#31
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
This forum is now performing localization. I reallize someday it will be more localized, some of us might use dialects like bro pomrakthai mentioned tikus or tikuih in Kedah dialect. Interesting.
|
#32
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
__________________
PRC always make us think we are special, the moment we believe them is when we are the one getting fcked Brother of Realm, Tiko#41 U. N. R. E. T. I. R. E. D. |
#33
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
|
#34

#35
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
__________________
.: Anything And Everything abt Johor :. SBF Honorable Brethrens to up: To any brethen here who I've promised to upz ur point, but had not received any, please pm me. |
#36
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
|
#37
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
__________________
PRC always make us think we are special, the moment we believe them is when we are the one getting fcked Brother of Realm, Tiko#41 U. N. R. E. T. I. R. E. D. |
#38
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
|
#39
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
__________________
Real definition of a Kiwi: Eats, roots, shoots, and leaves. Official supporter of the ABs. |
#40
|
||||
|
||||
Bersesak si bilik rahsia di Johor Bahru
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 6hb Mac 2006 :-
Bersesak si bilik rahsia di Johor Bahru JOHOR BAHRU: Usaha sekumpulan lebih 40 wanita berdiri dan bersesak-sesak di dalam ‘dinding rahsia’ selama hampir dua jam, gagal apabila ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Sri Tebrau, di sini, awal pagi kelmarin. Difahamkan, berikutan terlalu lama bersembunyi, ada di antara mereka yang mula bersuara dan mengeluh kepenatan dan perkara itu membuka peluang kepada polis menghidu lokasi persembunyian mereka. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, yang mengetuai Ops Noda itu, berkata polis menahan 27 wanita Thailand, lapan Indonesia, seorang Cina serta lapan wanita tempatan. Selain itu, katanya, tujuh orang termasuk tauke dan pekerja serta 14 pelanggan ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran. Beliau berkata, hanya tujuh wanita Thailand dan enam Indonesia memiliki pasport, manakala selebihnya tiada. “Polis berjaya mengesan semua wanita itu di dalam sebuah bilik yang ada pintu rahsia. Selepas menekapkan telinga ke dinding, kami terdengar orang bercakap dari dalam dinding. “Polis ambil masa lebih sejam mencari sebelum menemui mereka bersembunyi di dalam dinding itu. Hasil bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kita terpaksa memecahkan pintu itu kerana mereka tidak mahu keluar. “Di dalam dinding itu ada bilik selebar satu meter dan panjang tujuh meter. Semuanya bersesak-sesak di dalam bilik itu dan ketika polis sampai, semuanya sudah menyorok di situ. Selain itu, kita jumpa kondom yang sudah digunakan di tingkat atas premis yang ada bilik dan tilam itu,” katanya. Beliau berkata, Ops Noda itu bermula 11.30 malam dan berakhir kira-kira jam 5 pagi dan serbuan dilakukan berdasarkan maklumat awam. Menurutnya, semuanya kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan disiasat kerana menjalankan aktiviti pelacuran dan kesalahan Akta Imigresen. Difahamkan, premis sama pernah diserbu polis September lalu dan pemeriksaan awal pagi kelmarin berjaya menemui dua lelaki sedang menyorok di dalam bilik rahsia di lantai. Penangkapan dua lelaki itu menimbulkan persoalan kerana tiada wanita bersembunyi di lokasi sama. Apabila pemeriksaan dilakukan di bahagian atas, polis mendapati beberapa bilik dalam keadaan bersepah termasuk terdapat kondom yang sudah digunakan menyebabkan mereka yakin ada wanita di premis berkenaan. Pemeriksaan lanjut akhirnya berjaya menemui dinding yang menjadi bilik rahsia itu selepas terdengar suara manusia. Difahamkan, pintu rahsia di dalam dinding itu ditutup dengan sofa dan ketika serbuan, pintu utama premis itu lambat dibuka kemungkinan pemiliknya berusaha menyembunyikan wanita berkenaan. |
#41

#42
|
||||
|
||||
Ubat jerat gadis

Ubat jerat gadis IPOH: Kegiatan licik segelintir peniaga warga Thailand menawarkan `ubat patah’ atau dadah untuk merogol di negara berkenaan secara terbuka termasuk kepada remaja lelaki di sini, dikhuatiri menimbulkan pelbagai implikasi sosial. Ini berikutan dadah berkenaan jika digunakan secara berleluasa iaitu dicampurkan dalam minuman mangsa terutama gadis, boleh menyebabkan rasa khayal serta berahi keterlaluan termasuk menjurus ke arah melakukan perbuatan seks rambang. Lebih membimbangkan lagi, dadah berkenaan dijual pada harga murah iaitu RM10 sebotol oleh peniaga terbabit. Kakitangan sebuah bank di sini, Wan Abdulrahman Wan Ibrahim, 36, berkata ubat patah itu kebiasaannya dibawa sebagai bahan jualan sampingan oleh peniaga terbabit yang menjual pakaian secara langsung kepada orang ramai. “Bagaimanapun, disebabkan kebanyakan pelanggan tidak berminat membeli pakaian berkenaan, peniaga terbabit menawarkan produk lain termasuk ubat menguatkan nafsu seks atau ubat patah berkenaan untuk diberikan kepada gadis yang bakal dijadikan mangsa. “Berikutan harganya yang terlalu murah, ubat patah berkenaan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai terutama golongan lelaki berhidung belang,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di sini, semalam. Wan Abdulrahman berkata, beliau difahamkan ubat patah terbabit berkemampuan membuat seseorang gadis yang meminumnya berasa khayal dan menaikkan nafsu seks sehingga mudah diajak melakukan hubungan seks termasuk secara beramai-ramai. Katanya, dalam erti kata lain, gadis yang diberi minuman berkenaan akan dikuasai nafsu sehingga sanggup melakukan hubungan seks dengan sesiapa saja. “Kegiatan penjualan ubat patah itu kini semakin membimbangkan apabila ia ditawarkan secara terbuka serta tanpa segan oleh peniaga terbabit yang kebanyakannya terdiri golongan remaja berusia 20-an dari negara jiran berkenaan. “Saya bimbang sekiranya kegiatan itu tidak dihentikan, akan berlaku peningkatan gejala sosial membimbangkan terutama di kalangan mereka yang sering mengunjungi disko serta kelab malam,” katanya. Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan tegas membanteras kegiatan itu daripada terus berleluasa. Presiden Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat (YBKM), Datuk Paduka Saharuddin Awang Yahya, ketika diminta mengulas kegiatan itu berkata, perbuatan berkenaan perlu dihentikan segera kerana ia boleh menimbulkan suasana sosial yang negatif di negara ini. Beliau berkata, ini lebih-lebih lagi sekiranya ubat patah berkenaan jatuh ke tangan golongan remaja belasan tahun yang mempunyai imaginasi tinggi serta sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru. “Malah, saya bimbang sekiranya kegiatan itu menyebabkan bercambahnya kegiatan tidak senonoh membabitkan seks di kalangan remaja termasuk yang masih di bangku sekolah. “Sehubungan itu, semua pihak termasuk ibu bapa diminta bertindak mengawasi kegiatan anak-anak mereka di luar rumah agar tidak terjebak dalam kegiatan berkenaan,” katanya. Sementara itu, jurucakap KPDNHEP ketika dihubungi berkata, pihaknya sentiasa mengawasi kegiatan peniaga terbabit terutama dari negara Thailand yang menjalankan perniagaaan secara haram di negara ini. Katanya, bagi memastikan kegiatan itu dapat dibanteras, orang ramai adalah diminta membuat laporan kepada pihaknya bagi membolehkan operasi dijalankan bagi menahan golongan itu. “Ini berikutan kerjasama orang ramai adalah sama penting dalam usaha menghentikan kegiatan tidak bermoral berkenaan,” katanya. |
#43

#44
|
||||
|
||||
Asmara dalam tandas
Laporan dari Harian Metro bertarikh Selasa 7hb Mac 2006 :-
Asmara dalam tandas SEREMBAN: Seorang wanita berusia 20 tahun ditangkap ketika cuba mengadakan hubungan seks dengan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dalam sebuah tandas awam di pekan Rembau, petang semalam. Wanita itu ditangkap ketika dia hendak melakukan perbuatan itu dengan remaja berkenaan dengan kerelaan masing-masing, di dalam tandas perempuan. Pasangan itu dicekup anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jains) daerah Rembau kira-kira lima minit selepas mereka dikesan memasuki tandas berkenaan kira-kira jam 3 petang. Malah, ketika disoal siasat penguat kuasa Jains, remaja itu menangis dipercayai akibat ketakutan, manakala wanita itu dalam keadaan tenang. Berdasarkan undang-undang, remaja berusia di bawah 18 tahun adalah dianggap sebagai di bawah umur, manakala perempuan berusia di bawah 16 tahun. Jurucakap Jains berkata, serbuan membabitkan lima anggota penguat kuasa itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat orang awam mengenai gelagat pasangan itu yang mencurigakan apabila mereka memasuki tandas awam wanita. Menurutnya, ketika pintu tandas berkenaan dibuka mereka berdua didapati berpakaian kemas dan terkejut apabila anggota penguat kuasa memperkenalkan diri. “Ketika di soal siasat, remaja lelaki itu menangis manakala wanita berkenaan hanya bersahaja. “Mereka ditahan dan disoal siasat sebelum dibawa ke balai polis daerah untuk tindakan jaminan dan kemudian dibebaskan. “Berdasarkan siasatan mendapati remaja lelaki itu masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah Rembau, bagaimanapun Jains akan menjalankan siasatan lanjut terhadap kedua-duanya,” katanya di sini, semalam. Jurucakap itu berkata, wanita berkenaan boleh didakwa di Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana berkhalwat atau melakukan persetubuhan haram. Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya. Menurutnya, pihaknya menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak remaja masing-masing kerana sejak kebelakangan ini banyak kes khalwat dan gejala sosial yang dikesan Jains, membabitkan golongan remaja. “Saya berharap ibu bapa dapat memberi perhatian bagi memastikan kes seumpama ini tidak terus menular kerana ia boleh menjejaskan masa depan remaja itu sendiri,” katanya. |
#45
|
||||
|
||||
Pendatang asing cuci kereta di Taman Johor Jaya, J.B.
Laporan dari Harian Metro bertarikh Selasa 7hb Mac 2006 :-
Pendatang asing cuci kereta di Taman Johor Jaya, J.B. JOHOR BAHRU: Kehadiran warta Indonesia menjalankan perniagaan di bidang perkhidmatan seperti cuci kereta di sekitar Jalan Dedap dan Jalan Anggerik, Taman Johor Jaya, di sini menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat setempat. Pemilik pusat cuci kereta warga Indonesia itu juga didakwa mengambil dan menggajikan rakan mereka sehingga bilangan pekerja asing di sekitar kawasan itu bertambah dan membimbangkan penduduk di sekitarnya. Penduduk di situ mendakwa kebanyakan rakyat Indonesia itu tidak mempunyai permit kerja sah, selain turut meragui cara kemasukan mereka ke negeri ini. Mereka juga hairan warga asing itu boleh menjalankan perniagaan walaupun pada dasarnya mereka sepatutnya bekerja di sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan perkhidmatan (pembantu rumah dan pembantu restoran). Justeru, mereka menggesa pihak berkuasa berkaitan segera menangani masalah itu kerana dikhuatiri ia akan mewujudkan pelbagai masalah sosial di kawasan berkenaan. Seorang pesara kerajaan, Salahudin ISmail, 57, hairan bagaimana terlalu ramai warga Indonesia boleh menjalankan perniagaan di sekitar Taman Johor Jaya walaupun mereka adalah rakyat asing. Beliau turut terkejut apabila mendapati ramai pekerja Indonesia dibenarkan berniaga dengan bebas di beberapa premis perniagaan mencuci kereta sekitar Jalan Dedap 7 hingga Jalan Dedap 17 di taman itu. “Pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu berikutan kehadiran ramai warga asing, termasuk membuka perniagaan mencuci kereta dan menggaji pekerja asing,” katanya. Salahudin turut bimbang perniagaan di kalangan rakyat tempatan turut terjejas di sebabkan masalah yang sedang berleluasa di taman berkenaan. Sementara itu, seorang peniaga restoran, Hadijah Musa, 46, berkata Jabatan Imigresen seharusnya membuat pemantauan lebih kerap di sekitar Taman Johor Jaya bagi memastikan warga asing yang ada di situ mempunyai dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah. |
Advert Space Available |
Bookmarks |
|
|