#61
|
||||
|
||||
Tiada lagi rayuan kurangkan saman
Laporan dari Berita Harian bertarikh Khamis 9hb Mac 2006 :-
Tiada lagi rayuan kurangkan saman KUALA LUMPUR: Polis trafik semalam memutuskan tidak lagi melayan sebarang rayuan orang ramai untuk mengurangkan kadar bayaran saman trafik, berkuat kuasa serta-merta. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas ketua cawangan trafik dari seluruh negara sempena majlis serah tugas Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman yang baru, Senior Asisten Komisioner II, Nooryah Mat Anvar. Mesyuarat tiga jam di Bukit Aman itu dipengerusikan Nooryah yang memulakan tugas barunya semalam, menggantikan Datuk Gingkoi Seman Pancras yang bersara. Pegawai Trafik Cops Bukit Aman, Deputi Superintendan Shamsudin Mat, ketika ditemui Berita Harian di pejabatnya semalam, mengesahkan polis trafik kini tidak akan melayan sebarang permohonan untuk mengurangkan kadar saman. “Kami minta supaya semua pesalah lalu lintas yang beratur untuk menunggu giliran mendapatkan rayuan pengurangan kadar saman supaya beredar dan bayar saja ikut jumlah asal di kaunter,” katanya. Berikutan arahan itu, semua rayuan pengurangan kadar saman yang sudah ditandatangani pegawai bertugas tetapi belum dibayar, turut tidak sah dan pesalah terpaksa membayar mengikut harga asal. Bagaimanapun, pesalah trafik yang membayar saman mereka masih diberikan potongan harga melalui skim diskaun 30 peratus bagi setiap saman kecuali bagi kesalahan dikategorikan sebagai ‘tiada diskaun’. Saman ‘tiada diskaun’ membabitkan kesalahan melanggar arahan lampu isyarat dan saman yang dikeluarkan sepanjang Ops Sikap sempena musim perayaan. Ditanya sama ada arahan baru itu akan kekal ataupun cuma sementara selama dua bulan sempena Ops Warta V yang dijalankan mulai 20 Februari lalu, Shamsuddin enggan mengulas mengenainya. Sementara itu, Timbalan Ketua Trafik Pasukan (Pentadbiran) Bukit Aman, Superintendan Abdul Wahab Abdul Raman, ketika dihubungi menolak andaian arahan terbaru itu menafikan hak pesalah trafik mendapatkan pengurangan kadar saman. Beliau berkata, dakwaan bahawa arahan mengetepikan hak orang ramai mendapatkan diskaun melalui rayuan adalah tidak berasas kerana pesalah masih diberikan potongan 30 peratus secara automatik. Pada September lalu, polis trafik pernah menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sempena sambutan bulan kemerdekaan dan kutipan saman dalam tempoh itu mencecah hampir RM90 juta. Sepanjang tempoh kempen dan tawaran diskaun itu, kira-kira 1.5 juta saman tertunggak dijelaskan oleh pesalah trafik termasuk mereka yang sudah dikeluarkan waran tangkap. Tinjauan Berita Harian di kaunter trafik Bukit Aman semalam mendapati lebih 10 pesalah trafik yang beratur menunggu mendapatkan diskaun daripada pegawai bertugas, hampa dengan arahan terbaru itu. Abdul Samad, 36, yang menunggu lebih tiga jam sehingga mesyuarat itu selesai dan dimaklumkan bahawa semua rayuan dihentikan mulai jam 2 petang semalam berkata, arahan baru berkenaan membebankan pengguna. Katanya, walaupun masih diberikan potongan diskaun 30 peratus, kadar itu masih agak tinggi terutama bagi pengguna jalan raya yang berpendapatan rendah. “Bukan semua pesalah trafik datang buat rayuan. Bagi yang kaya, mungkin mereka tidak hiraukan perbezaan antara RM20 hingga RM30, tetapi orang macam kami, macam-macam urusan boleh buat dengan duit sebanyak itu,” katanya. Sebagai perbandingan, katanya, jika kadar saman mereka ialah RM150 atas kesalahan memandu melebihi had laju, mereka akan diberikan diskaun hingga RM70 jika membuat rayuan, tetapi kini mereka terpaksa membayar RM100. |
#62
|
||||
|
||||
Lelaki nikah dua beradik dipenjara, denda
Laporan dari Berita Harian bertarikh Khamis 9hb Mac 2006 :-
Lelaki nikah dua beradik dipenjara, denda KOTA BHARU: Seorang pemandu teksi haram dipenjarakan lima bulan dan denda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, kerana menikahi adik iparnya ketika masih menjadi suami kakak wanita itu. Aziz Mohamad, 42, yang tidak diwakili peguam bela mengaku bersalah sebaik mendengar pertuduhan dikemukakan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty di hadapan Hakim, Abdullah Man. Dalam prosiding bersama, adik iparnya yang juga tertuduh kedua, Aishah Mohd Taib, 26, dihukum penjara empat bulan dan denda RM2,000 atau penjara tiga bulan apabila turut mengaku bersalah. Berdasarkan pertuduhan, Aziz didakwa melakukan sumbang mahram secara mengahwini Aishah, yang juga adik kepada isterinya, Zainab, 30, di pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat, Selatan Thailand pada 20 Disember tahun lalu. Aziz dan Aishah didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 10 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2/85 dan jika sabit kesalahan masing-masing boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya. Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan pendakwa, perbuatan pasangan itu terbongkar apabila Zainab melihat suaminya (Aziz) memasuki bilik tidur Aishah yang tinggal serumah dan melakukan perbuatan seperti suami isteri. Dalam hujahnya, Abu Bakar meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap pasangan itu kerana sengaja berkahwin dengan mahram yang menyalahi hukum Islam. Beliau juga memohon mahkamah memufarakah pasangan itu (perintah tinggal berasingan) serta membatalkan pernikahan kerana mereka bukan pasangan suami isteri yang sah dari segi agama. Dalam rayuannya, Aziz memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan tidak mempunyai wang serta menanggung enam anak hasil perkahwinan isteri terdahulu . "Saya hanya berpendapatan antara RM200 hingga RM300 sebulan hasil kerja sebagai pengendali bot dan pemandu kereta sapu (teksi haram)," katanya. Aishah dalam rayuannya, memohon hukuman ringan dengan alasan bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di Pengkalan Chepa dengan pendapatan RM200 sebulan. Pasangan terbabit gagal membayar denda yang dikenakan itu dan mereka dihantar menjalani hukuman penjara yang dikenakan itu di Penjara Pengkalan Chepa. |
#63
|
||||
|
||||
Jawi bantu meminang
Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 10hb Mac 2006 :-
Jawi bantu meminang KUALA LUMPUR: Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K kemungkinan menggunakan khidmat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk meminang penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza Tarudin . Walaupun kedua-duanya masih enggan mengulas keintiman mereka hingga kini, Datuk K dikatakan sudah membuat pertanyaan kepada pihak Jawi berkaitan urusan peminangannya. Menurut sumber, Datuk K yang juga Pengerusi Ace Group Company dikatakan meminta bantuan pegawai Jawi untuk mengetuai rombongan peminangan bagi menyunting Siti pada masa terdekat ini. “Datuk K ada menyatakan hasrat untuk meminta khidmat seorang pegawai Jawi pada majlis peminangan itu nanti,” katanya. Sementara itu, Datuk K dalam wawancaranya dengan wartawan Berita Harian, Zubir Mohd Yunus, semalam, mengakui dia akrab dengan Siti dan menyenangi perwatakan biduanita muda itu. Bagaimanapun, ahli korporat itu enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan penyanyi itu yang akhir-akhir ini kerap diperkatakan. Baru-baru ini, Siti membuat pengakuan bahawa hatinya sudah dimiliki dan kini sedang berkawan dengan seseorang sewaktu ditemui pada majlis Breakfast With Stars anjuran Star Movies di Hotel The Ritz Carlton di sini. Justeru, Siti dipercayai kini sedang sibuk membuat persiapan majlis pertunangannya pada masa terdekat, manakala pernikahannya dijadualkan berlangsung Ogos depan. Harian Metro cuba mendapatkan reaksi Siti berhubung kenyataan Datuk K itu melalui telefon tetapi gagal. Malah, semua pihak yang rapat dengannya, termasuk kakitangan Siti Nurhaliza Production (SNP) enggan memberikan sebarang komen atas alasan tidak mahu mencampuri urusan peribadi bintang kesayangan ramai itu. Siti kemudian cuba dijejaki sewaktu menjalani sesi fotografi kulit album dan produk terbaru di White Studio, Cheras, namun dia sudah pulang lebih awal. Kebetulan Pegawai Perhubungan Awam SNP, Rozie Abd Razak yang berada di situ atas urusan lain menjelaskan Siti tidak mahu memberikan apa-apa lagi kenyataan mengenai siapakah lelaki kesayangannya. Rozie berkata, penyanyi yang popular dengan lagu Percayalah itu juga meminta peminat menanti pengakuan yang datang dari mulutnya sendiri. Apabila didesak supaya membenarkan pihak wartawan menemubual Siti, Rozie hanya menunjukkan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Siti yang berbunyi: “Saya sudah bagi kerjasama yang baik mengenai hal ini. Saya harap kenyataan sebelum ini sudah cukup buat masa ini. Selanjutnya harap semua dapat tunggu bila masa yang sesuai untuk dikongsi (siapakah jejaka yang berjaya mencuri hatinya dan tarikh perkahwinan) dengan semua. Segalanya bergantung kepada izin Allah. “Saya sudah cukup memberi kenyataan sebelum ini. Tiada lagi kenyataan yang seterusnya (sehingga diumumkan kelak),” katanya. Rozie turut mengambil kesempatam meluahkan kekecewaannya apabila isu teman lelakinya diperbesar-besarkan. Menurut Rozie, spekulasi sedemikian tidak sihat untuk kerjaya seni Siti, tambahan pula dia kini sibuk dengan pembikinan album terbaru. “Dalam hal ini Siti tidak pernah menyebut atau mengesahkan siapakah lelaki yang akrab dengannya. “Sebaliknya, pihak lain yang menentukan jodoh Siti. Perkara ini turut membabitkan soal hati dan perasaan keluarga yang perlu dijaga dan tidak dibelakangi. “Orang boleh berkata dengan siapa Siti bercinta tetapi adakah dia bakal berkahwin dengan lelaki yang dimaksudkan itu? Apapun saya menasihati semua pihak supaya menanti kenyataan daripada Siti sendiri. “Bagaimanapun kenyataan Siti bukan sekarang, berilah masa kepadanya untuk menenangkan fikiran kerana dia tertekan dan menghadapi banyak kerja yang perlu dilaksanakan membabitkan kerjaya seninya,” katanya. |
#64
|
||||
|
||||
Along guna wanita cantik
Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 10hb Mac 2006 :-
Along guna wanita cantik IPOH: Sindiket ceti haram atau along di negeri ini dikesan mengupah wanita muda serta jelita sebagai wakil untuk menemui bakal pelanggan terutama peniaga dan penjaja kecil sebagai cara mudah memujuk mereka mengambil pelbagai jenis pinjaman yang ditawarkan. Taktik terbaru itu digunakan sindiket terbabit untuk mengikis imej samseng serta ganas yang sebelum ini digambarkan kepada kumpulan along berkenaan. Difahamkan, kegiatan pemberi pinjaman haram terbabit kini semakin berleluasa terutama selepas Skim Kredit Mikro iaitu pinjaman khas untuk peniaga kecil, dimansuhkan. Peniaga makanan di sini, Ahmad Hamzah, 33, berkata taktik licik along menggunakan wanita cantik dan muda bagi menawarkan pinjaman kepada peniaga mula dikesan sejak beberapa bulan lalu. Katanya, wanita berkenaan yang berpakaian kemas, mengunjungi kedai atau gerai peniaga untuk bertemu sendiri dengan mereka dan seterusnya menawarkan pelbagai jenis pinjaman daripada syarikat ceti haram yang diwakili. “Dalam satu kejadian baru-baru ini, saya terkejut kerana seorang wanita cantik yang mengunjungi gerai saya secara tiba-tiba memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah syarikat kredit yang menawarkan pelbagai pinjaman sama ada untuk keperluan peribadi atau perniagaan. “Sebelum ini along biasanya menghantar lelaki termasuk yang berlagak ala samseng sebagai wakil mereka sehingga menimbulkan perasaan takut di kalangan peniaga. “Bagaimanapun, taktik melantik wanita cantik sebagai wakil along berkemungkinan bertujuan mengurangkan perasaan takut atau bimbang di kalangan peniaga,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam. Ahmad berkata, taktik itu juga mungkin dilakukan sindiket along berikutan persaingan sengit di kalangan mereka untuk mendapatkan pelanggan sejak kebekalangan ini. Katanya, ini berdasarkan penemuan beratus-ratus jenis kad perniagaan daripada pelbagai syarikat yang dihantar sindiket terbabit ke premis peniaga. “Berdasarkan kad perniagaan itu, ada kemungkinan terlalu banyak along muncul terutama secara persendirian di negeri ini sejak Skim Kredit Mikro tamat,” katanya. Ahmad berkata, sehubungan itu pihak berkuasa termasuk kerajaan diminta memantau kegiatan along terbabit agar tidak terus berleluasa serta mencari jalan bagi mengatasinya. Dalam pada itu, Presiden Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat (YBKM) di sini, Datuk Paduka Saharuddin Awang Yahya, ketika ditemui berkata pihaknya ada menerima aduan daripada peniaga berhubung peningkatan kegiatan along sejak lebih setahun lalu. Katanya, kegiatan itu bagaimanapun dapat dibanteras sekiranya golongan peniaga sendiri tidak terpengaruh dengan pelbagai janji manis yang ditawarkan wakil along berkenan ketika mahu memberi pinjaman kepada mereka. “Ini kerana janji manis itu akan bertukar menjadi pahit sekiranya peniaga terbabit gagal membuat bayaran kepada mereka dan boleh menyebabkan kehidupan mereka terjejas,” katanya. Saharuddin berkata, selain daripada peniaga terbabit mesti menolak tawaran along pihak berwajib termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan mesti mengambil langkah tertentu bagi membantu golongan peniaga kecil terutama daripada segi pinjaman kewangan. Katanya, golongan along ibarat seekor buaya yang hanya menunggu peniaga menghadapi masalah kewangan kononnya untuk membantu mereka tetapi sebenarnya memerangkap mereka. |
#65
|
||||
|
||||
Along guna wanita cantik
Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 10hb Mac 2006 :-
Along guna wanita cantik IPOH: Sindiket ceti haram atau along di negeri ini dikesan mengupah wanita muda serta jelita sebagai wakil untuk menemui bakal pelanggan terutama peniaga dan penjaja kecil sebagai cara mudah memujuk mereka mengambil pelbagai jenis pinjaman yang ditawarkan. Taktik terbaru itu digunakan sindiket terbabit untuk mengikis imej samseng serta ganas yang sebelum ini digambarkan kepada kumpulan along berkenaan. Difahamkan, kegiatan pemberi pinjaman haram terbabit kini semakin berleluasa terutama selepas Skim Kredit Mikro iaitu pinjaman khas untuk peniaga kecil, dimansuhkan. Peniaga makanan di sini, Ahmad Hamzah, 33, berkata taktik licik along menggunakan wanita cantik dan muda bagi menawarkan pinjaman kepada peniaga mula dikesan sejak beberapa bulan lalu. Katanya, wanita berkenaan yang berpakaian kemas, mengunjungi kedai atau gerai peniaga untuk bertemu sendiri dengan mereka dan seterusnya menawarkan pelbagai jenis pinjaman daripada syarikat ceti haram yang diwakili. “Dalam satu kejadian baru-baru ini, saya terkejut kerana seorang wanita cantik yang mengunjungi gerai saya secara tiba-tiba memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah syarikat kredit yang menawarkan pelbagai pinjaman sama ada untuk keperluan peribadi atau perniagaan. “Sebelum ini along biasanya menghantar lelaki termasuk yang berlagak ala samseng sebagai wakil mereka sehingga menimbulkan perasaan takut di kalangan peniaga. “Bagaimanapun, taktik melantik wanita cantik sebagai wakil along berkemungkinan bertujuan mengurangkan perasaan takut atau bimbang di kalangan peniaga,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam. Ahmad berkata, taktik itu juga mungkin dilakukan sindiket along berikutan persaingan sengit di kalangan mereka untuk mendapatkan pelanggan sejak kebekalangan ini. Katanya, ini berdasarkan penemuan beratus-ratus jenis kad perniagaan daripada pelbagai syarikat yang dihantar sindiket terbabit ke premis peniaga. “Berdasarkan kad perniagaan itu, ada kemungkinan terlalu banyak along muncul terutama secara persendirian di negeri ini sejak Skim Kredit Mikro tamat,” katanya. Ahmad berkata, sehubungan itu pihak berkuasa termasuk kerajaan diminta memantau kegiatan along terbabit agar tidak terus berleluasa serta mencari jalan bagi mengatasinya. Dalam pada itu, Presiden Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat (YBKM) di sini, Datuk Paduka Saharuddin Awang Yahya, ketika ditemui berkata pihaknya ada menerima aduan daripada peniaga berhubung peningkatan kegiatan along sejak lebih setahun lalu. Katanya, kegiatan itu bagaimanapun dapat dibanteras sekiranya golongan peniaga sendiri tidak terpengaruh dengan pelbagai janji manis yang ditawarkan wakil along berkenan ketika mahu memberi pinjaman kepada mereka. “Ini kerana janji manis itu akan bertukar menjadi pahit sekiranya peniaga terbabit gagal membuat bayaran kepada mereka dan boleh menyebabkan kehidupan mereka terjejas,” katanya. Saharuddin berkata, selain daripada peniaga terbabit mesti menolak tawaran along pihak berwajib termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan mesti mengambil langkah tertentu bagi membantu golongan peniaga kecil terutama daripada segi pinjaman kewangan. Katanya, golongan along ibarat seekor buaya yang hanya menunggu peniaga menghadapi masalah kewangan kononnya untuk membantu mereka tetapi sebenarnya memerangkap mereka. |
#66
|
||||
|
||||
Hanya bertuala ketika lari
Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 10hb Mac 2006 :-
Hanya bertuala ketika lari JOHOR BAHRU: Beberapa wanita dipercayai pelacur di sebuah pusat hiburan di Taman Sentosa, di sini, bertempiaran lari dalam keadaan berkemban dengan tuala ketika diserbu polis, awal pagi semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, polis terpaksa mengopak pintu utama untuk memasuki premis berkenaan kerana tidak mendapat kerjasama pemiliknya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Roslan Ahmad, berkata polis membuat serbuan berdasarkan maklumat mengenai aktiviti pelacuran di situ. “Pada peringkat awal beberapa lelaki dan seorang wanita ditahan dan mereka mengaku sebagai pelanggan di situ. “Selepas siasatan lebih dua jam, sebuah pintu kecil yang agak tersembunyi berjaya dipecahkan “Hasilnya, kami menahan 20 wanita iaitu 19 warga Thailand dan seorang warga tempatan, yang dipercayai pelacur di pusat hiburan itu. Mereka berusia di antara 19 hingga 27 tahun dan semuanya berpakaian seksi termasuk ada yang hanya berkemban dengan tuala,” katanya. Roslan berkata, keadaan bilik yang dipecahkan itu bukan seperti ruangan hiburan, sebaliknya seolah-olah bilik rahsia. Beliau berkata, pengusaha premis itu dan semua wanita terbabit masih ditahan untuk membantu siasatan. “Siasatan awal mendapati sebahagian besar warga Thailand itu tiada pasport manakala yang ada dokumen pula sedang disahkan untuk memastikan ia dokumen asli atau palsu,” katanya. Harian Metro difahamkan, pusat hiburan dua tingkat itu memiliki terowong khas di dalam tandas dan bilik rahsia untuk menyorokkan wanita yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran, sekiranya diserbu pihak berkuasa. Difahamkan, selain memecahkan pintu masuk ke premis itu, polis terpaksa memecahkan pintu bilik rahsia bersaiz 10 meter x dua meter itu yang boleh memuatkan kira-kira 50 orang. |
#67
|
||||
|
||||
Satu lagi botol ‘makhluk misteri’ ditemui
Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 10hb Mac 2006 :-
Satu lagi botol ‘makhluk misteri’ ditemui PEKAN: Penduduk Tanjung Selangor, dekat sini, sekali gempar dengan penemuan satu lagi botol berisi ‘makhluk misteri’ seperti yang ditemui di Pantai Balak, Kuala Pahang, 22 Februari lalu. Objek berkenaan ditemui seorang penduduk Tanjung Gosong, Tanjung Selangor, tiga hari lalu sebelum menyerahkannya kepada seorang lelaki yang menyorokkan botol itu kerana bimbang ia akan menakutkan penduduk. Bagaimanapun, kemunculan objek ini mengundang persoalan sama ada ia ‘makhluk misteri’ tulen atau sengaja dibuat untuk menakutkan penduduk kampung. Tinjauan Harian Metro mendapati, objek berkenaan hampir sama seperti yang dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar, di sini mengikut laporan Harian Metro, 24 Februari lalu. Berikutan itu, muzium yang biasanya kurang dikunjungi, sesak dengan lebih 1,000 pengunjung pada hari itu untuk melihat makhluk yang disangka toyol. Objek hitam berkenaan ‘dikurung’ di dalam botol, bermata merah, dibungkus dalam kain hitam serta dililit dengan benang kuning dan hitam dan kelihatan masih baru. Ciri sama turut ditemui pada patung yang dipamer di muzium itu. Apa yang membezakannya, ia tidak mempunyai hirisan bawang dan kurang mengerikan berbanding kandungan dalam botol yang ditemui sebelum ini. Hakikat ini diakui pekerja penyelenggaraan, Mohd Firdaus Mohd Salleh,24, yang pernah menyaksikan makhluk berkenaan dipamerkan di Muzium Pekan. “Kepala patung ini leper, tidak seperti yang ditemui tidak lama dulu dan mempunyai tujuh lilitan berbanding patung pertama itu. “Ia mungkin digunakan sebagai bahan pemujaan ilmu hitam menurut kepercayaan individu tertentu dan sebagai umat Islam, kita tidak perlu mempercayai perkara karut seperti ini,” katanya. Pemandu jentera berat, Mohd Nazri Sidek, 55, berkata penemuan objek berkenaan buat kali kedua mengejutkan penduduk setempat yang ingin menyaksikannya dengan lebih dekat. |
#68
|
||||
|
||||
Zon Hiburan di tiga tempat
Laporan dari Berita Harian bertarikh Jumaat 10hb Mac 2006 :-
Zon Hiburan di tiga tempat KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan merancang mewujudkan Zon Hiburan membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk membendung dan mengurangkan masalah sosial, sekali gus mengelakkan kewujudan pusat hiburan di kawasan perumahan. Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata zon hiburan itu juga akan dikelaskan kepada dua kategori iaitu hiburan berat lebih kepada disko atau pub manakala kategori hiburan ringan membabitkan bistro atau tempat makan serta siber cafe. “Kita perlu mengkelaskan pusat hiburan kerana sesetengah pusat hiburan tidak sesuai beroperasi di kawasan perumahan dan sesetengah pusat hiburan dibenarkan beroperasi seperti di kawasan perumahan di Bangsar. “Pusat hiburan yang lebih berat seperti disko atau pub boleh diletakkan setempat iaitu di sekitar ibu kota atau hotel,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat tahunan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) di sini, semalam. Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hasan, Presiden MAH, Mohd Ilyas Zainol Abidin dan Pengerusi MAH Wilayah Persekutuan, Peter Sprenger. Beliau berkata, selain kajian mengenai kategori pusat hiburan kajian mengenai waktu operasi, jarak pusat hiburan dengan kediaman dan had umur memasuki pusat hiburan akan turut dilakukan. Sehubungan itu, Abu Seman berkata, pihaknya sudah menubuhkan Jawatankuasa Kajian Mengenai Pusat Hiburan di Wilayah Persekutuan, dua minggu lalu untuk menilai dan membincangkan perkara berkenaan. Jawatankuasa yang dianjurkan Kementerian Wilayah Persekutuan, pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan itu akan mendengar pandangan pelbagai pihak. Pada perkembangan lain, Sprenger berkata, prospek industri hotel tahun ini di jangka lebih baik berikutan kehadiran lebih ramai pelancong asing ke negara ini. Beliau berkata, bilik hotel di ibu kota dijangka tidak mencukupi untuk menampung jumlah pengunjung dalam tempoh dua atau tiga tahun. “Untuk tiga bulan pertama tahun ini sebanyak 70 hingga 80 peratus bilik hotel penuh ditempah berbanding sepanjang tahun lalu iaitu hanya sebanyak 64 hingga 68 peratus disebabkan banyak promosi dijalankan,” katanya. Ditanya mengenai cadangan untuk menaikkan harga bilik hotel di ibu kota beliau berkata, pihaknya memang berhasrat berbuat demikian tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif kepada pengunjung. “Jika diikutkan harga bilik hotel di negara ini masih jauh lebih murah berbanding di Jakarta dan Thailand,” katanya. |
#69
|
||||
|
||||
Lapangan terbang JB bersih, cantik
Laporan dari Berita Harian bertarikh Jumaat 10hb Mac 2006 :-
Lapangan terbang JB bersih, cantik JOHOR BAHRU: Kebersihan dan kecantikan kompleks atau terminal pengangkutan awam sering menjadi perhatian masyarakat, apatah lagi disebabkan kedudukan bandar raya ini yang berhampiran negara jiran. Sehubungan itu, banyak perbandingan antara terminal pengangkutan awam di seberang Tambak Johor dengan Johor Bahru dilakukan dan masyarakat tempatan masih beranggapan kemudahan awam di negara jiran lebih bersih dan cantik. Mentaliti itu sebenarnya, perlu dikikis kerana kerajaan negeri terutama pengurusan kompleks terbabit mencuba sedaya upaya memastikan aspek kebersihan dan kecantikan kompleks terminal bertaraf antarabangsa. Kesungguhan itu boleh dilihat apabila pengendali Lapangan Terbang Sultan Ismail (LTSI), Senai Airports Terminal Services Sdn Bhd (SATS) berusaha memastikan lapangan terbang itu memberikan imej terbaik kepada pelancong di negeri ini. Walaupun kekurangan penerbangan asing beroperasi di LTSI, ia tidak menghalang SATS menaikkan imej lapangan terbang berkenaan supaya ia bertaraf antarabangsa. Langkah untuk menaikkan taraf ruang legar LTSI termasuk ruang di balai berlepas sejak setahun lalu kini mula menampakkan perubahan apabila keadaannya boleh disamakan atau mungkin kurang sedikit dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Selain itu, SATS juga mula memberikan tumpuan kepada kemudahan awam yang sering dikunjungi penumpang atau orang ramai ketika berada di LTSI iaitu tandas awam. Tinjauan Berita Harian ke LTSI baru-baru ini, mendapati perubahan ketara dilakukan SATS terhadap lapangan terbang itu terutama membabitkan lobi, balai berlepas, tandas, selain hiasan dalaman. Apa yang pasti pelbagai kafe, bistro dan restoran juga dibuka sebagai pilihan kepada penumpang, selain pengunjung di LTSI. Sebenarnya, pembukaan kafe bistro di LTSI menyebabkan berlaku satu senario yang sebelum ini, berkemungkinan kurang diberikan perhatian. Ini kerana ramai beranggapan restoran atau kafe bistro di lapangan terbang hanya untuk penumpang, sebaliknya persepsi itu diubah SATS apabila pihak pengurusan kilang di kawasan sekitar Senai menjadikan kafe di LTSI sebagai tempat perjumpaan perniagaan. Selain itu, SATS juga membuat perubahan ketara kepada tandas awam di LTSI apabila ia menggunakan konsep yang amat menarik dan tidak terdapat pada mana-mana kompleks terminal di negeri ini. Penggunaan air pada dinding tandas menyebabkan ramai pelancong kagum dengan hiasannya termasuk kebersihan sekali gus ada jabatan atau sektor korporat menjadikan tandas LTSI sebagai contoh. Kepelbagaian tema negeri Johor yang dipamerkan di balai berlepas juga satu tarikan yang digunakan sepenuhnya SATS bagi mewujudkan suasana setempat kepada penumpang. Antara tema yang dipamerkan adalah seperti peralatan muzik ghazal, nanas, kuda kepang serta keindahan Taman Negara di Johor. FAKTA * Bermula Februari lalu, SATS menawarkan perkhidmatan bas membawa pengunjung terus dari LTSI ke Singapura menggunakan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) ke Jurong. * Sejak akhir tahun lalu, LTSI mempunyai satu penerbangan antarabangsa ke Surabaya, Indonesia setiap hari Khamis dan ia dijangka ditambah kepada dua hari seminggu. |
#70
|
||||
|
||||
Jangan dengar cerita pihak ketiga: Datuk K
Laporan dari Berita Harian bertarikh Sabtu 11hb Mac 2006 :-
Jangan dengar cerita pihak ketiga: Datuk K KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang dikaitkan dengan penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin, meminta media massa agar tidak menyiarkan berita mengenai dirinya yang dipetik daripada sumber atau pihak ketiga. Pengerusi Ace Group of Company yang turut dikenali sebagai Datuk K itu berkata, beliau membuat permintaan berkenaan kerana banyak laporan mengenai dirinya sejak akhir-akhir ini, yang berdasarkan sumber atau pihak ketiga, belum pasti kesahihannya. “Kecuali kenyataan yang dikeluarkan oleh saya atau Siti, kebanyakan berita berkenaan bukan saja tidak benar, malah berunsur fitnah. Selain menjejaskan maruah saya dan memalukan keluarga, spekulasi itu turut mengganggu kehidupan saya, anak-anak serta pihak tertentu. “Apa yang saya minta hanyalah supaya akhbar menghormati kehidupan saya sebagai manusia biasa dengan tidak melaporkan perkara peribadi berdasarkan maklumat pihak ketiga,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. Kelmarin, Khalid, 47, ketika dihubungi Berita Harian mengaku berkawan rapat dengan Siti. New Straits Times pula melaporkan Khalid dikatakan menghadiahkan kepada Siti sebuah banglo bernilai lebih RM1 juta dan Mercedes Benz CLS350 bernilai RM888,888. Laporan berasaskan sumber itu juga memaklumkan mengenai rancangan pasangan itu untuk mendirikan rumah tangga Ogos ini. Kisah hubungan Khalid dan Siti Nurhaliza mula mendapat publisiti selepas penyanyi popular itu, mengakui beliau sedang berkawan dengan seseorang. Khalid kesal dan kecewa dengan kebanyakan laporan mengenai dirinya itu bukan saja tidak benar, malah menjejaskan kehidupannya secara peribadi dan sebagai ahli perniagaan |
#71
|
||||
|
||||
Kiamat 2019
Laporan dari Harian Metro bertarikh Ahad 12hbMac 2006 :-
Kiamat 2019 KUALA LUMPUR: Dunia akan kiamat pada 1 Februari 2019 akibat bumi dilanggar asteroid dikenali sebagai 2002 NT7! Ini adalah dakyah terbaru yang kini disebarkan secara meluas menerusi e-mel di internet. Lebih mendukacitakan, e-mel itu mengajak manusia di seluruh dunia untuk bergembira dan melakukan perkara untuk kepuasan diri mereka sehingga tarikh berkenaan. Pihak yang menyebarkan e-mel berkenaan mendakwa, kejadian yang bakal memusnah dan melenyapkan bumi daripada sistem cakerawala itu disahkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (Nasa) di Amerika Syarikat (AS). Pakar astronomi negara ini mengakui kewujudan asteroid 2002 NT7, namun meminta orang ramai tidak terlalu bimbang sehingga mengganggu kehidupan seharian kerana banyak perkara mengenainya masih dipantau dan belum dipastikan. Pakar agama pula meminta umat Islam tidak terlalu mempercayai kiamat akan berlaku pada tarikh itu kerana dibimbangi akan menjejaskan akidah kerana kiamat adalah ketentuan Allah yang tidak diketahui manusia, termasuk Nabi Muhammad SAW. Pensyarah jurusan Fizik Angkasa Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohd Zambri Zainuddin, berkata walaupun asteroid 2002 NT7 dikesan saintis pada 9 Julai 2002, namun masih terlalu awal untuk mengesahkan ia pasti melanggar bumi pada 2019. “Tidak dinafikan mengikut jangkaan ia (2002 NT7) akan melanggar bumi pada 1 Februari 2019, tetapi ketika ini pakar astronomi di seluruh dunia, termasuk dari Nasa dan di Jepun, masih memantau perkembangan asteroid berkenaan. “Masih banyak perkara kita tidak tahu mengenai asteroid itu, termasuk saiz dan orbitnya. Malah, pada masa ini Nasa meletakkan 2002 NT7 sebagai ‘low impact risk’ (risiko perlanggaran rendah). “Hanya antara satu hingga dua tahun sebelum tarikh jangkaan ia akan melanggar bumi, baru kita akan mendapat maklumat lengkap mengenai asteroid itu dan kesan sebenarnya terhadap bumi,” katanya. Dr Mohd Zambri yang juga Timbalan Dekan Fakulti Sains UM berkata, pada masa itu juga, banyak perkara boleh dilakukan terhadap asteroid itu, termasuk menembaknya menggunakan roket atau peluru berpandu supaya hanya serpihannya menimpa bumi. “Kita tidak dapat menolak keluar asteroid ini daripada orbitnya. Kalau ia hendak melanggar bumi, kita tidak akan dapat menyekatnya, tetapi yang dapat kita lakukan ialah meminimumkan kesan perlanggaran. “Bagaimanapun, kita tidak perlu bimbang kerana berdasarkan sejarah, banyak asteroid dan komet yang dikesan sebelum ini tidak sempat sampai ke bumi akibat merempuh objek lain di angkasa atau terkeluar daripada orbit,” katanya. Beliau berkata, Nasa mengesan lebih 1,000 asteroid dan komet yang terkeluar daripada kawasan sepatutnya, iaitu antara planet Marikh dan Musytari serta berhampiran planet Pluto, sekali gus mewujudkan kemungkinan berlanggar dengan bumi. “Namun, kes terburuk adalah asteroid yang jatuh di kawasan gurun di wilayah Tuguska, Siberia pada 1908 yang meratakan kawasan, termasuk memusnahkan tumbuh-tumbuhan di kawasan kira-kira 25 batu persegi,” katanya. Bagaimanapun, Dr Mohd Zambri tidak menafikan asteroid sebesar satu kilometer cukup untuk memusnahkan bumi berdasarkan impak daripada perlanggaran pada kelajuan tinggi. “Berbanding komet berais, asteroid pula berbatu, sekali gus mampu memberi kesan besar terhadap bumi jika berlaku perlanggaran kerana mampu menolak bumi keluar daripada orbitnya. “Apabila bumi terkeluar daripada orbitnya, ia akan ditarik ke arah matahari dan ini cukup berbahaya.Yang pasti, saintis dunia juga sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan sebarang maklumat awal mengenai segala kemungkinan yang berlaku di sistem cakerawala diperoleh,” katanya. Mengenai e-mel kononnya kiamat akan berlaku pada 1 Februari 2019 akibat 2002 NT7 melanggar bumi, Dr Mohd Zambri berkata, ia mungkin disebarkan pihak amatur dan bukan pakar astronomi. “Mereka beranggapan penyebarkan e-mel itu akan menyedarkan penduduk dunia mengenai apa akan berlaku, tetapi sebenarnya mereka hanya mencipta keadaan tidak tenteram berdasarkan fakta salah. “Pada masa ini tiada siapa dapat meramalkan kesan sebenar ditimbulkan 2002 NT7 kepada bumi,” katanya sambil menambah, e-mel itu juga mungkin disebarkan oleh pihak yang ada kepentingan tertentu. E-mel bertajuk ‘Start Enjoying Yourself’ itu mempunyai dua gambar, termasuk satu maklumat grafik yang kononnya menunjukkan kedudukan 2002 NT7 sekarang, selain satu gambar dipercayai menggunakan teknik pertindihan menunjukkan bumi dilanggar asteroid. Antara kata-kata dicatatkan di dalam e-mel itu ialah: “So, enjoy every moment of your life to the fullest extent...till Feb 1, 2019.” (Justeru, bergembiralah setiap saat di dalam hidup anda secara maksimum sehingga 1 Februari 2019). Ini kali kedua e-mel disebarkan secara meluas di negara ini mengenai kiamat. Tahun lalu, rakyat negara ini gempar dengan dakwaan kononnya kiamat akan berlaku ketika gerhana berpasangan Oktober lalu. Dr Mohd Zambri yang juga pakar astronomi berkata, dakyah yang disebarkan tahun lalu itu terbukti pembohongan dan hanya menjadi bahan ketawa mereka yang pakar di bidang berkaitan sistem cakerawala dan solar. “Gerhana berpasangan bukan luar biasa. Namun, ada pihak menjadikannya bahan untuk mewujudkan kebimbangan masyarakat dan lebih malang, mereka mengaitkannya dengan kiamat,” katanya. Sebelum ini, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, ketika mengulas e-mel kiamat menjelang gerhana berpasangan itu berkata: “Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya di bawah ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan nabi pun tidak tahu bila hari kiamat. “Banyak ramalan sedemikian dibuat dari semasa ke semasa dan dilakukan sejak zaman nabi, tetapi tidak pernah terjadi. Nabi pernah menyatakan tukang nujum itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi ia hanya kebetulan,” katanya. Beliau berkata, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan pihak ekstrem atau berniat memesongkan akidah umat Islam. |
#72
|
||||
|
||||
Kiamat 2019
Laporan dari Harian Metro bertarikh Ahad 12hbMac 2006 :-
Last edited by KatoeyLover69; 12-03-2006 at 02:31 PM. Reason: Delete double posting |
#73
|
||||
|
||||
Re: FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
BRAVO Translation~ BRAVO!!!
__________________
~*~`: Work hard! Play hard! Fuck Hard! :`~*~ |
#74
|
||||
|
||||
FR dalam Bahasa Melayu
Quote:
Tolong naikkan saya punya markah ( Please 'up' my points ! ) Terima kasih |
#75
|
||||
|
||||
Paku karat pontianak
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 13hb Mac 2006 :-
Paku karat pontianak MELAKA: Sebatang paku berkarat dipercayai digunakan untuk memaku tengkuk pontianak agar bertukar menjadi gadis jelita dan akar pokok limau menyerupai kalimah Allah adalah bahan Pameran Alam Misteri yang diadakan di bangunan Bastion House, Bandar Hilir di sini, selama dua bulan bermula semalam. Paku berkarat berkenaan yang dipercayai sudah diwarisi turun temurun sejak ratusan tahun lalu diperolehi daripada seorang bomoh di Kelantan manakala akar pokok limau yang ditemui dua bulan lalu diambil daripada seorang penebang kayu dari Kota Bharu, Kelantan. Penasihat pameran, Bokhari bin Abdullah, 35, berkata, selain dua bahan aneh itu, turut dipamerkan ialah burung cenderawasih,’jenglot’, susu harimau, tengkorak hantu dan tulang gajah purba. Katanya, sebanyak 35 lagi bahan dipamerkan sempena pameran berkenaan bertujuan berkongsi pengalaman mengenai alam misteri dengan orang ramai. Menurutnya, semua bahan yang berusia ribuan tahun itu diperolehi dari beberapa negara seperti India, Timur Tengah, Irian Jaya, Indonesia, Thailand dan Malaysia. “Pameran berunsurkan Kemelayuan dan Keislaman ini diadakan selama dua bulan bermula semalam dan jika mendapat sambutan, kita akan meneruskannya lagi pada masa akan datang. “Saya juga bersedia untuk menempatkan semua bahan berkenaan di Muzium Rakyat sekiranya mendapat permintaan pihak Perbadanan Muzium Melaka (Perzim)”, katanya ketika ditemui dekat sini, semalam. Antara bahan lain yang dipamerkan di situ adalah tulang rusuk serta tangan kanan ikan duyung, kepala serta gigi lembu hutan dan beberapa objek yang bertukar menjadi batu. Sementara itu, Bokhari berkata dia merancang untuk mengadakan empat lagi pameran iaitu Pameran Tamadun Islam, Batu Permata, Dinasour dan Peperangan beberapa bulan lagi. Bagaimanapun ia bergantung kepada sambutan daripada orang ramai terhadap pameran misteri ini. Orang ramai yang berminat mengunjungi pameran ini boleh datang ke Pameran Alam Misteri di Bastion House yang dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang. |
Advert Space Available |
Bookmarks |
|
|