudah tamat tempoh di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Elena Ismatova, 28, mengalirkan air mata sejurus dibawa keluar dari kandang tertuduh dan terpaksa ditenangkan rakannya, Oynur Djantureva, 27, yang turut dituduh melacurkan diri.

Oynur dan Elena didakwa melakukan kesalahan mencari pelanggan bagi tujuan pelacuran kira-kira jam 10.30 malam pada 25 Jun lalu di sebuah rumah tanpa nombor di Taman Azam, Jalan Long Yunus dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372, Kanun Keseksaan.

Elena turut dituduh melanggar peruntukan mengikut Seksyen 15(1)(c), Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4), akta sama kerana pas lawatan sosialnya tamat tempoh.

Berikutan itu, Majistret, Ahmad Faiz Munawar, menetapkan 9 September ini untuk sebutan jurubahasa bagi membacakan pertuduhan terhadap Oynur dan Elena itu.

Ahmad Faiz turut menetapkan 1 Ogos depan untuk sebutan jurubahasa terhadap Elena kerana berada di negara ini selepas pas lawatan sosialnya tamat tempoh.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang `bapa ayam' mengaku bersalah kerana melacurkan Oynur dan Elena.

Lelaki terbabit, Wee Kian Hoo, 45, turut mengaku bersalah kerana melindungi Elena yang berada di negara ini walaupun pas lawatan sosialnya sudah tamat tempoh.

Wee dituduh dengan sengaja hidup atas pendapatan Oynur dan Elena yang melacurkan diri.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372 (A)(1) Kanun Keseksaan.

Dalam pertuduhan pilihan terhadapnya, Wee didakwa melindungi Oynur dan Elena bagi tujuan ditawarkan untuk pelacuran mengikut Seksyen 372 (1)(C) Kanun Keseksaan.

Dia turut didakwa melindungi Elena yang berada di negara ini selepas pas lawatan sosialnya tamat tempoh.

Wee dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan Seksyen 56(1)(bb) akta yang sama.

Ahmad Faiz kemudiannya menetapkan 26 Ogos ini sebagai tarikh mengemukakan fakta kes dan hukuman terhadapnya.

Majistret juga menetapkan wang jaminan RM8,000 terhadap lelaki itu dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Saiful Nizam Mislah.

Oynur dan Elena yang tidak fasih berbahasa Inggeris tidak ditawarkan jaminan dan akan dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa sementara menunggu tarikhnya dibawa ke mahkamah semula.

--- KatoeyNewsNetwork
apa cerite dengan kedua dua pelacur ni? kena penjara kat sini ke atau hantar balik ke Uzbekistan?
  #953  
Old 19-07-2008, 11:45 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
6 gadis ‘urut geli-geli’ dicekup

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 19hb Julai 2008 :-

6 gadis ‘urut geli-geli’ dicekup

GOMBAK : Temujanji dan tempahan melalui panggilan telefon bimbit dijadikan taktik sulit oleh sekumpulan gadis ‘urut geli-geli’ warga asing untuk menjalankan kegiatan urut batin selain turut menawarkan hubungan seks kepada lelaki gersang dengan bayaran sekitar RM70.

Difahamkan semua gadis warga asing terbabit tidak hanya menawarkan perkhidmatan urutan tradisional, malah sanggup untuk memberikan layanan seks kepada pelanggan jika diberi bayaran tambahan.

Kegiatan kumpulan gadis terbabit dibongkar selepas sepasukan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan membuat risikan dan serbuan dalam operasi ‘Ops Sayang’ di sekitar Batu Caves, Gombak semalam.

Dalam operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, M Yogasanthanadass bersama 10 pegawai, sebanyak tiga premis yang disyaki menjadi pusat kegiatan urut haram dikesan.

Jurucakap Jabatan Imigresen, berkata, kegiatan terbabit dibongkar selepas beberapa pegawai imigresen terlebih dahulu menyamar pelanggan dengan membuat tempahan melalui telefon.

Menurutnya, pegawai imigresen terlebih dahulu menghubungi gadis terbabit melalui telefon bimbit yang diiklankan bagi mengatur masa dijanjikan.

“Sebaik alamat premis yang dijadikan rumah urut haram itu diberikan, pegawai imigresen segera melakukan serbuan mengejut pada jam 1.30 tengah hari.

“Serbuan dilakukan di tiga premis yang terletak tidak jauh antara satu sama lain berhampiran Central Point, Batu Caves di sini,” katanya.

Menurutnya, hasil serbuan dilakukan, pegawai Imigresen memberkas enam wanita warga asing termasuk dari Indonesia berusia antara 22 hingga 29 tahun.

---KatoeyNewsNetwork
  #954  
Old 21-07-2008, 11:08 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
10 GRO PRC berhimpit dalam bilik

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 21hb Julai 2008 :-

10 GRO PRC berhimpit dalam bilik

RAUB : Seramai 10 wanita warga China sanggup berhimpit seperti ikan sardin di bilik rahsia sebuah pusat hiburan, di sini, selepas menyedari kehadiran anggota polis yang melakukan serbuan ke pusat hiburan itu malam kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan itu gagal menyelamatkan mereka apabila anggota polis yang menyerbu pusat karaoke kira-kira jam 10 malam itu menemui pintu rahsia selepas curiga kerana ketiadaan wanita pelayan pelanggan (GRO) seperti maklumat awal diterima.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Samsuddin Wan Osman, berkata sebaik serbuan dilakukan, polis mendapati hanya pelanggan berada dalam pusat hiburan berkenaan sementara pemiliknya mendakwa tiada wanita bekerja dengannya.

Bagaimanapun katanya, polis tidak mempercayai kata-kata lelaki terbabit dan meneruskan pemeriksaan dalam pusat hiburan berkenaan sebelum menemui satu pintu berkunci.

Katanya, polis kemudian mengarahkan lelaki terbabit membuka pintu bilik berkenaan untuk pemeriksaan.

“Dia pada mulanya enggan bekerjasama tetapi selepas dipaksa akhirnya pintu bilik berkenaan dibuka.

“Polis menemui 10 wanita warga China yang berpakaian menjolok mata duduk berhimpit antara satu sama lain seperti ‘ikan sardin’ dalam bilik berkenaan yang hanya seluas tandas.

“Semua wanita itu yang dipercayai GRO diarah keluar untuk menjalankan pemeriksaan lanjut dan hasilnya enam daripada mereka didapati menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial manakala empat lagi menyeludup masuk ke negeri ini secara haram,” katanya.

Menurutnya, semua wanita terbabit yang berusia 20 hingga 30 tahun mendakwa baru bekerja di pusat hiburan berkenaan dan kononnya tidak mengetahui kegiatan yang dilakukan satu kesalahan.

Wan Samsuddin berkata, semua wanita terbabit bersama pemilik pusat hiburan berkenaan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD), Raub untuk siasatan lanjut dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

---KatoeyNewsNetwork
  #955  
Old 21-07-2008, 11:12 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Mayat berdarah dalam hotel

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 21hb Julai 2008 :-

Mayat berdarah dalam hotel

KUALA LUMPUR : Seorang pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan tergamam apabila melihat sekujur tubuh wanita terbaring dan berbogel dalam bilik di sebuah hotel di Jalan Pudu di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, mayat wanita warga China berusia 34 tahun itu ditemui pengawal keselamatan yang bertindak memeriksa bilik di tingkat lima premis terbabit selepas mendapati pintu tidak ditutup sepenuhnya.

Dia kemudian terkejut apabila melihat mayat tukang urut berkenaan yang berlumuran darah dengan beberapa kesan kelar di kedua-dua pergelangan tangannya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abd Rahman, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada pengawal keselamatan terbabit.

“Hasil pemeriksaan kemudian menjumpai mayat seorang wanita yang berbogel sepenuhnya dan terbaring di atas lantai selain kesan kecederaan teruk di pergelangan tangan.

“Selain itu, kami (polis) menemui sebilah pisau kecil dipercayai digunakan untuk membunuh serta kondom terpakai di sisi tubuh mangsa,” katanya di sini, semalam.

Menurut Zulkarnain, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa disamun sebelum dibunuh berikutan barangan miliknya tidak dilaporkan hilang selain tiada kesan pergelutan di tubuh mangsa.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berikutan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

---KatoeyNewsNetwork
  #957  
Old 01-08-2008, 01:01 PM
marlarkar's Avatar
marlarkar marlarkar is offline
Samster
 
Join Date: Jan 2007
Posts: 82
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 1 Post(s)
My Reputation: Points: 87 / Power: 0
marlarkar deserves a Tiger! - He's a Good Guy
Re: FR dalam Bahasa Melayu

Huh???!!!

anyone fxxx Axwxr/Kxx Sxxxx/Nxrxl etc ? Why post in the FR thread??!!!
  #958  
Old 01-08-2008, 01:34 PM
ANDYSIAO14's Avatar
ANDYSIAO14 ANDYSIAO14 is offline
Samster
 
Join Date: Apr 2006
Location: BEHIND YOU
Posts: 3,839
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 0 Post(s)
My Reputation: Points: 2355 / Power: 19
ANDYSIAO14 has a reputation beyond reputeANDYSIAO14 has a reputation beyond reputeANDYSIAO14 has a reputation beyond reputeANDYSIAO14 has a reputation beyond reputeANDYSIAO14 has a reputation beyond reputeANDYSIAO14 has a reputation beyond reputeANDYSIAO14 has a reputation beyond reputeANDYSIAO14 has a reputation beyond reputeANDYSIAO14 has a reputation beyond reputeANDYSIAO14 has a reputation beyond reputeANDYSIAO14 has a reputation beyond repute
Re: FR dalam Bahasa Melayu

are u serious in making us click the clips above ??
__________________
Member of
League Of Minah Enthusiasts


Quote:
Originally Posted by ANDYSIAO14
@@IF I LIKE YOUR POSTS 14 POINTS WILL BE YOURS @@
  #959  
Old 05-08-2008, 05:29 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Jerat hujung minggu lelaki Afrika

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selasa 5hb Ogos 2008 :-

Jerat hujung minggu lelaki Afrika

KUALA TERENGGANU : Sikap pemurah ‘jantan’ Afrika dan Indonesia kini menjadi penyebab utama golongan itu kerap ditangkap khalwat dengan gadis tempatan terutama pada hujung minggu.

Ini berikutan peningkatan indeks kes khalwat gadis tempatan dengan lelaki warga asing terbabit sejak akhir-akhir ini.

Faktor itu juga menyebabkan ketampanan lelaki dari Pakistan dan Bangladesh yang bekerja di negara ini kini sudah tidak lagi menjadi tarikan gadis tempatan seperti sebelumnya.

Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Ibrahim Lembut, berkata jumlah kes berkenaan meningkat sehingga 100 peratus setiap tahun dengan kes tangkapan paling banyak dilakukan pada malam Sabtu dan Ahad.

Menurutnya, berdasarkan keterangan direkodkan daripada gadis tempatan yang ditahan kerana kesalahan berkhalwat, mereka mendakwa mudah terpaut dengan kata-kata manis serta hadiah diberikan lelaki warga asing terutama dari Indonesia dan Afrika.

“Malah, keadaan lebih menyedihkan apabila ada gadis tempatan yang termakan dengan pujukan dan janji manis lelaki asing terbabit sanggup menggadai maruah diri.

“Kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku di bandar besar terutama Lembah Klang kerana ramai warga asing terbabit bertumpu di situ,” katanya kepada pemberita selepas Majlis JKSM Bersama Masyarakat di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga menghadapi masalah pendakwaan kes jenayah syariah membabitkan warga asing kerana golongan terbabit akan melarikan diri jika kes mereka ditangguh terlalu lama dan mereka diberikan jaminan sebelum menghadiri perbicaraan.

“Bagi memastikan mereka didakwa di mahkamah, saya akan mengemukakan kertas cadangan kepada kerajaan supaya perbicaraan kes khalwat turut dilakukan pada hujung minggu termasuk pada Sabtu dan Ahad.

“Tindakan itu perlu kerana kebanyakan warga asing yang dibenarkan diikat jamin sebelum dibawa ke mahkamah akan menghilang diri dan tidak menghadiri perbicaraan,” katanya.

---KatoeyNewsNetwork
  #960  
Old 05-08-2008, 06:21 PM
marlarkar's Avatar
marlarkar marlarkar is offline
Samster
 
Join Date: Jan 2007
Posts: 82
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 1 Post(s)
My Reputation: Points: 87 / Power: 0
marlarkar deserves a Tiger! - He's a Good Guy
Re: FR dalam Bahasa Melayu

Quote:
Originally Posted by MelbSJ View Post
GOTTT....im am waiting for a FR from Saiful on how Anwar purpotedly DID him ...
Or any one gor fucked by Axwxr/Kxx Sxxxx/Nxrxl and would like to share their experience with us ah?
Advert Space Available
Bypass censorship with https://1.1.1.1

Cloudflare 1.1.1.1
Reply



Bookmarks
Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off



All times are GMT +8. The time now is 09:40 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.10
Copyright ©2000 - 2025, vBulletin Solutions, Inc.
User Alert System provided by Advanced User Tagging (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2025 DragonByte Technologies Ltd.
Copywrong © Samuel Leong 2006 ~ 2025 ph