#46
|
||||
|
||||
Gunakan Bahasa Malaysia
Saya amat sokong dengan idea yang dikemukakan oleh saudara Orang Labah-Labah Miang iaitu mengadakan satu forum khas dalam Bahasa Malaysia.
Namun demikian, saya amat berbesar hati kepada saudara-saudara sekalian jikalau kamu boleh berkongsi nombor talipon untuk FL melayu. Sila hantarkan maklumat itu ke Pesanan Peribadi (PM) saya. Saya akan kemukakan Laporan Padang (Filed report) kepada saudara semua. Sekian Terima kasih. Majulah Sukan Untuk Negara. Budak Enam Inci. Last edited by 6" boy; 07-03-2006 at 05:45 PM. Reason: Change title |
#47
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Fuiyyo tak sangka Harian Metro banyak cerita-cerita sensasi. Boleh dibandingkan dgn New Paper di Singapura, tapi lebih menarik.
Saya nak beritahu sesuatu, di tengah-tengah JB, rupanya ada juga tempat pelacuran seperti di Petain Road di Singapura. Kawan saya pernah bawa saya ke tempat itu, dari luar ia nampak seperti sebuah hotel. Setelah naik tangga dua tingkat, bilik-biliknya berlampu merah, seorang gadis di dalam bilik. Kalau tak silap saya konsepnya sama seperti di Petain Road di Singapura. Bercakap pasal Singapura, tahukah anda, bahawa walaupun bahasa-bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris merupakan 4 bahasa rasmi di Singapura, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Singapura. Official languages and national language 153A. —(1) Malay, Mandarin, Tamil and English shall be the 4 official languages in Singapore. (2) The national language shall be the Malay language and shall be in the Roman script: Provided that — (a) no person shall be prohibited or prevented from using or from teaching or learning any other language; and (b) nothing in this Article shall prejudice the right of the Government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in Singapore.rujukan CONSTITUTION OF THE REPUBLIC OF SINGAPORE |
#48
|
||||
|
||||
Re: Gunakan Bahasa Malaysia
Quote:
Saudara "Budak Enam Inci", Betul kah you punya burung 6" ? Siapa 'certify' dan ukur you punya burung ? Boleh kah saya ukur ??? |
#49
|
||||
|
||||
Tangkap basah tidur berpeluk
Laporan dari Harian Metro bertarikh Rabu 8hb Mac 2006 :-
Tangkap basah tidur berpeluk LANGKAWI: Seorang lelaki yang sering mengambil kesempatan membawa masuk teman wanitanya ke rumah ketika rakannya keluar bekerja ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Islam Langkawi (Pail), di sini, semalam. Lelaki berusia 30 tahun dan berasal dari Perumahan Awam Bandar Darulaman, dekat Jitra itu ditahan bersama pasangannya yang juga berusia 30 tahun, kira-kira jam 9.10 pagi, semalam di bilik sewa sebuah bangunan, dekat Kuah. Pegawai Penguat kuasa Pail, Saiful Aswad Kasa, berkata berdasarkan maklumat yang diterima, dua penguat kuasa serta dua anggota polis pergi ke lokasi berkenaan untuk meninjau sendiri keadaan di situ. Katanya, sebaik sampai di bangunan berkenaan, didapati keadaan di situ sunyi manakala pintu bilik sewa berkenaan ditutup sedikit dan tidak berkunci. “Kami kemudian mengintip di celah pintu berkenaan dan ternampak seorang lelaki dan pasangannya sedang tidur dalam keadaan berpelukan tanpa menyedari kehadiran pihak penguatkuasa pejabat agama. “Selepas mengintip hampir lima minit, kami terus ke dalam bilik berkenaan dan memperkenalkan diri kepada mereka dan menyebabkan pasangan itu terkejut,” katanya. Saiful Aswad berkata, ketika ditahan lelaki terbabit yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, dan pasangannya masing-masing memakai baju-T dan berseluar pendek. Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, terdapat kesan darah pada seluar wanita terbabit manakala keadaan katil dan cadar mereka berselerak. Katanya, hasil aduan orang ramai mendapati, pasangan itu diberi peringatan beberapa kali supaya tidak melakukan perkara itu. Menurutnya, soal siasat juga mendapati, lelaki itu tinggal di bilik sewa berkenaan bersama lima lagi rakannya dan sering membawa masuk teman wanita itu ke dalam bilik itu ketika rakan-rakannya keluar bekerja. “Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan berhubung tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut. “Siasatan mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau mahram yang sah dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Jenayah Syariah 1988 kerana mendatangkan syak kepada orang ramai dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara,” katanya. |
#50
|
||||
|
||||
Peniaga ubat cetus huru-hara
Laporan dari Harian Metro bertarikh Rabu 8hb Mac 2006 :-
Peniaga ubat cetus huru-hara KUALA LUMPUR: Sekumpulan peniaga ubat-ubatan tradisional dan seks tidak berdaftar cuba mencetuskan huru-hara di kawasan penjaja Jalan Masjid India sejurus sepasukan pegawai Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan (CPFJK) menyerbu tapak perniagaan mereka, tengah hari semalam. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, peniaga berkenaan kebanyakannya warga Indonesia yang mempunyai status Penduduk Tetap mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai CPFJK yang menjalankan tugas. Malah, ada antara peniaga wanita tanpa segan silu menjerit dan mempertikai tindakan pegawai CPFJK merampas pelbagai produk serta ubat-ubatan tradisional haram yang dijual kepada orang ramai. Bagi membendung keadaan itu, sepasukan anggota polis Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang menyertai operasi berkenaan segera menahan 11 peniaga, termasuk empat wanita. Semua peniaga terbabit kemudian dibawa menaiki van ke IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut. Seramai 50 pegawai Penguat Kuasa Farmasi dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan terbabit dalam operasi itu. Operasi berkenaan yang disertai Timbalan Pengarah (Farmasi) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Yeap Ling Soon dan Ketua Penolong Pengarah CPFJK Wilayah Persekutuan, Roeslan Ishak, merampas ribuan kotak ubat tradisional haram yang dipercayai diseludup dari India, China dan Indonesia. Difahamkan produk ubat-ubatan tradisional dan kosmetik yang tidak berdaftar itu dirampas selepas didapati mengandungi kimia berbahaya yang boleh memudaratkan pengguna. Menurut Yeap, kebanyakan ubat-ubatan itu dipercayai diseludup dari Indonesia dan China serta dikeluarkan secara sulit oleh pengusaha tempatan tanpa memohon kelulusan Kementerian Kesihatan. Antara produk diberi perhatian adalah ubat herba tradisional, jamu, pil hormon, pil perangsang seks, kosmetik pencerah kulit dan pelbagai ubat-ubatan yang dipercayai diseludup dari negara jiran. “Kebanyakan produk itu didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya sepertiTetracyline, Dexamethasone dan Hydroquinone selain pelbagai kandungan racun berjadual. “Kami menganggarkan semua produk tidak berdaftar dirampas itu bernilai RM70,000,” katanya. Pegawai CPFKL hanya mengambil masa kurang 30 minit untuk menyerbu 11 gerai sasaran di situ yang sering dijadikan tempat untuk menjual pelbagai produk kosmetik dan ubat-ubatan tidak berdaftar. Selain itu, operasi besar-besaran berkenaan turut ditumpu kepada pelbagai produk kecantikan berbahaya mengandungi Hydroquinone, Tretinoin dan raksa yang berbahaya dan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanapun ada segelintir peniaga bergerak ubat Viagra atau Cialis palsu berjaya melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa. Yeap menegaskan, tindakan itu diambil bagi mengelak pengguna diperdaya mengambil ubat-ubatan yang boleh memudaratkan kesihatan. |
#51
|
||||
|
||||
Kerana VCD lucah adik dirogol, abang ke penjara
Laporan dari Berita Harian bertarikh Rabu 8hb Mac 2006 :-
Kerana VCD lucah adik dirogol, abang ke penjara MUAR: Seorang pekerja kilang dihukum 30 tahun penjara dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mengaku salah atas dua tuduhan merogol adik kandungnya berusia 17 tahun, di rumah mereka pada November 2004 dan Januari lalu. Pemuda berusia 23 tahun itu, yang mengaku dipengaruhi aksi filem lucah, dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan bagi setiap tuduhan. Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir memerintahkan tertuduh menjalani hukuman secara berasingan bermula dari tarikh hukuman dijatuhkan semalam. Ketika Mohd Fauzi bertanya kenapa merogol adik sendiri, tertuduh yang terdiam beberapa seketika kemudian menjawab, perbuatan itu dilakukan akibat menonton cakera padat video (VCD) lucah. Di mahkamah yang sama, Mohd Fauzi memerintahkan pendakwa menyediakan laporan akhlak seorang lagi abang mangsa berusia 19 tahun, yang turut mengaku salah terhadap dua tuduhan merogol adiknya. Mahkamah memerlukan laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman kerana tertuduh berusia bawah 21 tahun. Hakim menetapkan 14 Mac ini sebagai tarikh menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Bagi tuduhan pertama, pemuda berusia 23 tahun itu dituduh merogol adik kandungnya di sebuah rumah di Jalan Abdul Rahman, Parit Jawa, dekat sini pada November 2004. Dia juga dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di tempat yang sama pada 24 Januari lalu. Pemuda berusia 19 tahun pula menghadapi tuduhan merogol mangsa di tempat yang sama pada Mei 2005 dan 14 Februari lalu. Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Lim Ah Bah, berkata mengikut fakta kes, dua beradik itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada adik perempuan mereka pada 24 Februari lalu yang mendakwa dirogol abang berusia 23 tahun itu sebanyak 10 kali pada November 2004 hingga 24 Januari lalu. Katanya, mangsa mendakwa terpaksa mengikut kehendak kedua-dua abangnya selepas dipukul serta diugut dalam kejadian yang berlaku ketika ibu mereka tiada di rumah. Lim berkata, kejadian itu disedari selepas mangsa melarikan diri dari rumahnya pada pagi 23 Februari. Mangsa ditemui anggota polis kira-kira jam 5 petang keesokannya ketika merayau-rayau di sekitar bandar Muar. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan dan laporan perubatan mengesahkan dia dirogol. Dalam rayuannya bagi meringankan hukuman, tertuduh pertama, yang kelihatan tenang memohon hukuman ringan kerana dia sudah mengaku salah terhadap perbuatannya. Katanya, dia turut mengaku faham dengan tuduhan dan tidak dipaksa supaya mengaku bersalah. Lim memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana membabitkan kesalahan serius iaitu sumbang mahram. FAKTA TUDUHAN * Tertuduh pertama berusia 23 tahun menghadapi dua tuduhan. Tuduhan pertama: Dia dituduh merogol adiknya di sebuah rumah di Jalan Abdul Rahman, Parit Jawa, dekat sini, pada November 2004. Tuduhan kedua: Dia dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di tempat sama 24 Januari lalu. * Tertuduh kedua berusia 19 tahun menghadapi tuduhan merogol adiknya di rumah sama pada Mei 2005 dan 14 Februari lalu. |
#52
|
||||
|
||||
Re: Gunakan Bahasa Malaysia
Quote:
__________________
PRC always make us think we are special, the moment we believe them is when we are the one getting fcked Brother of Realm, Tiko#41 U. N. R. E. T. I. R. E. D. |
#53
|
|||
|
|||
Re: Gunakan Bahasa Malaysia
Quote:
|
#54
|
||||
|
||||
Re: Gunakan Bahasa Malaysia
Quote:
"Majulah Sukan untuk Negara" Mungkin ada salah ejaannya?? Yang betul ialah: "Majulah SUKA KUNT untuk negara"...
__________________
FR FORMAT: Name/Nick: Age: From: Boobs: Body: Skin: AR : BJ: FJ Rating: Damage: RTF: Map to ACE posted in page 692 of this thread POM WILL ONLY EXCHANGE POINTS WITH THOSE WITH POWER OF 5 AND ABOVE |
#55
|
|||
|
|||
Re: Gunakan Bahasa Malaysia
Quote:
|
#56
|
||||
|
||||
Re: Gunakan Bahasa Malaysia
Quote:
|
#57
|
|||
|
|||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Thank you very much to Bro KatoeyLovers69 for updating the good news for us to read in this thread.
Everyday, we are able to read those very important and sex related news. That is really a good update to us.. Terima kasih kepada Bro KatoeyLover69.. Cheers |
#58
|
||||
|
||||
Judi nombor ekor online
Laporan dari Berita Harian bertarikh Khamis 9hb Mac 2006 :-
Judi nombor ekor online SHAH ALAM: Satu sindiket empat nombor ekor haram dikesan mencipta perisian sendiri untuk pertaruhan secara online bagi mengelak kegiatan licik mereka dikesan pihak berkuasa. Perisian khas itu dicipta ahli sindiket yang pakar dalam bidang teknologi maklumat. Bagi mengaburi mata pihak polis, sindiket itu menjadikan kontena yang diubah suai sebagai markas bagi menjalankan kegiatan haram itu di Sungai Jarum, Banting. Kontena yang lengkap dengan penghawa dingin dan talian telefon itu dijadikan sebagai pusat pengiraan empat nombor ekor haram sejak tujuh bulan lalu. Kerja licik sindiket itu terbongkar selepas diserbu Bahagian Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Ketua D7 IPK Selangor, Superintendan Azman Ayob, kira-kira jam 6.15 petang Sabtu lalu. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Abdul Rahman Hussin, berkata dalam serbuan itu, polis berjaya memberkas seorang lelaki dan empat wanita berusia antara 23 hingga 28 tahun. Menurutnya, mereka menjadikan kontena berkenaan sebagai pusat pengiraan empat nombor ekor haram kerana percaya kononnya polis sukar mengesan kegiatan mereka. “Nilai pertaruhan dianggarkan mencecah RM700,000 sebulan dan turut mempunyai rangkaian di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang. “Sebelum operasi dilakukan, polis melakukan intipan selama tiga bulan kerana sindiket itu sering berpindah randah,” katanya dalam sidang media di IPK di Shah Alam, di sini, semalam. Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan termasuk telefon bimbit, buku nota, mesin kira dan komputer. Abdul Rahman seterus memberi amaran, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam sebarang kegiatan menyalahi undang-undang. |
#59
|
||||
|
||||
Jejak BIGFOOT gagal ditemui
Laporan dari Berita Harian bertarikh Khamis 9hb Mac 2006 :-
Jejak BIGFOOT gagal ditemui JOHOR BAHRU: Ekspedisi pertama kumpulan kerajaan negeri mengesan tapak kaki Bigfoot di hutan Taman Negara Johor berakhir 3 Mac lalu gagal menemui jejak makhluk berbulu gergasi itu. Ekspedisi anjuran Perbadanan Taman Negara Johor itu bermula 27 Februari lalu dengan menjelajah dari Selai, Segamat hingga Kampung Peta, Kahang, Kluang, namun tiada sebarang kesan yang ditemui. Kumpulan 12 anggota dan pegawai Perbadanan Taman Negara Johor termasuk bantuan lima Orang Asli itu cuba mencari kesan tapak kaki dan jejak ‘Bigfoot’ yang dikatakan banyak di hutan negeri ini. Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor, Onn Jabar berkata, walaupun usaha itu gagal menemui sebarang bekas tapak kaki ‘Bigfoot’, pihaknya akan tetap berusaha di kawasan lain. Katanya, selepas gagal menemui jejak di kawasan itu pihaknya kini akan mensasarkan kawasan lain di dalam Taman Negara untuk mencari bukti tapak kaki berkenaan. Mengimbas hasil ekspedisi pertama itu, Onn berkata tiada bekas tapak kaki ‘Bigfoot’ ditemui, tetapi anggota ekspedisi itu menjumpai beberapa tapak kaki haiwan lain antaranya beruang, harimau, tapir dan gajah di kawasan berkenaan. “Kumpulan kedua akan melancarkan ekspedisi antara penghujung April atau awal Mei ini. “Buat masa ini, kami memberikan tumpuan atau membuat rondaan di dalam kawasan Taman Negara, tetapi pada masa yang sama akan berbincang dengan jabatan kerajaan lain seperti Jabatan Perhutanan dan Perhilitan untuk bergerak dalam satu kumpulan. “Pembabitan semua jabatan dapat memudahkan kami menjalankan tugas, selain memperbanyakkan ekspedisi dalam tempoh lebih singkat,” katanya. Ketika ditanya mengapa tidak pergi ke kawasan yang sering dilaporkan terjumpa tapak kaki ‘Bigfoot’, di Kota Tinggi, Onn berkata ia berlaku di luar kawasan Taman Negara. Menurutnya, semua anggota yang menyertai ekspedisi itu rakyat tempatan dan pihak lain perlu mendapatkan kebenaran daripada kerajaan sekiranya ingin membuat sebarang ekspedisi. Katanya, pihaknya menggunakan bantuan Orang Asli kerana mereka yang juga masyarakat pribumi, lebih mahir dengan selok-belok hutan itu. |
#60
|
||||
|
||||
Pil gadis putus cinta
Laporan dari Berita Harian bertarikh Khamis 9hb Mac 2006 :-
Pil gadis putus cinta MELAKA: Penyalahgunaan pil penenang jenis ‘domi ’ bukan saja menjadi pilihan penagih dadah sebagai gantian kepada heroin, malah turut dikesan disalah guna golongan remaja perempuan kononnya sebagai penyelesai masalah. Ia menjadi pilihan kebanyakan gadis yang berhadapan dengan masalah putus cinta atau tertekan akibat terbabit dengan gejala seks bebas. Ini berikutan kesan khayal daripada pil penenang itu dikatakan mampu membuatkan mereka melupakan perasaan bersalah atau kekecewaan yang dihadapi. Kegiatan itu didedahkan Pengerusi Persatuan Alumni Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Amer Mokhtar Jantan, yang pernah memberi kaunseling kepada beberapa remaja perempuan yang terbabit dalam pengambilan domi. Beliau berkata, kesan buruk terhadap penyalahgunaan pil penenang itu adalah mereka berpotensi untuk mencederakan diri sendiri. Malah, katanya, beberapa remaja perempuan yang menerima khidmat nasihat daripada Pendamai menunjukkan kesan luka akibat mengelar tangan mereka sendiri dengan pisau lipat. Beliau berkata, remaja perempuan terbabit mengaku melakukan perbuatan itu selepas menelan pil berkenaan. “Remaja perempuan terbabit mendakwa kesakitan akibat tangan ditoreh itu menyebabkan perasaan mereka menjadi lega dan segala masalah dapat dilupakan. “Perbuatan itu turut diulang beberapa kali ketika mengambil ubat penenang itu sehingga ada yang terpaksa menerima rawatan di hospital akibat urat tangan putus,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam. Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan beberapa klinik swasta di bandar ini dikesan menjual pil domi kepada penagih dadah tegar sebagai ganti kepada heroin ataupun pil khayal bagi mengaut keuntungan tinggi. Domi atau nama saintifiknya `mida zolam’ seberat 15 miligram bagi setiap pil itu dijual antara RM5 hingga RM15 sebiji. Pil berwarna hijau itu dikatakan mempunyai kesan khayal hampir sama seperti heroin dan menjadi pilihan penagih kerana harganya agak murah serta mudah diperoleh. Ubat penenang itu dijual tanpa had serta nasihat pengambilannya oleh doktor yang tidak bertanggungjawab itu. Amer Mokhtar berkata, gadis berusia antara 17 hingga 25 tahun paling banyak terbabit dalam penyalahgunaan ubat penenang itu. Setakat ini, katanya, seramai 10 remaja perempuan termasuk seorang berusia 30 tahun sudah menerima kaunseling daripada pihak Pendamai Melaka. “Antara faktor menyebabkan mereka terbabit dengan penyalahgunaan pil domi adalah desakan rakan serta mudah diperoleh di beberapa klinik swasta. “Antara tanda mereka yang mengambil domi ialah perubahan tingkah laku yang menjadi mudah sensitif, suka menyendiri, mempunyai kesan kecederaan pada badan serta mudah menjadi pelupa,” katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, masalah penjualan domi tanpa had serta nasihat doktor bukanlah perkara baru di negeri ini. Menurutnya, penjualan domi sudah mula menjadi pilihan penagih sejak empat tahun lalu dan hanya popular di kalangan penagih sejak tahun lalu. “Saya berharap pihak berkuasa dapat mengatasi masalah penjualan domi secara terbuka dan tanpa pengawalan,” katanya |
Advert Space Available |
Bookmarks |
|
|