#286
|
||||
|
||||
Karaoke tandas cetus kebimbangan
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 12hb Jun 2006 :-
Karaoke tandas cetus kebimbangan PASIR GUDANG: Kewujudan `karaoke tandas’ di sebuah pasar raya di Masai, di sini mencetuskan kebimbangan ibu bapa di sekitar kawasan itu terhadap penularan gejala sosial dan didakwa menjadi punca pelajar ponteng sekolah. Ini kerana kemudahan hiburan `murah’ yang diwujudkan itu merangsang remaja untuk lepak dan berpeleseran di pasar raya terbabit. Selain itu, pihak berkuasa tempatan turut dipertikaikan kerana membenarkan `karaoke tandas’ itu beroperasi. Kini `karaoke tandas’ hanya sebuah bilik kecil yang selesa untuk dua orang itu mendapat sambutan baik daripada pengunjung yang hanya perlu membayar RM1 bagi satu lagu. Biasanya pengunjung bebas untuk duduk dalam bilik berkenaan tanpa had masa untuk bernyanyi. Tinjauan ke premis berkenaan mendapati terdapat enam bilik yang hampir menyerupai bilik tandas diletakkan di tempat pejalan kaki pasar raya berkenaan, manakala lima lagi di dalam pusat beli belah itu. Bagaimanapun, beberapa pengunjung pasar raya itu bimbang budaya berkenaan boleh merosakkan moral remaja berikutan ramai pelajar yang ke pasar raya itu untuk berhibur. Tindakan itu dikhuatiri akan melekakan pelajar selain menghabiskan masa tanpa berfaedah serta membazirkan wang semata-mata untuk berkaraoke bersama rakan sekolah mereka. Seorang pengunjung, Abdul Halim Alias, berharap pihak berkuasa memantau ‘karaoke tandas’ di pasar raya itu bagi mengelak disalah guna. Menurutnya, walaupun remaja berkunjung ke situ untuk berhibur tetapi perbuatan mereka memasuki bilik kecil itu bersama pasangan berlainan jenis pasti menimbulkan keraguan. “Kita mungkin selesa apabila melihat pasangan remaja lelaki dan perempuan memasuki bilik karaoke itu untuk menyanyi pada suatu masa. “Mereka hanya membuang masa menyanyi sesama sendiri dan ia menjurus kepada gejala tidak sihat,” katanya. Abdul Halim juga hairan bagaimana pemilik premis berkenaan boleh mendapat lesen hiburan bagi menjalankan perniagaan karaoke di situ kerana ternyata permainan itu memberi kesan tidak baik kepada remaja. Sehubungan itu, beliau berharap siasatan segera dijalankan oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Bahagian Hal Ehwal Pengguna Negeri bagi memastikan pemilik premis tidak menyalahgunakan lesen hiburan bagi mengaut keuntungan. --- KatoeyNewsNetwork |
#287
|
||||
|
||||
Syahwat melampau
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selasa 13hb Jun 2006 :-
Syahwat melampau JOHOR BAHRU: Ramai remaja perempuan di negeri ini terbabit dengan gejala hiperseksual atau naluri seks melampau sehingga menyumbang kepada peningkatan kes anak luar nikah, pengguguran kandungan dan pembuangan bayi. Malah, kecenderungan seks yang melampau itu menyebabkan remaja terbabit terlanjur dengan pasangan masing-masing sehingga menyebabkan kehidupan mereka dibelenggu pelbagai masalah. Lebih mengejutkan, masalah remaja terbabit termasuk di kalangan pelajar sekolah, gagal ditangani dengan baik oleh ibu bapa masing-masing yang sebaliknya menyerahkan bebanan itu kepada badan bukan kerajaan (NGO) atau agensi kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Pembangunan Masyarakat negeri, Dr Robia Kosai, berkata sejak awal tahun ini, pihaknya menerima aduan daripada beberapa ibu bapa mengenai anak remaja mereka yang hiperseksual. Beliau berkata, baru-baru ini pihaknya mendapat aduan daripada seorang ibu di bandar raya ini yang mendakwa anak gadisnya yang berusia 19 tahun seorang hiperseksual. "Ibu berkenaan meminta nasihat kami untuk menempatkan anaknya di rumah perlindungan yang sesuai bagi memastikan masa depan gadis itu dan bayi yang dikandungnya tidak hancur begitu saja," katanya pada majlis sepetang bersama NGO, di sini semalam. Dr Robia berkata, perkembangan itu amat membimbangkan kerana ia dikenal pasti menjadi penyumbang kepada peningkatan kes anak luar nikah dan pengguguran bayi. Selain itu, katanya, kebelakangan ini jumlah kes pembuangan bayi yang dipercayai berpunca gejala tidak sihat itu, menunjukkan sedikit peningkatan. "Kita percaya banyak lagi kes yang berlaku tetapi tidak dilaporkan atau dirahsiakan demi menjaga nama baik keluarga,” katanya. Dr Robia berkata, berikutan perkembangan itu, pihaknya bercadang mewujudkan sebuah pusat perlindungan bagi remaja perempuan yang terlanjur di Johor. Katanya, walaupun perbuatan mereka mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak, ia bukan alasan bagi kerajaan mahupun masyarakat untuk bersikap lepas tangan. Menurutnya, selain memberi motivasi bagi memulakan kehidupan baru, pusat perlindungan berkenaan akan menawarkan pelbagai kemudahan termasuk penjagaan rapi terutama kepada remaja hamil. "Tujuan kami bagi meningkatkan akhlak remaja berkenaan dan memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kehidupan sekali gus tidak terus terjerumus dalam gejala sosial. "Kami berharap pelbagai pihak memberi kerjasama bagi mewujudkan pusat perlnidungan berkenaan di negeri ini dan seboleh-bolehnya di setiap daerah bagi memastikan kehidupan mereka yang terlanjur tidak sentiasa kelam atau dimakan pengalaman silam," katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#288
|
||||
|
||||
Karaoke tandas maksiat
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 14hb Jun 2006 :-
Karaoke tandas maksiat JOHOR BAHRU: Ada pasangan remaja lelaki dan perempuan dikesan mengambil kesempatan daripada kewujudan `karaoke tandas’ di beberapa pusat beli- belah sekitar bandar raya ini untuk melakukan kegiatan tidak bermoral. Mereka dikatakan melakukan perbuatan itu tanpa menghiraukan kehadiran orang ramai. Lebih mengejutkan, kewujudan `karaoke tandas’ itu turut memberi ruang kepada pelajar untuk ponteng sekolah serta menghabiskan masa berjam-jam di situ bersama rakan mereka. Harian Metro difahamkan, kemudahan karaoke yang ditawarkan secara haram tanpa dilesenkan pihak berkuasa itu mencetuskan kebimbangan di kalangan orang ramai. Ia kerana sesetengah pelanggan `karaoke tandas’ berkenaan didakwa menjalankan pelbagai kegiatan tidak bermoral sehingga menyinggung pengunjung lain di pusat beli-belah itu. Jurucakap sebuah pusat beli-belah di Skudai, di sini, berkata kemudahan hiburan murah itu merangsang remaja untuk lepak dan berpeleseran di pasar raya. Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan kebanyakan kompleks beli-belah yang menyediakan kemudahan itu menerima aduan daripada orang ramai supaya ia tidak diwujudkan lagi. Menurutnya, lebih mendukacitakan apabila ada pihak yang sanggup melakukan perbuatan tidak senonoh hingga menyebabkan pengurusan kompleks terpaksa memantau operasi kemudahan itu pada setiap masa. “Kita memandang serius sebarang kegiatan tidak sopan di `karaoke tandas”, katanya ketika dihubungi HM, semalam. Sementara itu, jurucakap Pejabat Daerah Johor Bahru berkata, pihaknya belum mengeluarkan lesen hiburan bagi membenarkan `karaoke tandas’ beroperasi di bandar raya ini. Bagaimanapun, beliau berkata, mereka menerima beberapa permohonan kebelakangan ini daripada pengurusan pusat beli-belah serta syarikat yang menawarkan kemudahan itu. “Kami memandang serius operasi haram `karaoke tandas’ dan meminta kerjasama orang ramai membuat aduan mengenai kewujudan kemudahan terbabit di pasar raya berhampiran kediaman masing-masing,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#289
|
||||
|
||||
37 pelacur dicekup di Bandar Sunway
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 14hb Jun 2006 :-
37 pelacur dicekup di Bandar Sunway PETALING JAYA: Seramai 37 wanita warga asing disyaki pelacur yang asyik melayan pelanggan tidak menyedari kehadiran pasukan polis yang melancarkan operasi di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Bandar Sunway, di sini, malam tadi. Dalam operasi kira-kira jam 11.30 malam itu, kebanyakan pelacur berusia awal 20-an leka melayan beberapa lelaki di beberapa bilik karaoke manakala sebahagian lagi berada dalam sebuah bilik khas dipercayai menunggu pelanggan. Jurucakap polis berkata, pemilik premis terbabit menjadikan rumah kedai tiga tingkat itu sebagai pusat pelbagai hiburan termasuk pub terbuka di tingkat bawah, bilik karaoke di tingkat dua manakala disko ‘goyang kepala’ di tingkat tiga. Menurutnya, ketika serbuan, beberapa pelanggan lelaki yang berada dalam pusat hiburan itu terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa manakala pelacur terbabit tergamam menyebabkan mereka tidak sempat melarikan diri. “Hasil pemeriksaan mendapati 37 pelacur warga asing sedang leka melayani pelanggan di pub terbuka dan dalam bilik karaoke manakala sebahagian lagi dipercayai menunggu pelanggan di sebuah bilik khas. “Operasi ini disifatkan paling berjaya dan pantas kerana kami menahan mereka dalam masa 10 minit saja. “Warga asing yang ditahan terdiri 16 rakyat Vietnam, China (14), Thailand ( 5 ) Kemboja ( 2 ),” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan. Operasi itu dilakukan Bahagian Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, diketuai Timbalan Pegawai Turus D7, Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya. Beliau berkata, operasi membabitkan 15 anggota dan tiga pegawai itu turut menahan seorang kapten pusat hiburan berkenaan serta ibu ayam yang dipercayai menjadi orang tengah dalam urus niaga membabitkan aktiviti pelacuran. “Serbuan ini dilakukan selepas polis menerima maklumat orang ramai selain melakukan intipan beberapa hari. “Siasatan awal mendapati pengusaha pusat hiburan terbabit sudah tujuh kali dikenakan tindakan kerana menjalankan aktiviti pelacuran membabitkan warga asing. “Polis Selangor akan terus menjalankan operasi bagi membanteras segala kegiatan tidak bermoral dan tidak akan bertolak ansur dalam aktiviti maksiat, perjudian dan kongsi gelap,” katanya. Menurutnya, semua pelacur terbabit yang mempunyai dokumen perjalanan sah, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut. --- KatoeyNewsNetwork |
#290
|
||||
|
||||
Sindiket lacur,along buat iklan terbuka di Bandaraya Johor Bahru
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 15hb Jun 2006 :-
Sindiket lacur,along buat iklan terbuka di Bandaraya Johor Bahru Tiang elektrik,papan tanda sasaran pihak tertentu untuk tampal maklumat mengenai perkhidmatan ditawarkan JOHOR BAHRU: Ceti haram atau lebih dikenali along, pusat urut, sindiket pelacuran dan agensi pekerjaan menggunakan pelbagai cara menarik pelanggan termasuk mengiklankan perkhidmatan mereka secara terbuka. Kebanyakan mereka mengiklankan apa yang ditawarkan di kawasan tumpuan orang ramai dengan menampal iklan serta nombor telefon di tiang elektrik dan telefon di jalan utama; tempat menunggu bas dan teksi; papan tanda jalan serta kotak pencawang elektrik. Perbuatan mereka menampal iklan tanpa kebenaran di tempat awam hanya menguntungkan mereka kerana tidak dikenakan sebarang bayaran dan dilakukan secara haram tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT). Tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu sebahagian masalah vandalisme yang sering berlaku di sekitar bandar raya ini sehingga menjejaskan dan mencemar pemandangan serta keindahan bandar raya ini. Boleh dikatakan hampir semua tempat menunggu bas di sekitar bandar raya ini menjadi tumpuan mereka menampal iklan masing-masing. Malah, isu berkenaan turut dibangkitkan wakil rakyat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Johor. Perbuatan mereka menampal iklan seperti di papan tanda jalan menjejaskan orang ramai untuk mengetahui nama jalan berkenaan selain menimbulkan masalah kekotoran apabila kertas iklan berkenaan berselerak di jalan raya. Kakitangan awam, Ahmad Amizan A Samad, 29, berkata, vandalisme itu juga menggalakkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan ceti haram walaupun ia hanya menjerat diri sendiri. Katanya, ia sebahagian cara mereka mempromosi dan menarik minat orang ramai mendapatkan perkhidmatan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang perbuatan mereka. "Perkara ini pastinya turut memberi kesan negatif terutama oleh pelancong asing yang datang ke sini dan pastinya mengandaikan bahawa bandar raya ini tidak bersih. "Pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan lebih serius terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menampal iklan secara haram bukan di tempat yang sepatutnya," katanya. Sementara itu, Norhayadi Hussin, 26, berkata sikap buruk pengiklan di tempat kemudahan awam dan tumpuan orang ramai hanya mementingkan diri sendiri. Katanya, orang ramai juga boleh terpengaruh dengan iklan sedemikian terutama mereka yang dibelenggu hutang selain menggalakkan amalan gejala sosial seperti pelacuran. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Halimah Sadique berkata, kerajaan negeri memandang serius masalah berkenaan dan sudah menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera menanganinya. Beliau berkata, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) turut mengadakan Operasi Jejak Sapu untuk mencegah masalah iklan kecil ditampal di tempat kemudahan awam yang dilakukan secara harian. Malah, katanya, pihak berkuasa tempatan itu juga menyediakan tempat tampalan iklan kecil bersaiz 1 meter x 1.2 meter di tepi tempat menunggu bas di beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini. "MBJB menyediakan 10 tempat menampal iklan kecil secara percuma kepada orang ramai bagi mengelak perbuatan menampal di tempat yang tidak sepatutnya," katanya. Namun, Halimah berkata, Undang-Undang Kecil Vandalisme 2003 dan Undang-Undang Kecil Iklan (Pindaan) 1990 hanya memperuntukkan tindakan diambil terhadap orang yang menampal iklan berkenaan bukannya individu atau syarikat yang membuat iklan berkenaan. Ini berikutan, katanya, undang-undang kecil itu kurang berkesan kerana tindakan sukar diambil terhadap mereka yang membuat iklan memandangkan mereka mungkin mengupah orang menampal iklannya. Fakta Iklan kecil sering ditampal di tiang elektrik atau telefon, papan tanda jalan, tembok bangunan, tempat menunggu bas dan teksi. Maklumat dalam iklan berkenaan biasanya perkhidmatan ditawarkan serta beberapa nombor telefon bimbit. Jumlah kompaun dikenakan mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme 2003 adalah RM250 bagi setiap kesalahan atau didakwa di mahkamah dan jika disabit kesalahan dikenakan denda RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun. --- KatoeyNewsNetwork |
#291
|
||||
|
||||
Remaja buang masa dalam "karaoke tandas' pasar raya
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 15hb Jun 2006 :-
Remaja buang masa dalam "karaoke tandas' pasar raya PASIR GUDANG: Golongan muda di sekitar Masai, Bandar Seri Alam dan Taman Rinting di sini banyak menghabiskan masa terluang dengan mengunjungi sebuah pasar raya untuk berhibur di dalam bilik khas yang menyediakan mesin karaoke automatik. Pengunjung hanya perlu membayar RM1 bagi sebuah lagu yang dipilih melalui mesin nyanyian automatik yang disediakan di dalam bilik kecil yang juga dikenali karaoke tandas. Tinjauan ke premis berkenaan mendapati terdapat enam bilik khas diletakkan di tempat pejalan kaki pasar raya berkenaan untuk pengunjung yang mahu bersantai sambil menyanyi. Lima lagi bilik diletakkan di dalam pasar raya berkenaan yang boleh menempatkan dua pengunjung pada satu-satu masa. Ibu bapa di kawasan berkenaan bimbang kewujudan karaoke tandas yang menjadi tumpuan ramai pelajar. Perbuatan itu dikhuatiri akan melekakan pelajar terbabit selain membazirkan wang untuk berkaraoke. Seorang pengunjung, Abdul Halim Alias, berharap pihak berkuasa perlu memantau operasi karaoke di pasar raya berkenaan bagi mengelakkan kawasan berkenaan disalahgunakan remaja. Katanya, walaupun remaja berkunjung ke situ untuk berhibur tetapi perbuatan mereka memasuki bilik kecil itu bersama pasangan berlainan jantina pasti menimbulkan perkara tidak baik. "Saya agak bimbang apabila melihat pasangan remaja lelaki dan perempuan memasuki bilik karaoke itu untuk menyanyi bersama. Bilik itu agak kecil dan banyak perkara tidak baik boleh berlaku. "Lagi pun, mereka hanya membuang masa menyanyi sesama sendiri dengan gelagat yang kurang sopan yang menjurus kepada gejala tidak sihat," katanya. Beliau hairan bagaimana pemilik premis berkenaan boleh mendapatkan lesen bagi menjalankan perniagaan karaoke yang tidak sesuai dijalankan di premis pasar raya. --- KatoeyNewsNetwork |
#292
|
||||
|
||||
'Mini Medan' tawar seks di Relau, Bayan Lepas
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 16hb Jun 2006 :-
'Mini Medan' tawar seks di Relau, Bayan Lepas GEORGETOWN: Pekarangan sebuah flet di Relau, Bayan Lepas dekat sini, yang disewa lebih 200 pekerja wanita Indonesia mendapat jolokan ‘Mini Medan ’ apabila puluhan wanita asing itu berkeliaran di kawasan terbabit setiap malam untuk melakukan perbuatan tidak bermoral. Difahamkan, gadis terbabit juga berani menawarkan khidmat seks atau teman tidur dengan bayaran tertentu kepada lelaki tempatan yang mencari keseronokan. Sebahagian besar gadis berkenaan yang bekerja di sektor perindustrian berhampiran flet berkenaan yang disewa majikan mereka sebagai asrama kilang. Bagi mengelak kegiatan liar mereka dikesan, semua aktiviti tidak bermoral itu dilakukan di tempat lain. Biasanya lelaki yang memerlukan perkhidmatan mereka akan datang ke situ dan selepas tawar menawar selesai lelaki terbabit akan membawa mereka ke tempat lain untuk melepaskan nafsu. Kegiatan haram mereka dilakukan secara sulit kerana bimbang dikesan pihak berkuasa terutama Bahagian Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp). Mereka berbuat demikian untuk mencari wang tambahan dan kegiatan itu tidak disedari pihak majikan. Kegiatan maksiat itu biasanya dilakukan selepas waktu bekerja. Harian Metro dimaklumkan penduduk setempat sudah mula merungut dan bimbang dengan fenomena itu kerana dikhuatiri bertukar menjadi sarang maksiat. Tinjauan dua malam berturut-turut mendapati kawasan itu tidak ubah seperti di Indonesia apabila beberapa lelaki dan wanita asing itu berkumpul di tepi jalan sambil menjamu selera di gerai berdekatan. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia pernah melihat dan mengetahui daripada rakan mengenai kegiatan haram itu yang beroperasi di kawasan penempatan terbabit. Menurutnya, mereka cukup berani melakukannya secara terbuka tanpa menghormati sensitiviti penduduk yang kebanyakannya berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Katanya, penduduk bimbang perbuatan mereka serba sedikit boleh mendorong remaja bawah umur terjebak dengan kegiatan maksiat. Sementara itu, jurucakap Jaipp ketika dihubungi, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima aduan rasmi mengenai kegiatan maksiat itu, namun Jaipp tidak akan berdiam diri. “Pemantauan dan perhatian lebih khusus akan dibuat dalam usaha membanteras kegiatan maksiat di kawasan penempatan penduduk. “Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian maksiat itu boleh membuat aduan ke pejabat Jaipp di talian 04-2502846 untuk tindakan lanjut. “Kerjasama orang ramai sangat diharapkan untuk mencegah kemungkaran dan maksiat yang berlaku di sini dan memperoleh petunjuk daripada Allah,” katanya --- KatoeyNewsNetwork |
#293
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
hello kawan 2 semua,
I am new to this site ...but i believe its very good for you b'cos its verrrrrryyyyyy funny...hahahahahahah Especially the translations. cant stop laughing...hahahahahahahahahaha |
#294
|
||||
|
||||
FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
ALL Samsters should read this thread EVERYDAY ............. helps you to keep in touch with Banasa Malaysia and also helps you to improve your command of Bahasa Malaysia just by reading ALL the postings |
#295
|
||||
|
||||
Pindah operasi sundal
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 19hb Jun 2006 :-
Pindah operasi sundal SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan mengesan kemungkinan ada pemilik beberapa premis di bandar ini menganjurkan aktiviti pelacuran sebagai perniagaan sampingan membabitkan wanita warga asing. Pengarahnya, Zahari Abdul Aziz, berkata usaha itu dibuat berikutan ada pemilik premis melakukan kegiatan itu untuk mengaut keuntungan walaupun menyalahi undang-undang. Beliau berkata, pemilik kedai berkenaan dikatakan menyediakan bilik khas di belakang kedai untuk menjalankan aktiviti itu yang sengaja dirancangkan lebih awal dengan menggunakan wanita warga asing. “Sebelum ini aktiviti pelacuran dijalankan di beberapa pusat karaoke tetapi kini mereka dikesan berpindah berpindah ke lokasi lain dengan berselindung di sebalik perniagaan harian yang dijalankan. “Kami tidak menolak kemungkinan mereka akan mencari lokasi baru untuk menganjurkan kegiatan seumpama ini selepas aktiviti yang dibuat sebelum ini sudah dapat dikesan,” katanya di sini, semalam. Zahari berkata, pihaknya sedang meneliti kemungkinan mereka menggunakan pelbagai helah untuk menjalankan aktiviti itu kerana kegiatan terbabit jelas sudah dirancang lebih awal. Menurutnya, anggota sindiket itu didapati menggunakan wanita warga asing yang menggunakan pas lawatan sosial dan kerap memasuki negara ini. Katanya, pihaknya memberi amaran kepada semua pemilik premis supaya tidak sesekali menjalankan aktiviti yang melanggar undang-undang kerana jabatan akan bertindak tegas untuk menahan mereka yang terbabit. “Kerjasama orang ramai sangat diharapkan untuk memaklumkan kepada jabatan jika mendapati ada pemilik kedai yang mengenepikan undang-undang untuk melakukan kegiatan berkenaan,” katanya. Zahari berkata, mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1963, warga asing boleh dikenakan kompaun RM200, diusir dari negeri ini dan disenarai hitam manakala bagi pemilik kedai boleh dikenakan mengikut Seksyen 56 (1) (d) dan 55 (b) akta yang sama, yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 bagi setiap warga asing itu. “Bagaimanapun hukuman yang akan dikenakan akan bergantung kepada siasatan sama ada pemilik itu memberikan pekerjaan kepada warga asing terbabit atau mengambil kesempatan atas lawatan sosialnya,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#296
|
||||
|
||||
Tujuh pelacur China ditahan
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selasa 20hb Jun 2006 :-
Tujuh pelacur China ditahan KUALA LUMPUR: Taktik seorang bapa ayam yang menjadikan sebuah hotel bertaraf empat bintang di Jalan Ipoh, di sini, sebagai tempat persinggahan pelacur akhirnya dihidu pihak berkuasa yang kemudian melancarkan serbuan, petang semalam. Dalam operasi jam 6.45 petang itu, tujuh warga China dipercayai pelacur ditahan ketika menunggu arahan daripada bapa ayam terbabit sebelum dijadikan habuan seks kepada pelanggan. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Mohd Rodzi Ismail, berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan ketika meletakkan keretanya di hotel berkenaan sebelum dicekup sepasukan anggota Bahagian Operasi, Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang diketuai Asisten Superintenden Teh Boon Ang. Menurutnya, polis melancarkan intipan selama dua hari mengenai kegiatan lelaki terbabit sebelum menahannya dan tujuh pelacur warga China. “Lelaki terbabit kemudian membawa polis ke beberapa bilik hotel dan ketika diserbu, tujuh pelacur warga China sedang menunggu di dalamnya,” katanya di sini, semalam. Beliau berkata, pihaknya turut merampas 58 kondom yang belum digunakan dalam beg sandang lelaki itu serta pelincir seks dan sebuah Perodua Kancil miliknya. “Kebanyakan pelacur berusia 20 hingga 25 tahun itu tidak sempat melarikan diri kerana terkejut apabila diserbu polis. “Hasil pemeriksaan, semua pelacur terbabit mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya. Menurutnya, modus operandi lelaki itu ialah menjadikan hotel berkenaan sebagai tempat persinggahan pelacur sebelum membawa mereka ke tempat lain apabila mendapat tempahan pelanggan. “Lelaki itu menghantar pelacur ke tempat yang diminta pelanggan dengan mengenakan bayaran RM180 bagi perkhidmatan selama 45 minit. “Kami akan melancarkan gerakan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan pelacuran di daerah Sentul,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork |
#297
|
||||
|
||||
Wanita Malaysia lebih bernafsu
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 21hb Jun 2006 :-
Wanita kita lebih bernafsu KUALA LUMPUR: Wanita Malaysia lebih bernafsu dan sekali ganda lebih kerap melakukan hubungan seks dengan purata 4.4 kali sebulan berbanding lelaki hanya 2.6 kali sebulan. Kekerapan perlakuan seks lelaki dan wanita negara ini yang mencapai purata 3.5 kali sebulan itu didedahkan dalam kaji selidik melalui telefon dalam Kajian Seks Lebih Baik Global Pfizer 2006, membabitkan 12,563 orang di 27 negara termasuk 253 rakyat Malaysia. Perunding Urologi, Dr Peter Ng, berkata kajian juga menunjukkan 16 peratus wanita tidak puas hati dengan tahap ereksi pasangannya berbanding sembilan peratus lelaki yang berpuas hati dengan diri sendiri. Katanya, sebanyak 14 peratus lelaki mengaku kadang kala ereksi mereka tidak cukup keras untuk hubungan seks berbanding pendapat lapan peratus wanita terhadap pasangan mereka. Bagaimanapun, kajian itu menunjukkan 42 peratus rakyat Malaysia berusia 25 hingga 47 tahun amat puas hati dengan kehidupan seks mereka. Katanya, rakyat Malaysia masih kekurangan 28.5 peratus daripada jumlah hubungan seks yang diperlukan dengan 13 peratus lelaki amat berminat meningkatkan pengalaman seksual mereka. “Kesimpulannya, keputusan kajian di Malaysia menunjukkan tiada perbezaan dengan global di mana lelaki dan wanita Malaysia berpendapat mengekalkan ereksi sepenuhnya amat penting dalam hubungan seks yang baik dan memuaskan. “Lelaki dan wanita rasa kekerasan ereksi sama pentingnya dengan kemampuan untuk mencapai dan mengekalkan ereksi. “Bagi kedua-dua jantina ini, ada pertalian erat antara kekerasan ereksi dan kepuasan dalam hubungan seks,” katanya. Beliau berkata demikian pada sesi ‘Bicara Mengenai Seks: Perspektif rakyat Malaysia: Kajian Seks Lebih Baik Global Pfizer 2006’ di Hotel Le Meridien di sini, semalam. Turut sama sebagai ahli panel sesi itu, Penasihat Perubatan Pfizer Malaysia Sdn Bhd, Dr Vicknesh Welluppilai dan pakar terapi seks dari Australia, Dr Rosie King. Menurutnya, berdasarkan peratusan kekerapan perlakuan seks global sebanyak 6.47 kali sebulan berbanding Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Thailand, Malaysia berada pada tahap paling rendah. Katanya, Indonesia mencatatkan hubungan seks paling kerap iaitu 5.75 kali sebulan dengan lelaki lebih kerap iaitu 6.2 kali sebulan berbanding wanita 5.3 kali diikuti Singapura (4.55 kali sebulan - lelaki 4.8/wanita 4.3), Thailand (3.55 kali sebulan - lelaki 5.1/wanita 3.3) dan Hong Kong (3.55 kali sebulan - lelaki 4.3/wanita 2.8). Bagaimanapun, katanya, kadar kepuasan seks tertinggi dijuarai rakyat Malaysia dengan 42 peratus berbanding Singapura (38 peratus), Thailand (32 peratus), Indonesia dan Hong Kong (masing-masing 27 peratus). Dari segi tidak puas hati terhadap tahap kekerasan ereksi, Dr Ng berkata, Hong Kong mencatatkan peratusan paling tinggi iaitu 44 peratus lelaki tidak puas hati dengan ketegangan zakar sendiri dan 49 peratus wanita tidak puas hati dengan kekerasan ereksi pasangan. Katanya, Thailand mencatatkan peratusan yang hampir sama dengan Malaysia dalam ketidakpuasan kekerasan ereksi diri dan pasangan iaitu sembilan peratus lelaki dan 13 peratus wanita berbanding Singapura (23 peratus lelaki/28 peratus perempuan) dan Indonesia (29 peratus lelaki/27 peratus perempuan). Ketidakpuasan hubungan seks yang diakibatkan kegagalan lelaki mencapai kekerasan ereksi adalah penanda penting kepada pelbagai masalah kesihatan tersembunyi dan ia perlu diberi perhatian serius. Pzifer adalah antara pelopor dalam kajian penjagaan kesihatan dunia yang memperkenal dan mengeluarkan ubat-ubatan preskripsi termasuk jantung, saraf, penyakit berjangkit, urologi dan kesihatan mulut. --- KatoeyNewsNetwork |
#298
|
||||
|
||||
Luar Piala Dunia, dalam aksi lucah
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 21hb Jun 2006 :-
Luar Piala Dunia, dalam aksi lucah SEBERANG JAYA: Sindiket pengedaran cakera padat video (VCD) lucah dikesan mengambil kesempatan sempena ‘kehangatan’ Piala Dunia 2006 untuk melariskan jualan bahan berkenaan. Melalui taktik itu, imej Piala Dunia dipamer pada VCD berkenaan kebanyakannya tanpa disertai tajuk dipercayai bagi mengelirukan pihak berkuasa. Dalam rampasan di Taman Sutera, di sini, Khamis lalu, Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Seberang Prai menyangka VCD berkenaan adalah filem biasa. Bagaimanapun, penguat kuasa terkejut selepas pemeriksaan mendapati VCD yang dipamer imej Piala Dunia sebenarnya filem lucah. Jurucakap KPDNHEP Seberang Prai berkata, orang ramai yang membeli mungkin menyangka ia aksi Piala Dunia 2006 di Jerman tanpa menyedari ia sebenarnya filem lucah. Katanya, jalan cerita VCD berkenaan pada awalnya sama seperti filem lain tetapi pertengahannya mengandungi unsur lucah. Sehubungan itu katanya, peminat bola sepak tidak harus terpedaya dengan taktik digunakan kerana ia mungkin satu strategi peniaga untuk melariskan jualan kerana Piala Dunia 2006 mencuri perhatian penonton. “KPDNHEP hanya mempunyai kuasa merampas VCD terbabit manakala tindakan lanjut boleh diambil Bahagian Kawalan Filem (BKF), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Lembaga Penapisan Filem Nasional (Finas),” katanya kepada Harian Metro, semalam. Dalam pada itu, Ketua Cawangan BKF negeri, Ngeh Kiet Fock, berkata pihaknya belum menerima aduan berhubung VCD lucah Piala Dunia 2006 tetapi akan terus menjalankan 'Ops Statik' bersama pihak berkuasa lain bagi mengesan penjualan bahan lucah. Katanya, mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002, peniaga yang didapati menjual bahan lucah boleh dikenakan denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau lima tahun penjara. Bagi Seksyen 6(1) a membabitkan bahan publisiti filem tiada kelulusan Lembaga Penapisan Filem boleh didenda sehingga maksimum RM10,000. “Ketika ini kita memberi tumpuan pada ‘Ops Statik’ dengan menempatkan pegawai di lokasi tertentu yang menjual VCD atau bahan lucah. Cara itu dilihat berkesan kerana peniaga takut beroperasi kerana bimbang dirampas,” kata Ngeh. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan VCD lucah boleh menghubungi pejabat BKF di talian 04-3322751. --- KatoeyNewsNetwork |
#299
|
||||
|
||||
Henti guna lambang ‘786’
Laporan daripada Berita Harian bertarikh Rabu 21hb Jun 2006 :-
Henti guna lambang ‘786’ JOHOR BAHRU: Peniaga Malabar Muslim di negeri ini diminta tidak lagi menggunakan logo `786' yang sering dianggap bertuah di kalangan masyarakat berkenaan dalam tempoh dua bulan akan datang. Angka yang dipercayai berasal dari 'Bismillah ar-Rahman ar-Rahim' yang sering digunakan pada papan tanda perniagaan atau menjadi logo sesetengah persatuan Malabar itu akan diganti dengan logo baru apabila diwartakan tidak lama lagi. Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata pihaknya meminta masyarakat Malabar supaya mengelak menggunakan angka berkenaan kerana ia boleh membawa kekeliruan dan menimbulkan isu sensitif di kalangan umat Islam. Beliau berkata, pihaknya juga meminta tiga persatuan Malabar yang dianggotai lebih 5,000 penduduk di negeri ini turut berperanan memberi penerangan mengenai arahan baru itu. "Keputusan itu diambil selepas isu penggunaan angka 786 diperdebatkan oleh Jabatan Mufti Negeri Johor dengan pihak Lajnah Fatwa Negeri Johor selama beberapa bulan. "Kami mengenal pasti beberapa perkara tidak disenangi mungkin timbul akibat penggunaannya secara berterusan pada masa depan. Penggunaan angka itu di kalangan penduduk Malabar sudah digunakan secara turun-temurun, terutama dalam bidang perniagaan. "Walaupun tujuan penggunaan angka berkenaan lebih 50 tahun lalu tidak bermaksud buruk, ia boleh mengelirukan umat Islam selain menimbulkan isu sensitif," katanya yang mendakwa segelintir penduduk Malabar menganggap penggunaan angka itu boleh membawa tuah dan untung. Beliau berkata demikian selepas merasmikan logo baru Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor (JMMNJ) selain merasmikan mesyuarat agung tahunan persatuan itu kali ke-41 di Hotel Seri Malaysia, di sini, petang, kelmarin. Sementara itu, Yang Dipertua JMMNJ, Maidin Hussen berkata, arahan pihak berkuasa mengenai angka berkenaan yang digunakan lebih 50 tahun lalu dipercayai akan mendapat kerjasama pelbagai pihak. Beliau berkata, pihaknya meminta semua peniaga Malabar Muslim supaya lebih berhati-hati dengan penggunaan sebarang logo mahupun ayat yang dipetik dari Al-Quran dalam urusan perniagaan. --- KatoeyNewsNetwork |
#300
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Biar kita semua pukima kepada Hornyspiderman.
|
Advert Space Available |
Bookmarks |
|
|