The Asian Commercial Sex Scene  

Go Back   The Asian Commercial Sex Scene > For stuff you can't discuss with your Facebook Account > The Malaysian Commercial Sex Scene

Notices

The Malaysian Commercial Sex Scene A section specifically for the great Sin Cities of Malaysia. Dedicated to our brothers across the Causeway. Malaysia Boleh!

User Tag List

Reply
 
Thread Tools
  #181  
Old 06-04-2006, 01:14 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Singapura tak terima MyKad

Laporan dari Berita Harian bertarikh Rabu 5hb April 2006 :-

Singapura tak terima MyKad

PUTRAJAYA: Singapura menolak cadangan Malaysia membenarkan rakyat negara ini memasuki republik itu menggunakan kad pintar, MyKad atas alasan keselamatan, selain bimbang dokumen pengenalan diri itu dirosakkan untuk tujuan serong.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, berkata Malaysia sebelum ini mengemukakan cadangan membenarkan MyKad digunakan sebagai dokumen perjalanan untuk memudahkan rakyat, terutama kira-kira 100,000 orang yang setiap hari berulang-alik ke Singapura untuk bekerja.

"Singapura tidak mahu (menolak cadangan menggunakan MyKad)... mereka kata kad itu mungkin boleh dicuri atau dirosakkan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan rakan sejawatan dari Brunei Darussalam, Datuk Paduka Adanan Mohd Yusof pejabatnya di sini, semalam.

Tahun lalu, Malaysia dan Singapura dilaporkan bersetuju pada dasarnya memperkenalkan sistem kad pintar sebagai dokumen perjalanan bagi rakyat negara ini yang kerap mengunjungi republik itu.

Kemudahan itu dijangka dilancarkan sebaik saja mesin pengecaman dipasang di pintu masuk Tambak Johor, Johor Bahru dan Laluan Kedua, Gelang Patah.

Bagaimanapun, langkah Singapura menolak penggunaan MyKad akan menyebabkan proses kemasukan rakyat tempatan ke Singapura, terutama mereka yang bekerja di republik itu semakin sukar berikutan keputusan pihak berkuasa Singapura tidak lagi menerima Pasport Terhad Malaysia (MRP) sebagai dokumen perjalanan sah.

Februari lalu, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) mengumumkan akan berhenti menerima MRP sebagai dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki negara itu, berkuat kuasa 1 Julai depan.

Dilaporkan, langkah itu susulan keputusan Malaysia yang berhenti mengeluar dan memperbaharui MRP pada Januari lalu.

Mengikut ICA, langkah itu adalah selaras amalan antarabangsa mensyaratkan semua dokumen perjalanan perlu mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan sebaik tiba.

Mohd Radzi berkata, beliau mengakui masalah akan timbul apabila pekerja tempatan tidak lagi dibenarkan menggunakan MRP untuk memasuki Singapura.

"Keputusan (tidak menerima MRP) sudah dibuat. Bagaimanapun, kita sedia berbincang jika ada keperluan kelak (apabila semakin ramai rakyat yang bekerja di Singapura mengeluh sukar memasuki republik itu)," katanya.

Beliau berkata, masalah mungkin dapat diatasi jika Singapura membenarkan sistem e-pasport digunakan sebagai dokumen perjalanan dan kaedah memasuki negara itu.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata, keputusan berhubung penggunaan kad perjalanan kerap bagi rakyat tempatan yang memasuki Brunei melalui Sungai Tujuh, Miri dan Kuala Belait, Brunei dijangka dapat dicapai tidak lama lagi.

"Kita melakukan percubaan bagi penggunaan kad perjalanan kerap itu sejak tahun lalu. Perbincangan akan dibuat tidak lama lagi supaya ia dapat diputuskan," katanya.

Adanan pula berkata, proses percubaan berjalan lancar dan pihaknya akan membuat penilaian sebelum meneruskan rundingan dengan Malaysia mengenai penggunaan kad perjalanan itu.
  #182  
Old 08-04-2006, 01:28 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Jamin suami khalwat

Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 7hb April 2006 :-

Jamin suami khalwat

KOTA TINGGI: Demi rumah tangga dan masa depan dua anak mereka, seorang isteri sanggup menjamin suaminya yang ditahan kerana berkhalwat dengan isteri orang di sebuah chalet di Air Terjun Kota Tinggi, petang Jumaat lalu.

Walaupun terkejut apabila dimaklumkan pegawai Jabatan Agama Johor (JAJ) mengenai perbuatan suaminya itu Isnin lalu, isteri berusia 30-an itu datang ke Pejabat Agama Daerah Kota Tinggi pada hari sama.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Yosree Ikhsan, berkata kesanggupan isteri itu berkorban untuk menandatangani bon jaminan bernilai RM2,000 dengan seorang penjamin, membolehkan suaminya yang berusia 34 tahun, dibebaskan sementara menunggu perbicaraan.

Beliau berkata, pasangan khalwat lelaki berkenaan iaitu wanita beranak empat pula dijamin rakan kepada suami wanita itu sendiri kerana ketika itu suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori penghantar barang berada di Singapura.

“Kes itu agak aneh dan jarang berlaku. Kalau kes suami ditangkap kerana membeli nombor ekor, memang sudah biasa.

“Tetapi dalam kes khalwat, amat jarang isteri menjamin suami yang berkhalwat. Apapun, si isteri mungkin ada alasan sendiri seperti mahu menjaga rumah tangga yang dibina serta masa depan dua anak mereka.

“Kedua-duanya dijamin 3 April lalu ketika memberikan keterangan diri dan kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Tinggi 16 Mei ini,” katanya.

Selepas ditahan petang Jumaat lalu, pasangan itu ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi sebelum dibebaskan pada malam sama dengan jaminan polis.
  #183  
Old 08-04-2006, 01:34 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Hubungan RM130,000 dengan pelacur

Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 7hb April 2006 :-

Hubungan RM130,000 dengan pelacur

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas terpaksa membayar RM130,000 secara ansuran kepada seorang pelacur selepas wanita terbabit mendakwa dirinya mengandung dan mengugut hendak mendedahkan hubungan seks dilakukan mereka kepada isteri mangsa.

Warga emas berusia 60 tahun yang juga seorang pemilik alat ganti kenderaan, terpaksa akur dengan ugutan pelacur terbabit bagi mengelak perbuatan sumbang itu diketahui isterinya.

Difahamkan, warga emas terbabit melanggan pelacur berusia 20-an itu dengan bayaran RM150 ketika mengunjungi sebuah hotel murah di Jalan Ipoh, di sini, Disember tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arjunaidi Mohamad, berkata mangsa yang tidak tahan diugut wanita itu dan seorang lelaki dipercayai bapa ayam, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, malam kelmarin.

Katanya, warga emas itu mendakwa dia sering diugut wanita terbabit dan seorang lelaki yang mengancam hendak mendedahkan perbuatannya jika mangsa enggan mengikut kehendak suspek.

“Selepas melakukan hubungan seks dengan wanita itu, mangsa sering menerima panggilan telefon daripada suspek yang mengugutnya,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pada mulanya pelacur terbabit meminta mangsa menyerahkan wang tunai RM1,888 bagi mengelak hubungan mereka didedahkan.

“Sejak hari itu mangsa terus diugut dan dia sudah membayar kepada suspek kira-kira RM130,000,” katanya.

Arjunaidi berkata, bagaimanapun pelacur itu terus mengugut mangsa dan meminta RM80,000 lagi malam kelmarin.

“Mangsa yang tidak tahan dengan tindakan wanita itu membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tinggal di Taman Desa, Jalan Klang Lama, di sini, kini berada dalam keadaan trauma berikutan ugutan yang diterimanya.

Katanya, polis masih mengesan suspek dan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999.
  #184  
Old 08-04-2006, 01:37 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Cenderahati lambang suci

Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 7hb April 2006 :-

Cenderahati lambang suci

JOHOR BAHRU: Tindakan pengusaha sebuah kedai di pusat beli-belah di Tampoi, di sini, mencampur-adukkan barangan cenderahati yang mempunyai lambang kesucian dua agama berbeza di ruang jualan dikesali orang ramai.

Penjualan pelbagai jenis barangan cenderahati yang dihiasi dengan corak berunsur keagamaan didakwa boleh menjejaskan sensitiviti kedua-dua agama berkenaan selain mengelirukan orang ramai yang mengunjungi premis terbabit.

Perbuatan itu dianggap tindakan yang tidak wajar kerana ia boleh menyinggung perasaan penduduk berbilang bangsa yang menganut pelbagai fahaman agama di negara ini.

Ia juga dikhuatiri menimbulkan pelbagai gambaran negatif kepada pelancong yang mengunjungi premis itu bagi membeli cenderahati.

Seorang pekerja swasta yang enggan dikenali berkata, beliau terkejut apabila mendapati barangan cenderahati terbabit mempamerkan sebuah tempat suci beribadat bagi umat Islam.

Beliau juga hairan bagaimana produk itu dari negara China itu boleh memasuki pasaran tempatan sekali gus dijual kepada umum di beberapa pusat beli-belah yang terkenal di kalangan pelancong.

Menurutnya, lebih mendukacitakan apabila beliau gagal mendapat maklum balas yang tepat mengenai produk cenderahati terbabit serta bagaimana ia boleh dijual ketika bertanya kepada jurujual.

Katanya, jurujual yang bekerja di situ tidak mengetahui penjualan barangan cenderahati itu yang mempunyai motif keagamaan berbeza boleh menyinggung perasaan.

“Pengusaha sepatutnya lebih berhati-hati menjual cenderahati kepada pelanggan terutama yang membabitkan soal sensitiviti sesuatu kepercayaan agama.

“Ia boleh mengundang pelbagai masalah kerana mengelirukan pelanggan serta menghina kesucian agama masing-masing,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro (HM), semalam.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Agama Johor (JAJ), Yosree Ikhsan berkata pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, JAJ akan mengenal pasti serta menjalankan siasatan terhadap aduan orang ramai dan sekiranya didapati bersalah, barangan berkenaan boleh dirampas.
  #185  
Old 08-04-2006, 01:41 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
KL banjir lagi!

Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 7hb April 2006 :-

KL banjir lagi!

KUALA LUMPUR: Hujan lebat selama tiga jam bermula kira-kira jam 2 petang semalam, mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar ibu kota ditenggelami air, manakala ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Jurucakap polis trafik Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan lapan lokasi banjir di sekitar ibu negara bermula jam 2.30 petang.

Antara jalan dilanda banjir kilat termasuk Lebuhraya Besraya, Taman Shamelin, Bulatan Billion di Cheras, Jalan TUDM Sungai Besi, Jalan Peel berhampiran Kampung Pandan dan Jalan Tun Razak.

Menurutnya, seramai 60 anggota trafik berkawal di semua lokasi terbabit bagi membantu melancarkan lalu lintas yang mengalami kesesakan teruk.

Tinjauan Harian Metro di sekitar bandar raya mendapati lalu lintas sesak apabila kenderaan terperangkap dalam banjir kilat termasuk di Lebuhraya Besraya, susur keluar ke Seremban dari Jalan Tun Razak di Sungai Besi dan Jalan Pantai Baru.

Seperti kelaziman setiap kali selepas hujan lebat, Kampung Thambipillay, Jalan Klang Lama, dinaiki air sedalam satu meter dan memusnahkan hampir keseluruhan barangan berharga milik penduduk, termasuk perabot dan perkakas elektrik.

Situasi mencemaskan itu menyebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Skuad Penyelamatnya memindahkan hampir 80 penduduk ke penempatan sementara di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (Cina) Choong Wen, Batu 4, Jalan Klang Lama.

Selain itu, hampir 113 penduduk sekitar Salak Selatan dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Baru Salak Selatan dan mereka diberikan makanan, sementara menunggu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tinjauan turut mendapati beberapa kenderaan mengalami kerosakan selepas kereta ditenggelami air ketika melalui kawasan banjir berkenaan dan keadaan itu turut menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

Difahamkan, Skuad Penyelamat DBKL terpaksa memindahkan pelajar sekolah di sekitar Salak Selatan dengan menggunakan dua bot ke kawasan lebih selamat, sekali gus memudahkan mereka pulang ke rumah.
  #186  
Old 08-04-2006, 01:50 AM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Persimpangan atasi kesesakan di Taman Perling, J.B.

Laporan dari Berita Harian bertarikh Jumaat 7hb April 2006 :-

Persimpangan atasi kesesakan di Taman Perling, J.B. : Lampu isyarat di Taman Perling ke Lebuh Raya Pasir Gudang diganti

JOHOR BAHRU: Kesesakan lalu lintas di persimpangan lampu isyarat di Taman Perling ke Lebuhraya Pasir Gudang dan bandar raya ini dijangka diatasi apabila pembinaan persimpangan bertingkat yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Apabila siap kelak, persimpangan bertingkat Perling akan menggantikan lampu isyarat yang dikatakan punca kesesakan lalu lintas penduduk taman itu dan lebih lima taman lain di sekitarnya.

Pembinaan persimpangan bertingkat enam lorong bernilai RM174.2 juta itu juga dapat melancarkan laluan kenderaan dari kawasan perumahan terbabit sama ada ke Lebuhraya Pasir Gudang, bandar raya ini atau ke Senai, Skudai dan Lebuh Raya Utara-Selatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Perumahan negeri, Datuk Baderi Dasuki, berkata kerajaan negeri sudah melantik SP Setia bagi melaksanakan persimpangan bertingkat sepanjang 3.5 kilometer.

Katanya, komponen lain projek itu termasuk dua pusingan U iaitu menghala ke utara bandar raya ini dan ke pusat bandar raya.

Beliau berkata, kerja awal projek itu sudah dimulakan sejak 6 Februari dan dijangka mengambil 30 bulan untuk disiapkan.

"Pada masa ini ada tiga persimpangan lampu isyarat dan ia menyebabkan kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan," katanya selepas mesyuarat Exco di sini.

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman serta ahli Exco lain diberikan taklimat projek pembinaan persimpangan bertingkat Taman Perling itu oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Katanya, projek pembinaan itu turut menyediakan satu lorong khas ke bagi memudahkan orang ramai ke Pekan Rabu.

"Kerajaan negeri merancang menaik taraf persimpangan Taman Perling ini sejak Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) tetapi tertangguh berikutan masalah teknikal.

"Kita juga akan mengadakan perbincangan dengan polis trafik dan pihak berkuasa tempatan mengenai jalan alternatif bagi kemudahan penduduk di taman perumahan terbabit ketika projek itu sedang dibina," katanya.
  #187  
Old 08-04-2006, 02:43 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
E-mel hantu ganggu pelajar di UiTM cawangan Melaka

Laporan dari Harian Metro bertarikh Sabtu 8hb April 2006 :-

E-mel hantu ganggu pelajar di UiTM cawangan Melaka

SEREMBAN: Warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) gempar dengan penyebaran e-mel kononnya pelajar di kampus UiTM cawangan Melaka diganggu hantu wanita serba putih dan tidak berwajah serta memegang batu nesan.

E-mel yang pernah disebarkan di kalangan pelajar UiTM itu dikirimkan semula lebih meluas ke seluruh negara sejak kebelakangan ini, menyebabkan ada pelajar kampus Melaka terutama wanita takut untuk keluar pada waktu malam.

Malah, kewujudan jelmaan makhluk halus yang lebih popular di kalangan pelajar UiTM dengan panggilan `sweet’ itu masih menjadi misteri kerana cerita itu tersebar dari mulut ke mulut tanpa bukti kukuh.

Bagaimanapun, berdasarkan satu e-mel yang dikirimkan kepada laman web peminat dan pengkaji paranormal tempatan, www.muzzafar.com, seorang wanita mengaku gambar itu adalah asli, bukannya diubah suai menggunakan teknik tampalan atau ubahan grafik.

Pengirim e-mel yang tidak menyertakan namanya itu mengaku gambar asal yang dirakam di UiTM Melaka itu turut memuatkan rakaman tiga pelajar perempuan yang bergambar tetapi dipadamkan bagi mengelakkan timbul masalah lain.

Menurut pelajar jurusan grafik itu, gambar asal berkenaan milik pelajar wanita semester tiga (tahun dua) dikenali sebagai Kak Syima pada 1997 dan dirakam di suatu lokasi di UiTM Melaka antara jam 9 hingga 10 malam.

Katanya, gambar itu diambil untuk menyiapkan tugasan subjek fotografi dengan teknik `shutterspeed’ dan menghabiskan baki filem.

“Sehari selepas itu Kak Syima mencuci gambar itu dan hairan dengan imej yang ada di depan mereka .

“Kak Syima berjumpa dengan saya untuk mendapatkan penjelasan dan pada mulanya saya sangka cuma teknik pencahayaan yang tidak betul,” katanya.

Menurut wanita itu, mereka menunjukkan gambar itu pada pensyarah yang membuat andaian imej itu terjadi berikutan sumber pencahayaan dari teknik “shutterspeed“ yang dirakam .

Menurutnya, pensyarah dan pelajar melakukan analisis berasingan pada gambar berkenaan bagi menentukan sama ada tulen atau hasil ubahan grafik.

“Semasa proses itu, terjadi perkara menggerunkan dan hingga sekarang kejadian itu tidak dapat di lupakan,” katanya.
  #188  
Old 08-04-2006, 02:47 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Tongkat Ali : Promosi jenama semula

Laporan dari Harian Metro bertarikh Sabtu 8hb April 2006 :-

Promosi jenama semula

MANJA Tongkat Ali Marketing Sdn Bhd (MTAM), pengeluar herba dalam bentuk kapsul dan kopi pelbagai rasa dengan jenama Raja Tongkat Ali dan Manja Fatimah melancarkan promosi penjenamaan semula produk berkenaan, baru-baru ini.

Penjenamaan semula itu membabitkan pengenalan beberapa produk baru dalam bentuk kapsul Raja Tongkat Ali untuk lelaki dan Manja Fatimah untuk wanita serta kopi pelbagai perisa dengan campuran kedua-dua herba itu di pasaran.

Pengarah Eksekutif MTAM, Zulhazri Abu Bakar, berkata penjenamaan semula itu bertujuan memberi kesedaran terhadap keberkesanan dan penggunaan herba berkenaan supaya pemahaman mengenai fungsinya sebagai ubat perangsang dapat dikurangkan.

“Herba berkenaan sebenarnya lebih berkesan bagi tujuan penjanaan tenaga dan pemulihan sistem darah, bukan sekadar ubat perangsang seksual semata-mata.

“Justeru, salah tanggapan bahawa herba Tongkat Ali dan Kacip Fatimah hanya untuk keperluan seksual saja wajar diperbetulkan supaya potensi kedua-duanya dapat diperluaskan pada masa depan,” katanya di Johor Bahru, baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Famous Flamingo Sdn Bhd (FFSB), Azhar Mohamad Said, satu daripada tiga pengedar produk berkenaan di seluruh negara.

Selain FFSB, dua lagi pengedar produk MTAM di seluruh negara ialah RY Saloon dan S Fina Beauty & Saloon.

Zulhazri berkata, MTAM yakin dapat mencatatkan unjuran perolehan sehingga RM1 juta berikutan konsep penjenamaan semula itu disokong dengan aktiviti pengiklanan dan promosi yang menyeluruh.

“Kita yakin produk itu akan mendapat sambutan berdasarkan ujian pasaran yang dilakukan sejak lima bulan lalu di seluruh negara termasuk Singapura membabitkan 500 responden menunjukkan penerimaan baik di kalangan pengguna.

“Malah, ketika membuat ujian pasaran, kami lebih menekankan kesedaran mengenai fungsi herba Tongkat Ali dan Kacip Fatimah iaitu penjanaan tenaga dan memperbaiki peredaran darah serta meningkatkan stamina,” katanya.

Jenama Raja Tongkat Ali dan Manja Fatimah diperkenalkan di pasaran dalam bentuk kapsul dan kopi pelbagai perisa termasuk cappucino.
  #189  
Old 08-04-2006, 02:57 PM

  #190  
Old 08-04-2006, 03:01 PM

Bomoh paksa anak rakam aksi ranjang

Laporan dari Harian Metro bertarikh Sabtu 8hb April 2006 :-

Bomoh paksa anak rakam aksi ranjang

PUCHONG: Seorang budak perempuan berusia 11 tahun dipaksa merakam adegan bapanya yang juga seorang bomoh, melakukan aksi lucah dengan isteri ketiganya semata-mata kerana mahu mengumpul koleksi peribadi, selain sebagai syarat memperoleh tuah dan kekayaan.

Lelaki berusia 53 tahun itu yang juga pakar feng shui, didakwa memaksa anaknya berbuat demikian ketika dia dan isteri mudanya berusia 22 tahun melakukan aksi melampau di rumah mereka di Cheras Indah, baru-baru ini.

Anak perempuan kepada lelaki itu tidak membantah, sebaliknya merakam aksi terbabit kerana bimbang diapa-apakan manakala ibu tirinya pula langsung tidak kisah seolah-olah perbuatannya itu bukan sesuatu yang pelik walaupun menyedari kanak-kanak itu baru berusia 11 tahun.

Difahamkan, pasangan terbabit hanya berkemban dalam beberapa gambar aksi agak lucah yang dirakam budak itu.

Pakar feng shui terbabit mempunyai tiga isteri. Isteri pertama dan keduanya pasangan adik-beradik. Kanak-kanak perempuan itu pula adalah anak hasil perkahwinan pertamanya.

Isteri kedua bomoh itu membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, kelmarin, kerana tidak tahan melihat gelagat suaminya selain mendakwa pernah dipaksa melacurkan diri untuk mendapatkan wang.

Wanita berusia 33 tahun itu Law Sai Heok, sudah meninggalkan lelaki terbabit sejak sebulan lalu.

“Saya tidak sanggup menerima kenyataan anak saudara saya dipaksa mengambil gambar bapa serta ibu tirinya sedang bercumbuan dalam keadaan agak lucah dan mengghairahkan.

“Ia benar-benar meremukkan hati dan perasaan saya sebagai ibu saudara. Saya kesal kerana suami tergamak memaksa darah dagingnya sendiri merakamkan gambar seumpama itu,” katanya.

Ketika ditemui di rumahnya di Puchong Jaya, di sini semalam, wanita itu mendakwa sebelum berkahwin ketika berusia 19 tahun, dia pernah dirogol lelaki terbabit sewaktu menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-19 di kediaman pakar feng shui terbabit.

“Saya berkahwin dengannya. Bagaimanapun, saya langsung tidak gembira dengan perkahwinan itu dan selepas berkahwin, nasib saya bertambah malang,” katanya.

Hasil perkahwinan dengan lelaki itu, wanita itu dikurniakan tiga anak, masing-masing berusia 10, sembilan dan lima tahun, manakala kakaknya mendapat tiga cahaya mata.

Lelaki terbabit menggunakan kepakarannya untuk menjerat isteri ketiga, seorang remaja berusia 18 tahun yang datang ke rumah mereka di Cheras Indah untuk berubat.

Dalam laporannya, wanita berkenaan turut mendakwa diugut bunuh oleh lelaki itu semata-mata kerana mahu bertemu anak-anaknya.

Bertindak berikutan aduan itu, polis menyerbu rumah lelaki terbabit dan mengambil keterangan daripadanya untuk membantu siasatan, petang kelmarin.

Sumber polis mengesahkan penahanan lelaki terbabit tetapi enggan mengulas sama ada dia dibebaskan atau masih ditahan.
  #191  
Old 08-04-2006, 03:10 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Akhbar Singapura diminta henti laporan ’hentam’ Johor

Laporan dari Berita Harian bertarikh Sabtu 8hb April 2006 :-

Akhbar Singapura diminta henti laporan ’hentam’ Johor

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk N Parameswaran meminta dua akhbar di republik berkenaan segera menghentikan penyiaran artikel ‘menghentam’ Johor.

Dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Ketua Pengarang Kumpulan Singapore Press Holdings (SPH), Cheong Yip Seng, Parameswaran menegaskan laporan mengenai kereta Singapura menjadi sasaran pencuri di Johor tidak berasas.

Beliau berkata, laporan akhbar The Sunday Times dan The New Paper awal bulan ini tidak berasas, sekali gus menjejaskan nama baik empat pusat perniagaan di Johor Bahru selepas nama mereka disiarkan akhbar berkenaan.

Pada 2 April lalu, akhbar The Sunday Times dan The New Paper melaporkan Holiday Plaza, Plaza Pelangi, Aeon Tebrau City dan Giant Plentong kawasan tidak selamat meletak kenderaan kerana sering dijadikan sasaran pencuri kenderaan.
  #192  
Old 08-04-2006, 03:19 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Cawangan nasi dagang Mak Ngah mungkin dibuka di KL

Laporan dari Utusan Malaysia bertarikh Sabtu 8hb April 2006 :-

Cawangan nasi dagang Mak Ngah mungkin dibuka di KL

KUALA TERENGGANU 7 April - Restoran Mak Ngah Nasi Dagang di sini, mungkin membuka cawangan di ibu negara bagi memboehkan warga kota menikmati resipi istimewa nasi dagang restoran itu.

Salah seorang anak pemilik restoran itu, Zulkifli Ngah, 48, memberitahu, dia dan enam adik beradiknya akan berbincang dengan ibu mereka, Sapiah Mohamad, 70, mengenai hasrat membuka cawangan restoran itu di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mencari lokasi sesuai untuk membuka cawangan tersebut.

``Saya rasa jika semua masalah itu dapat diatasi, mungkin mak saya tidak menghalang usaha kami untuk memperluaskan perniagaan ini.

``Namun jika membuka cawangan baru itu merumitkan perniagaan kami di Chendering yang diusahakan oleh ibu kira-kira 45 tahun lalu, saya rasa kemungkinan adik-beradik lain tidak bersetuju,'' katanya ketika ditemui di restorannya di Chendering dekat sini hari ini.

Zukifli berkata demikian sebagai mengulas ruangan pojok Awang Selamat semalam yang mencadangkan Mak Ngah membuka restoran nasi dagangnya di ibu negara.

Cadangan Awang itu berikutan Restoran Mak Ngah Nasi Dagang kini semakin dikenali dan menarik ramai orang dari luar Terengganu termasuk dari Putrajaya yang membeli nasi dagang dalam kuantiti yang banyak.

Mak Ngah sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila seorang pelanggan dari Putrajaya mendakwa peniaga itu menjual kuah nasi dagang kepala ikan tongkol dengan harga RM45.

Bagaimanapun sejak berita itu mendapat liputan meluas media massa, anak-anak Mak Ngah yang kesemuanya bekerja di situ tidak menang tangan melayani pelanggan yang semakin bertambah.

Zulkifli turut mengakui sebelum ini mereka sekeluarga terlalu bimbang dengan berita mengenai restoran ibunya kerana ia boleh menjejaskan imej restoran tersebut.

``Apabila saya teliti peringatan Allah dalam al-Quran yang Awang Selamat petik iaitu ``Jangan kamu ingat suatu yang buruk itu tidak baik bagi kamu, dan yang baik itu mungkin tidak baik bagi kamu,'' ia ada kebenarannya juga.

``Dulu kami bimbang tetapi melihat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, sebenarnya ada hikmah di sebalik kejadian tersebut,'' kata Zulkifli.

Beliau memberi contoh jika sebelum ini emaknya biasanya memasak 10 hingga 12 gantang nasi sehari tetapi sejak seminggu lalu, jumlah itu ditambah kepada 15 gantang.

``Walaupun beras yang dimasak ditambah, tetapi nasi dagang kami habis dijual lebih awal dari dulu,'' ujarnya yang turut hairan mengenai apa yang berlaku.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Hasbullah gembira Mak Ngah buka cawangan di KL

KUALA LUMPUR 7 April - Pelanggan yang pernah menimbulkan kontroversi seketul kepala ikan tongkol berharga RM45, menyambut baik cadangan Sapiah Mohamad, 70, untuk membuka cawangan `Restoran Nasi Dagang Mak Ngah' di ibu negara.

Hasbullah Ishak, 46, berkata, beliau tidak akan berasa malu atau segan untuk mengunjungi restoran tersebut sekiranya rancangan itu dilaksanakan.

``Saya tidak pernah bermusuhan dengan Mak Ngah malah rancangan meluaskan cawangan restoran itu merupakan petanda baik terhadap perniagaan nasi dagangnya kini,'' katanya.

Beliau sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila melaporkan telah membeli kuah nasi dagang kepala ikan tongkol dari restoran Nasi Dagang Mak Ngah di Chendering dengan harga RM45 pada 27 Mac lalu.
  #193  
Old 09-04-2006, 06:17 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Pub haram di Jalan Doraisamy kena serbu dua kali

Laporan dari Harian Metro bertarikh Ahad 9hb April 2006 :-

Pub haram di Jalan Doraisamy kena serbu dua kali

KUALA LUMPUR: Dua pub di Jalan Doraisamy, di sini, yang beroperasi secara haram dan menjadi kunjungan utama pelancong asing, diserbu polis buat kali kedua kelmarin.

Pub berkenaan dikatakan mula beroperasi sejak enam bulan lalu dan pemiliknya sanggup mengubah suainya dengan kos berpuluh ribu ringgit semata-mata untuk mengabui mata pihak berkuasa.

Malah, dua premis haram terbabit terletak sederet dengan lebih 10 pub berlesen yang menjadi tumpuan pelancong asing.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7, Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur, Superintendan Zaki Masroh, berkata polis menahan dua lelaki kerana positif dalam ujian air kencing akibat mengambil dadah serta mengeluarkan saman terhadap dua pub haram itu kerana beroperasi tanpa lesen.

Katanya, dalam operasi jam 2 hingga 5 pagi itu, kira-kira 70 anggota dan pegawai, termasuk dari Jabatan Narkotik, Jenayah Berat D9, Bahagian Curi Kenderaan D4C (IPK) dan Trafik Bandaraya terbabit.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, lebih 1,000 pengunjung, termasuk pelancong asing, ada di kawasan berkenaan untuk berhibur.

“Dalam operasi bersepadu itu, Trafik Bandaraya mengeluarkan 104 saman di sekitar kawasan berkenaan kerana melakukan pelbagai kesalahan, kebanyakannya kerana menghalang lalu lintas,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu bertujuan mencegah jenayah di sekitar pusat hiburan dan mengesan premis yang menjalankan operasi secara haram.

Katanya, ada antara pub terbabit pernah diserbu berikutan menjalankan operasi melebihi masa ditetapkan.

Beliau berkata, polis tidak akan ‘beri muka’ dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pusat hiburan yang beroperasi tidak mengikut undang-undang ditetapkan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kewujudan premis hiburan tertentu beroperasi lebih masa atau tanpa lesen supaya hubungi talian Rakan Cop 03-21159999.
  #194  
Old 09-04-2006, 06:21 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Lagi ‘toyol’ ditemui

Laporan dari Harian Metro bertarikh Ahad 9hb April 2006 :-

Lagi ‘toyol’ ditemui

MARANG: Penemuan botol mengandungi lembaga bermata merah dibalut kain hitam dan diikat benang kuning dipercayai toyol di muara Sungai Merchang, di sini kelmarin, mengemparkan penduduk setempat.

Penduduk percaya lembaga itu dibuang pihak tertentu ke laut sebelum ditemui sekumpulan remaja Kampung Merchang ketika bersukan.

Wan Kamal Wan Muda, 21, berkata dia menemui botol itu ketika bermain bola tampar berhampiran muara sungai berkenaan, kira-kira jam 6.30 petang.

Katanya, dia kemudian memaklumkan penemuan itu kepada rakan lain yang kemudian berkerumun untuk melihat makhluk mengerikan yang tidak bergerak di dalam botol berkenaan.

“Saya tidak pasti sama ada botol ini dibuang penduduk kampung ini atau orang luar, tetapi yakin ia digunakan untuk tujuan tidak elok kerana sebaik memegang botol itu tangan saya panas, badan menjadi lemah dan tidak bermaya,” katanya.

Wan Kamal berkata, bagi memastikan perkara sebenar, dia memberitahu bapa, Wan Muda Wan Mohamad, 60, yang kemudian berpesan supaya tidak membuka penutup botol kerana bimbang sesuatu perkara buruk berlaku.

Katanya, bagi mengelak kejadian buruk, seorang pengamal perubatan tradisional di kampung itu menasihatinya supaya membuang semula botol berisi lembaga itu ke laut.

Ketika meneliti botol terbabit, Metro Ahad mendapati botol itu didapati hampir sama dengan botol yang ditemui penduduk kampung di Pekan, Pahang, Mac lalu.

Malah, ia turut mirip botol yang didakwa toyol yang dipamerkan sehari di Muzium Pekan, pertengahan Februari lalu.
  #195  
Old 09-04-2006, 06:25 PM
KatoeyLover69's Avatar
KatoeyLover69 KatoeyLover69 is offline
Samster
 
Join Date: Aug 2005
Posts: 11,368
Mentioned: 0 Post(s)
Tagged: 0 Thread(s)
Quoted: 9 Post(s)
My Reputation: Points: 776 / Power: 20
KatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to beholdKatoeyLover69 is a splendid one to behold
Tunku Ismail Raja Muda Johor

Laporan dari Harian Metro bertarikh Ahad 9hb April 2006 :-

Tunku Ismail Raja Muda Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar mengisytiharkan gelaran pewaris kedua Kesultanan Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim Ismail sebagai Raja Muda Johor, mulai semalam.

Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraannya Istana Besar di sini.

Baginda mengumumkan gelaran itu jam 12.15 tengah hari sejurus selepas mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 11 penerima.

Tanpa menggunakan pembesar suara, baginda terus bertitah: “Saya mengumumkan cucu saya sebagai Raja Muda Johor.”

Pada majlis berkenaan, Tunku Ismail turut dianugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DKII).

Puteri Sultan Johor, Tunku Besar Zabedah Sultan Iskandar, mengetuai senarai 175 penerima pingat apabila menerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DKI).

Turut menerima pingat pada majlis semalam ialah Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot menjadi penerima tunggal pingat Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama (SPMJ) yang membawa gelaran Datuk.

Empat lagi dianugerahkan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua (DPMJ) yang juga membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid; Pengarah KDRM negeri, Datuk Sarmin Md Hussein; Menantu Sultan Johor, Mizan Datuk Yahya dan Penguasa Kebun Bunga Kerajaan Johor, S Chanthrasothy.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Sultanah Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail; Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris; kerabat diraja, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan pembesar negeri.

Sebelum ini, ketika merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Johor pada 30 Jun tahun lalu, Sultan Johor mengumumkan Tunku Ismail sebagai pewaris kedua Kesultanan Johor selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail.

Ketika bertitah merasmikan majlis itu, baginda memperkenalkan Tunku Ibrahim sebagai pewaris pertama, manakala cucu baginda sebagai pewaris kedua.

“Di sini saya hendak memperkenalkan cucu saya, Tunku Ismail iaitu dia adalah waris kedua. Tunku Mahkota adalah waris pertama,” titah baginda ketika itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Abu Bakar Tunku Abdul Rahman berkata, gelaran Raja Muda Johor hendaklah digunakan dalam semua istiadat, majlis dan urusan rasmi kerajaan mulai semalam.

Tunku Ismail, putera sulung Tunku Mahkota Johor yang dilahirkan pada 30 Jun 1984 memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama dan Sekolah Rendah Kebangsaan St Joseph, Johor Bahru.

Seterusnya Raja Muda Johor melanjutkan pelajaran di Australian International School Singapore dan Hale School, Perth, Australia sehingga 2002.

Tunku Ismail kemudian dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai pegawai kadet di Akademi Tentera India (IMA) di Dehradun, India mulai Julai 2003.

Selepas tamat latihan, Tunku Ismail diberikan pangkat leftenan pada 11 Disember 2004 dan seterusnya diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India dan mula bertugas sebagai pegawai tentera dalam Rejimen 61 Cavalry di Jaipur sehingga sekarang.
Advert Space Available
Bypass censorship with https://1.1.1.1

Cloudflare 1.1.1.1
Reply

Bookmarks

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

All times are GMT +8. The time now is 03:48 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.10
Copyright ©2000 - 2025, vBulletin Solutions, Inc.
User Alert System provided by Advanced User Tagging (Pro) - vBulletin Mods & Addons Copyright © 2025 DragonByte Technologies Ltd.
Copywrong © Samuel Leong 2006 ~ 2025 ph